• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Honor 200 dilancar 19 Jun, bayar RM20 dan terima ganjaran RM1,377 dalam tempahan awal

  • OLEH Najib
  • 1:30 pm
  • 10/06/2024
  • Komen
Siri Honor 200 dilancar 19 Jun, bayar RM20 dan terima ganjaran RM1,377 dalam tempahan awal
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran siri Honor 200 kini telah ada tarikh rasmi. Honor Malaysia hari ini bukan sahaja mengumumkan tarikh pelancaran siri Honor 200, tetapi turut mula membuka tempahan awal. Pembeli berpeluang menerima ganjaran bernilai sehingga RM1,377 dalam tempahan awal Honor 200 Pro.

Tarikh Pelancaran dan Promosi Tempahan Awal

Kepada yang menantikan ketibaannya, siri Honor 200 akan dilancar di Malaysia pada hari Rabu, 19 Jun 2024. Pasti kita akan mengetahui maklumat penting di pelancarannya kelak, seperti harga rasmi dan varian yang akan ada untuk pasaran Malaysia.



Tetapi mulai hari ini, Honor Malaysia telah mula membuka tempahan awal jika ada yang betul-betul berminat untuk memiliki Honor 200 Pro. Ini kerana harganya masih belum diketahui, tetapi ada ganjaran istimewa mereka yang berani menempah tanpa mengetahui harganya.

Tempahan awal ini memerlukan pembeli membayar deposit RM20 yang tidak akan dipulangkan. Kemudian dari 26 Jun hingga 30 Jun 2024, gunakan baucar yang diterima dari tempahan awal ini untuk membeli Honor 200 Pro dan akan menerima diskaun RM200, Honor SuperCharge Wireless Charge Stand, Honor Earbuds X6 dan penggantian keretakan depan belakang 365-hari, semuanya bernilai RM1,377.



Tempahan awal Honor 200 Pro dibuka mulai hari ini, 10 Jun sehingga 18 Jun 2024. Ia boleh ditempah di kedai rasmi Honor, Senheng, senQ dan Urban Republic. Tempahan awal juga boleh dibuat atas talian di laman web Honor.com, serta di Stor Rasmi Honor di Lazada dan Shopee.

Dari laman tempahan awal ini, dapat dilihat bahawa Honor 200 Pro akan datang dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Ia juga ditawarkan dalam dua warna iaitu hijau dan putih. Untuk rujukan, Honor 200 Pro (12+512GB) dijual di China pada harga CNY 3,799 (~RM2,470). Jangkakan harga rasmi di Malaysia nanti lebih tinggi.

Tempahan awal Honor 200 Pro di laman web Honor.com

Spesifikasi Honor 200 Pro

Tidak lagi di kelas pertengahan, Honor 200 Pro adalah peranti berkelas flagship kerana ia menggunakan cip Snapdragon 8s Gen 3. Tetapi prestasi cip ini berada di bawah Snapdragon 8 Gen 2.

Untuk tenaga, Honor 200 Pro akan menggunakan bateri karbon silikon berkapasiti 5,200mAh. Ia adalah jenis bateri yang sama digunakan pada telefon Honor Magic 6 Pro. Bateri ini menawarkan jangka hayat yang lebih lama dengan prestasi yang diyakini, berbanding bateri biasa.

Di samping itu, Honor 200 Pro turut menyokong pengecasan berwayar super pantas, Honor SuperCharge 100W. Bateri boleh diisi dari 0 ke 100% dalam masa 41 minit sahaja. Pengecasan tanpa wayar turut diterima menerusi sokongan Honor SuperCharge Wireless 66W.

Di aspek kamera pula, ia dilengkapi kamera utama 50MP yang menggunakan sensor H9000 1/1.3-inci bersama OIS dan EIS, sensor yang sama terdapat di telefon Honor Magic 6 Pro. Ia juga dipasang dengan kamera telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX856, pertama digunakan di telefon pintar. Terdapat juga kamera hadapan 50MP yang terletak di dalam lubang di dahi skrin.

Honor 200 Pro juga memiliki cipset Honor C1 + RF untuk sambungan rangkaian yang optimum, walaupun dalam liputan rendah selain meningkatkan prestasi rangkaian 5G. Sistem operasi MagicOS 8.0 dilengkapi kuasa AI, akan digunakan buat pertama kali di telefon pintar Honor.

Nantikan laporan kami tentang pelancaran siri Honor 200 pada 19 Jun nanti. Lebih banyak maklumat akan diketahui, termasuk harga rasmi, varian dan lain-lain promosi pelancaran.

[Sumber: Honor]

Bacaan Berkaitan

  • Siri Honor 200 akan dilancar di Malaysia dengan cip kelas flagship dan kamera Magic 6 Pro
  • Siri Honor 200 diperkenal dengan Snapdragon 8s Gen 3, mungkin tiba di Malaysia Jun ini
  • Magic 6 Pro boleh didapatkan pengguna Malaysia pada tanda harga RM4,499
Tags: honorHonor 200Honor 200 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Siri Honor 200 dilancar 19 Jun, bayar RM20 dan terima ganjaran RM1,377 dalam tempahan awal

Siri Honor 200 dilancar 19 Jun, bayar RM20 dan terima ganjaran RM1,377 dalam tempahan awal

10 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER