• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Ini 4 servis percuma & halal, untuk strim puluhan saluran TV Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:49 pm
  • 12/06/2024
  • Komen
Ini 4 servis percuma & halal, untuk strim puluhan saluran TV Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Masalah dengan langganan TV berbayar adalah kita tidaklah setiap masa ingin menonton. Tapi, setiap bulan perlu kita keluarkan wang untuk sesi tontonan yang tidak seberapa. Siaran TV di Malaysia banyak sahaja yang percuma, salah satunya adalah MYTV daripada jenis TV digital.

Sekiranya anda mencari solusi dalam talian untuk strim bila-bila masa, ini adalah 4 servis TV percuma yang boleh anda pertimbangkan.



MyTV ManaMana

MyTV ManaMana menempatkan pelbagai saluran di bawah satu bumbung dan merupakan sebahagian daripada Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional dan merupakan sebahagian daripada agenda nasional untuk membantu dalam merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia.

MyTV Manamana, ialah servis penstriman dalam talian daripada MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. Mereka ialah syarikat swasta yang turut menyediakan servis penyiaran digital (DTT) untuk negara ini.



Boleh dikatakan yang MyTV ManaMana tawarkan saluran percuma paling banyak dalam kalangan 4 penyedia perkhidmatan yang dipetik dalam artikel ini

  • TV1
  • TV2
  • TV al-Hijrah
  • Sukan RTM
  • Berita RTM
  • TVS
  • TV6
  • Okay
  • SukeTV
  • SelangorTV
  • TV Ikim
  • AFLTV
  • MY CINEMAEUROPE
  • CNA
  • Taiwan Plus
  • British Muslim TV
  • MotoRRacing
  • DW
  • HorizonSports
  • TVRI
  • TVRI World
  • MYTV

Anda tak perlu wujudkan akaun untuk mula menonton. MyTV ManaMana boleh dinikmati di pelayan web, AppStore, AppGallery, ataupun PlayStore.

RTM Klik

RTM Klik adalah sayap penstriman dalam talian untuk Radio Televisyen Malaysia.

Senarai saluran yang boleh anda tonton termasuklah:

  • TV1
  • TV2
  • Okey
  • Berita RTM
  • Sukan RTM
  • TV6
  • RTM Parlimen Dewan Rakyat
  • Salam Baitullah

Mereka juga strimkan radio-radio negeri kelolaan mereka dan beberapa radio nasional pelbagai bahasa untuk anda dengari.

Satu perkara menarik tentang servis penstriman RTM Klik adalah, anda tak perlu wujudkan akaun semata-mata untuk menonton kandungan percuma, malahan strim tidak dibanjiri iklan kecuali iklan yang ada di dalam strim sahaja. Makanya, anda tonton iklan yang sama dengan orang yang tonton di televisyen.

RTM Klik boleh dinikmati di pelayan web, AppStore, AppGallery, ataupun PlayStore.

Tonton

Tonton dikatakan sebagai servis penstriman tempatan terbesar di Malaysia dan ditubuhkan dalam tahun 2010 dan ia adalah milik Media Prima Berhad melalui subsidiari mereka REV Media Group.

Mereka strimkan saluran-saluran TV mereka sendiri seperti:

  • TV3
  • TV9
  • 8TV
  • NTV7
  • Drama Sangat

Terdapat juga beberapa rancangan percuma jenis on-demand yang boleh anda tonton. Sekiranya ingin mengakses kepada lebih banyak saluran, mereka ada tawarkan pakej berbayar serendah RM9.90/bulan untuk anda nikmati

Tonton boleh dinikmati di pelayan web, AppStore, ataupun PlayStore.

Sooka

Sooka TV adalah servis penstriman milik MEASAT Broadcast Network System Sdn. Bhd. yang juga pemilik servis TV berbayar Astro. Sooka diketengahkan sebagai servis penstriman yang menyediakan kandungan global terutamanya kandungan sukan.

Malahan, kalau anda nak tonton kandungan sukan seperti bola sepak seperti UEFA EURO 2024, Sooka adalah satu-satunya yang menyediakannya daripada 4 senarai ini namun ia adalah solusi berbayar.

Untuk menarik minat pelanggan, terdapat beberapa saluran ditawarkan secara percuma:

  • TV1
  • TV2
  • Okey
  • Astro Oasis
  • Astro Arena
  • Astro Awani
  • Lawak Sentral
  • Oh My Ceria!
  • Tayo+
  • Filem Mantap
  • Drama Hotpot
  • Travel & Taste
  • YRF Music
  • Tastemade
  • GustoTV
  • MTRSPT1
  • Infamous TV

Sekiranya anda tiada langganan Astro GO, Sooka TV adalah solusi berbayar yang kedua terbaik. Anda boleh langgan pada harga serendah RM12.50 untuk pas harian ataupun serendah RM29.60 untuk menonton kandungan sukan Astro di telefon.

Kalau nak tonton di TV, harganya adalah serendah RM47.10. Jangan lupa Sooka juga ada Sooka TV Stick yang boleh ubah sebarang TV yang ada sambungan HDMI untuk jadi Google TV.

Sooka boleh dinikmati di pelayan web, AppStore, ataupun PlayStore.

Bacaan berkaitan

Sooka TV Stick dilancar, tanpa kontrak dari RM50 untuk 12 bulan

Tags: astroAstro GOmytvmytv manamanaRTMRTM Kliksookasooka tvtonton
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini 4 servis percuma & halal, untuk strim puluhan saluran TV Malaysia

Ini 4 servis percuma & halal, untuk strim puluhan saluran TV Malaysia

12 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER