• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M6, kembar Redmi 13 yang lebih murah akan tiba

  • OLEH Najib
  • 11:02 am
  • 10/06/2024
  • Komen
Poco M6, kembar Redmi 13 yang lebih murah akan tiba
Share on FacebookShare on Twitter

Poco di peringkat antarabangsa, mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan teleon pintar mampu milik baharu, Poco M6. Ia adalah telefon pintar tanpa sokongan 4G, dilengkapi kamera utama 108MP dan kuasa mengecas 33W.

Tarikh pelancaran dan promosi

Pelancaran Poco M6 akan diadakan pada hari Selasa, 11 Jun 2024. Tetapi Poco telah mengumumkan harga promosi Poco M6 untuk pembeli terawal iaitu:



  • Poco M6 (RAM 6GB + storan 128GB) – USD129 (~RM607)
  • Poco M6 (RAM 8GB + storan 256GB) – USD149 (~RM702)

Boleh dijangkakan harga Poco M6 di Malaysia lebih murah berbanding harga USD ini. Untuk perbandingan, Redmi 13 baru sahaja dilancar di Malaysia dengan RM699 dengan RAM 8GB dan storan 256GB.

Spesifikasi Poco M6

Sebenarnya, Poco M6 dilihat sangat mirip dan serupa dengan Redmi 13. Ini diperkuatkan lagi dengan beberapa spesifikasi yang telah diumumkan Poco sebelum pelancarannya. Antaranya kamera utama Poco M6 memiliki sensor 108MP. Baterinya berkapasiti 5,030mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.



Redmi 13

Harga Poco M6 juga dilihat tidak jauh berbeza daripada Redmi 13. Tetapi jangkakan harganya di Malaysia akan lebih murah kerana kebiasaannya, harga Poco lebih murah daripada model Redmi yang serupa.

Jika ia benar-benar dilabel semula daripada Redmi 13, maka Poco M6 akan dikuasakan cip Mediatek Helio G91 Ultra 12nm. Akan terdapat slot kad mikroSD untuk meluaskan storan.

Skrinnya jenis LCD 6.79-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz, serta kecerahan setinggi 550 nits. Lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 13MP F2.45. Kamera belakang pula gandingan kamera utama 108MP dan kamera makro 2MP.

Dari gambar yang dikongsi Poco sendiri, kelihatan modul kamera Poco M6 adalah serupa dengan Redmi 13. Perbezaannya adalah logo Poco yang besar di tepi kamera, berbanding logo kecil Redmi di bawah telefon.

Poco juga berkongsi tiga warna Poco M6 iaitu hitam, ungu dan perak. Dijangkakan ia akan menggunakan sistem operasi Xiaomi HyperOS terbaru. Bagaimanapun, nantikan pengumuman penuhnya bersama harga, pada 11 Jun nanti.

[Sumber: Poco]

Bacaan Berkaitan

  • Poco M6 Pro dilancar tanpa 5G, perkenal RAM 12GB dan storan besar 512GB
  • Poco M5 dan Poco M5s dilancar, telefon pertama Poco tanpa pengecas dalam kotak
  • Poco M5 dan M5s, lagi telefon Poco yang serupa dengan model lama?
Tags: Pocopoco m6
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Poco M6, kembar Redmi 13 yang lebih murah akan tiba

Poco M6, kembar Redmi 13 yang lebih murah akan tiba

10 June 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER