• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tecno Pova 6 Neo guna cip Helio G99 Ultimate dan bateri 7,000mAh, terbesar dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:26 pm
  • 07/06/2024
  • Komen
Tecno Pova 6 Neo guna cip Helio G99 Ultimate dan bateri 7,000mAh, terbesar dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Tecno Malaysia mengejutkan Malaysia lagi dengan melancarkan telefon pintar Tecno Pova 6 Neo. Seperti biasa, ia adalah telefon pintar yang bukan sahaja murah, tetapi datang dengan ciri-ciri luar biasa. Kali ini, Pova 6 Neo membawakan bateri gergasi.

Dengan kapasiti bateri 7,000mAh, tidak syak lagi Pova 6 Neo mampu bertahan lebih lama daripada telefon pintar lain. Malah, ia tidak meminggirkan ciri-ciri lain yang diperlukan untuk sebuah telefon pintar berfungsi dengan lancar.



Harga dan Ketersediaan

Tecno membawakan hanya satu varian untuk Pova 6 Neo. Murah tak murah, berikut adalah harga rasminya:

  • Tecno Pova 6 Neo (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM699

Ia telah dijual di Malaysia sekarang dan boleh dibeli daripada pengedar sah Tecno, serta di atas talian di kedai rasmi Tecno di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Spesifikasi Tecno Pova 6 Neo

Telefon pintar Tecno Pova 6 Neo tiada sokongan 5G, tetapi ia menggunakan cip yang hebat iaitu Mediatek Helio G99 Ultimate. Ia hadir bersama RAM 8GB dan boleh ditambah RAM maya sebanyak 8GB, serta storan dalaman 256GB. Prestasi yang pastinya melebihi keperluan asas.

Skrin telefon ini jenis LCD seluas 6.78-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Kecerahannya boleh mencapai 580 nits. Ia ada pengimbas capjari di dalam butang kuasa, terletak di sisi telefon. Badan belakang telefon dihiasi dengan rupa futuristik, ibarat sebuah telefon gaming mirip Infinix GT 20 Pro.

Kamera Pova 6 Neo juga agak menarik. Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor 8MP dan terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Kamera ini diapit dengan dua lampu kilat yang tersorok di bingkai skrin, bagi menjadikan tangkapan swafoto lebih cerah. Di belakang, ia menggabungkan kamera utama 50MP bersama sensor cahaya.

Tarikan utama Pova 6 Neo pastilah di baterinya. Ia dilengkapi bateri sangat besar, berkapasiti 7,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W melalui USB-C. Telefon ini juga menyediakan beberapa mod mengecas, seperti ‘Low Temp Charge’ yang mengecas perlahan untuk menjaga hayat bateri, ‘Smart Charge’ yang memilih kuasa mengecas secara pintar,serta ‘Hyper Charge’ untuk kuasa penuh mengecas dan pantas.

Sistem bunyi stereo terdapat di Pova 6 Neo dan ia diiktiraf dengan teknologi Dolby Atmos, pertama di telefon Tecno. Terdapat juga jek audio 3.5mm. Selain itu, telefon ini dipasang dengan penggetar 4D dan diiktiraf PUBS serta Tencent, memberikan getaran bermain game yang mengasyikkan.

Telefon Tecno Pova 6 Neo juga kalis percikan air IP53. Ia turut ada NFC, untuk pelbagai perkhidmatan tanpa sentuh. Sistem operasi yang digunakan adalah HiOS 14, berasaskan Android 14.

Terdapat tiga warna boleh dipilih untuk Tecno Pova 6 Neo yang dijual di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Tecno Pova 6 Neo.

[Sumber: Tecno]

Bacaan Berkaitan

  • Tecno Spark 20 Pro akan tiba di Malaysia, ada kamera 108MP bersama Dynamic Island
  • Tecno Phantom V Flip rasmi di Malaysia, telefon lipat termurah dengan skrin LTPO dan kamera FreeCam
  • Tecno lancar Phantom V Fold di Malaysia, telefon lipat termurah yang anda boleh beli
Tags: tecnoTecno Pova 6Tecno Pova 6 Neo
Najib

Najib

POPULAR

Tecno Pova 6 Neo guna cip Helio G99 Ultimate dan bateri 7,000mAh, terbesar dijual di Malaysia

Tecno Pova 6 Neo guna cip Helio G99 Ultimate dan bateri 7,000mAh, terbesar dijual di Malaysia

7 June 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

Apple Upgrade: Kini boleh pajak iPhone, Mac dan iPad dengan bayaran dari USD11.99/bulan

29 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026
Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

Siri Google Pixel 11 bakal dilancar 12 Ogos: Bawa ciri lampu ‘Pixel Glow’ dan cip Tensor G6

31 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN