• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia Airlines rasa anda perlukan skrin inforia 4K dalam A330neo mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:53 am
  • 10/06/2024
  • Komen
Malaysia Airlines rasa anda perlukan skrin inforia 4K dalam A330neo mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Airlines (MAS) sedang dalam fasa memodenkan barisan pesawat mereka. Salah satunya adalah tempahan 20 unit Airbus A330neo terbaharu unutk menggantikan A330-200 dan A330-300 yang telah mereka gunakan sejak sekian lama. 3 daripada 20 tempahan itu akan mula beroperasi tahun ini dan tahukah anda yang penumpang bakal nikmati skrin inforia 4K bila terbang dengan A330neo?

Airbus A330neo dilengkapi sistem inforia 4K

Menerusi video promosi yang diterbitkan Malaysia Airlines sendiri, penumpang kelas ekonomi akan nikmati skrin inforia 13.3” beresolusi 4K. Ini adalah naik taraf besar berbanding skrin 11” FHD sebelum ini. Penumpang kelas business juga menerima naik taraf yang sama apabila terima skrin 4K pada saiz lebih besar iaitu 17.3”.



Pada segi tempat duduk, pesawat ini menggunakan kerusi berjenama Recaro CL3810 untuk kelas ekonomi yang menampilkan rekaan bertahap ergonomik tinggi dengan kemudahan-kemudahan seperti penggantung jaket, pemegang cawan, dan ruang penyimpanan bawah kaki yang lapang. A330neo menggunakan konfigurasi 2-4-2 dan memiliki 269 tempat duduk dalam kelas ekonomi.

Penumpang kelas perniagaan duduk di atas kerusi daripada Collins Aerospace Elevation Business Class yang mempunyai ciri-ciri seperti pintu peribadi, pad pengecas telefon, dan ruang kendiri yang lebih lapang. Sebanyak 28 kerusi kategori ini ditawarkan dalam konfigurasi 1-2-1.



Wi-Fi percuma dalam pesawat MAS

A330neo baharu juga menyediakan sambungan Wi-Fi percuma di dalam pesawat. Penumpang kelas ekonomi juga menikmati kemudahan yang sama dan sekiranya anda masih belum berpeluang untuk terbang bersama A330neo, model seperti A350-900, A330-300, dan A300-200 turut menyediakan kemudahan yang sama.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, A330neo mempunyai kecekapan penggunaan bahan api lebih baik, sehingga 25% hasil penggunaan enjin yang lebih moden. Sayap pesawat juga menerima rekaan baharu untuk menambah baik aerodinamik.

Malaysia Airlines dijangka akan menerima A330neo pertama mereka dalam Suku 3 2024 dan penerbangan komersial pertama mereka adalah ke Melbourne, Australia.

Tags: A330neoAirbusAirbus A330neoMalaysia AirlinesMAS
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Malaysia Airlines rasa anda perlukan skrin inforia 4K dalam A330neo mereka

Malaysia Airlines rasa anda perlukan skrin inforia 4K dalam A330neo mereka

10 June 2024
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN