• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:28 pm
  • 04/06/2024
  • Komen
Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Awal tahun ini, Infinix telah melancarkan Note 40 4G dan Note 40 Pro 5G untuk pasaran Malaysia. Hari ini, satu varian baru telah diumumkan tiba di Malaysia iaitu Infinix Note 40 5G. Ia adalah model yang terletak di antara Note 40 4G dan Note 40 Pro 5G.

Tetapi lebih menariknya, ia datang dengan storan yang sangat besar 512GB. Ia adalah telefon pintar Infinix pertama dengan storan 512GB dijual di Malaysia. Selain itu, ia menjadi telefon pintar 5G paling murah di Malaysia dengan storan 512GB, setanding dengan Realme 12 5G.



Harga dan Ketersediaan

Jika anda berminat untuk membeli telefon ini dengan storan 512GB, ia akan dijual di Malaysia bermula minggu kedua bulan Jun. Tetapi Infinix telah membuka tempahan awal, mulai hari ini. Harga rasminya di Malaysia adalah:

  • Infinix Note 40 5G (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,299

Tambah Infinix, varian 512GB hadir dalam dua pilihan warna iaitu emas dan hitam. Bagaimanapun, di Lazada dan Shopee, ia turut disenaraikan dengan warna kelabu.



Untuk perbandingan, varian 256GB dengan RAM 8GB tanpa 5G, dijual pada harga RM898. Bermakna, varian 512GB dengan RAM lebih besar 12GB dan menyokong 5G ini lebih mahal RM401.

Tempahan awal Infinix Note 40 5G 512GB boleh dibuat di stor rasmi Infinix di Lazada, Shopee, TikTok Shop serta di pengedar sah Infinix di seluruh Malaysia.

Spesifikasi Infinix Note 40 5G

Secara ringkas, Note 40 5G adalah telefon dengan rupa Note 40 4G dan prestasi Note 40 Pro 5G. Ia dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7020 5G 6nm, bersama RAM LPDDR4X 12GB dan boleh diluaskan secara dinamik menjadi 24GB, serta storan mega UFS 2.2 seluas 512GB.

Skrinnya rata jenis AMOLED, seluas 6.78-inci HD penuh, dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz. Ia juga ada kecerahan skrin setinggi 1,300nits, serta pengimbas capjari dalam skrin. Sistem bunyi stereo padanya, ditala oleh pakar audio JBL.

Di belakang, terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 108MP dengan OIS dan zum lossless 3x, kamera makro 2MP F2.4 serta kamera potret 2MP. Terdapat juga lampu notifikasi Active Halo di samping kamera belakang. Di hadapan, ia ada kamera swafoto dengan sensor 32MP.

Perkara lebih menarik pada telefon ini adalah pengecasan. Ia ada bateri berkapasiti 5,000mAh di dalam, menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Selain itu, ia juga ada pengecasan wayarles 15W dan boleh mengecas secara magnetik dengan sarung MagKit.

Infinix menggunakan sistem operasi XOS 14 berasaskan Android 14 untuk Infinix Note 40 5G. Infinix juga menjamin untuk memberikan kemaskini OS sebanyak dua kali, dan kemaskini keselamatan selama tiga tahun.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut, layari laman produk Infinix Note 40 5G.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Note 40 Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM898
  • Infinix Note 40 Pro 5G Malaysia: Anda boleh pratempah sekarang pada harga RM1,098
  • Siri Infinix Note 40 Malaysia ada ciri macam iPhone, anda pasti sukakannya
  • Malaysia jadi lokasi pelancaran antarabangsa siri Infinix Note 40
Tags: InfinixInfinix Note 40Infinix Note 40 5G
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia

Infinix Note 40 5G 512GB tiba, telefon 5G termurah dengan storan besar di Malaysia

4 June 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER