• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Ini 5 fungsi terbaru iOS 18 yang sudah lama ada di telefon Android

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:28 pm
  • 12/06/2024
  • Komen
iOS 18: Pelbagai fungsi AI dikuasakan Apple Intelligence dan halaman pemuka macam Android
Share on FacebookShare on Twitter

iOS 18 baru sahaja diumumkan oleh Apple di acara WWDC24. Pembentangan tersebut menyaksikan pelbagai perkara baharu yang diperkenalkan, termasuk untuk pengenalan ciri generatif AI sebagai sebahagian daripada Apple Intelligence dan juga kemas kini pada rupa sesetengah aplikasi.

Sementara pembaharuan ini adalah sesuatu perkara besar untuk pengguna iPhone, terdapat beberapa fungsi yang diperkenalkan Apple pada sistem operasi tebaru mereka sudah pun ada pada peranti-peranti Android. Malah ia telah ada sejak sekian lama. Dengan itu, berikut adalah 5 fungsi iOS 18 yang telah lama ada di telefon Android.



1. Penyesuaian lebih banyak pada halaman pemuka

Dengan iOS 18, Apple akhirnya memberikan pengguna kebolehan untuk menyusun halaman pemuka dengan lebih fleksibel. Anda boleh susun aplikasi dan widgets di mana-mana sahaja ruang kosong tanpa perlu mengikut susunan grid, membolehkan anda menyesuaikan susunan aplikasi dengan wallpaper yang digunakan.

Ini merupakan satu ciri ringkas yang sudah lama tersedia di Android, tapi hanya kini bakal boleh dinikmati pengguna iPhone. Tetapi, selain daripada susunan aplikasi, ikon aplikasi dan widgets di halaman rumah turut boleh diubah warna gelap atau cerah, serta saiz ikon aplikasi turut boleh diubah untuk lebih besar.



2. Sokongan pemesejan RCS

Selain itu, pengguna iPhone kini peroleh sokongan pemesejan melalui RCS (Rich Communication Services). Makanya, ini membenarkan pengguna iPhone menghantar mesej ke pengguna Android di aplikasi Message terbina dan ia dapat menawarkan pengalaman pemesejan seperti di WhatsApp, iMessage dan Telegram.

Ini kerana, ia menghantar mesej melalui internet, serta imej dan video boleh dihantar dalam resolusi tinggi selain memaparkan resit bacaan dan status menaip dalam chat.

3. Kunci dan sembunyikan aplikasi

Kini, iOS 18 dipertingkatkan untuk ada tahap privasi lebih baik. Ia membolehkan pengguna untuk mengunci atau menyembunyikan aplikasi bagi mengelakkan orang lain yang gunakan telefon anda melihat kandungan peribadi anda. Ciri sebegini sudah lama wujud pada segelintir telefon Android dengan ianya terbina terus di dalam sistem operasi.

Dengan iOS 18 terbaru ini, pengguna iPhone turut akan memiliki ciri yang serupa, dan anda boleh mengunci telefon dan memerlukan pengesahan Face ID untuk dibuka, atau terus sembunyikan aplikasi di dalam sebuah folder yang diletakkan dalam ruangan App Library.

4. Ciri AI untuk padam objek dalam imej

Antara kemaskini terbesar iOS 18 adalah penawaran pelbagai fungsi AI menerusi Apple Intelligence. Ciri ini boleh menyediakan bantuan AI untuk pengguna meningkatkan penulisan atau ringkaskan teks, serta keupayaan untuk memadam objek mengganggu di dalam gambar. Sementara Apple baru memperkenalkannya, ciri ini telah pun terdapat pada telefon Android macam Google Pixel dan siri Galaxy S24 dengan Galaxy AI.

Satu perbezaan yang dapat dilihat adalah Apple bakal mengintegrasikan fungsi AI ChatGPT di dalam Siri serta memiliki ciri Genmoji, membolehkan pengguna untuk menghasilkan emoji berdasarkan teks dan penjanaan imej AI menerusi melalui Image Playground.

Walau bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa ciri Apple Intelligence ini hanya tersedia pada peranti menggunakan cip Apple A17 Pro, yakni iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

5. Hantar mesej yang dijadualkan

Ciri penghantaran mesej berjadual juga adalah antara ciri baharu yang diperkenalkan Apple. Walaupun telah lama ada di telefon Android, ia kini tiba juga di aplikasi Messages di iOS 18. Ini bermaksud anda boleh menjadualkan penghantaran mesej pada masa spesifik yang anda mahu, sama ada untuk keperluan kerja atau mengucapkan selamat hari jadi kepada seseorang.

Bacaan berkaitan

  • iOS 18: Pelbagai fungsi AI dikuasakan Apple Intelligence dan halaman pemuka macam Android
  • iPadOS 18: Akhirnya tablet Apple ini dapat aplikasi kalkulator natif
  • iOS 17 kini tersedia, ini 10 ciri menarik yang pasti mengubah cara anda guna iPhone
Tags: appleiOS 18iphonewwdc 2024
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

iOS 18: Pelbagai fungsi AI dikuasakan Apple Intelligence dan halaman pemuka macam Android

Ini 5 fungsi terbaru iOS 18 yang sudah lama ada di telefon Android

12 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER