• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Sooka TV Stick dilancar, tanpa kontrak dari RM50 untuk 12 bulan

  • OLEH Najib
  • 3:48 pm
  • 11/06/2024
  • Komen
Sooka TV Stick dilancar, tanpa kontrak dari RM50 untuk 12 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Anda rasa Astro mahal tapi nak layan sukan secara langsung? Sooka adalah alternatif yang ditawarkan Astro. Kini mereka melancarkan Sooka TV Stick, memudahkan pengguna untuk menikmati Sooka terus di skrin besar.

Tarikan terbesar Sooka bukan sahaja harga yang lebih murah, tetapi ia tidak terikat dengan kontrak. Pelanggan Sooka boleh melanggan mana-mana pelan Sooka, dan berhenti langganannya bila-bila masa.



Harga Sooka TV Stick

Dengan Sooka TV Stick, pengguna boleh memasangnya di TV atau mana-mana paparan melalui HDMI, dan menikmati tayangan Sooka dengan mudah. Hanya cucuk, hidupkan dan guna.

Sooka TV Stick dijual di Malaysia pada harga RM349, tanpa sebarang kontrak. Pembelian ini disertakan dengan langganan 1-bulan Sooka Premium dan 3-bulan Disney+ Hotstar percuma.



Sooka turut menawarkan TV Stick ini bersama 12-bulan pelan Premium, pada harga RM579. Atau secara ansuran 12-bulan sebanyak RM50/bulan menerusi kad kredit bank terpilih. Ia juga datang bersama 3-bulan Disney+Hotstar percuma.

Untuk perbandingan, harga pelan Premium adalah RM47.10/bulan atau RM50.90 termasuk cukai 8%. Dengan membayar pelan premium 12 bulan, anda akan mendapat Sooka TV Stick percuma.

Tiada Netflix dan tayangan 4K

Sooka TV Stick menggunakan Android TV, jadi ia boleh memasang ribuan aplikasi terus dari Google Playstore. Bagaimanapun, FAQ Sooka menyatakan, ia tidak boleh memasang Netflix. Mungkin ini masalah yang sama dengan Unifi TV pada awalnya, sebelum memeterai kerjasama rasmi dengan Netflix.

Selain itu, Sooka TV Stick menyokong paparan 4K Ultra HD. Bagaimanapun, aplikasi Sooka hanya menyokong resolusi hingga HD Penuh sahaja buat masa ini. Antara aplikasi yang menyokong siaran 4K adalah YouTube dan Netflix.

Pilihan lebih murah berbanding Android TV lain

Dengan harga RM349 untuk TV Stick sahaja, peranti Sooka ini dirasakan agak mahal. Ini kerana Xiaomi TV Stick boleh dibeli sekitar RM200 sahaja. Tetapi jika anda mahu melanggan Sooka Premium, membeli TV Stick berharga RM579 dengan 12 bulan pelan Premium adalah sangat berbaloi. Ia juga menawarkan antaramuka yang lebih baik, berbanding memasang app Sooka di Xiaomi TV Stick.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sooka TV Stick.

@soyacincautiktok

Sooka TV Stick Lagi Murah Dari Astro! #sooka #sookamalaysia #sookatvstick #tvstick #astro #lagimurah #longervideos #soyacincautiktok #fyp

♬ original sound – SoyaCincautiktok – SoyaCincautiktok

Bacaan Berkaitan

  • Sooka Stick solusi Astro untuk langganan TV berbayar lebih murah?
  • Anda boleh tonton semua 51 perlawanan Euro 2024 di Astro, Sooka dan NJOI
  • Hotlink Super Streamer Pass: Tonton siaran langsung sukan, filem dan anime serendah RM9.90/bulan
Tags: android tvastrosookaSooka tv stick
Najib

Najib

POPULAR

Sooka TV Stick dilancar, tanpa kontrak dari RM50 untuk 12 bulan

Sooka TV Stick dilancar, tanpa kontrak dari RM50 untuk 12 bulan

11 June 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER