• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco M6 dilancar di Malaysia, harga mahal dari Redmi 13 tapi lebih murah untuk masa terhad

  • OLEH Najib
  • 7:51 pm
  • 12/06/2024
  • Komen
Poco M6 dilancar di Malaysia, harga mahal dari Redmi 13 tapi lebih murah untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Poco M6 telah selamat dilancar di pentas antarabangsa pada 11 Jun. Ia kini diumumkan akan dijual di Malaysia mulai 13 Jun 2024. Harga rasminya juga baru diumum hari ini, sehari selepas pelancaran antarabangsa.

Seperti yang kami maklumkan sebelum ini, Poco M6 adalah kembar kepada Redmi 13. Ia serba-serbi sama dalam aspek perkakas dalaman, dengan rupa yang sangat mirip diluar tetapi diubah logo Redmi kepada Poco.



Redmi 13 dan Poco M6

Harga lebih mahal, promosi jadi murah

Kebiasaannya, Poco menjual peranti yang sama dengan Redmi pada harga lebih murah. Tetapi bagi Poco M6, harga rasminya dilihat lebih mahal daripada Redmi 13 iaitu:

  • Poco M6 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM699
  • Poco M6 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM799

Walaupun Redmi 13 hanya dijual dalam varian RAM 8GB dan storan 256GB, harganya cuma RM699 iaitu RM100 lebih murah daripada Poco M6. Agak menghairankan bila Poco M6 lebih mahal daripada Redmi 13.



Bagaimanapun, anda boleh mendapatkan Poco M6 pada harga jauh lebih murah dalam tempoh terhad. Dari 13 hingga 19 Jun 2024, Poco M6 akan menerima diskaun sebanyak RM160, menjadikan harganya lebih murah daripada Redmi 13 iaitu:

  • Poco M6 (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM699 RM539
  • Poco M6 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM799 RM639

Promosi murah Poco M6 ini boleh didapati di stor online Mi Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Poco M6

Seperti yang dijangka, Poco M6 adalah telefon yang dilabel semula daripada Redmi 13. Perbezaan utamanya hanyalah luaran di mana Poco M6 ada dua tona warna di belakang, dengan logo besar Poco di tepi kamera.

Prestasi Poco M6 berada di kelas pertengahan rendah, dikuasakan cip Mediatek Helio G91 Ultra 12nm, bersama RAM hingga 8GB serta storan hingga 256GB. Slot kad mikroSD pun ada, terima kad sehingga 1TB.

Skrinnya jenis LCD 6.79-inci dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz, serta kecerahan setinggi 550 nits. Lubang kecil di dahi skrin, memuatkan kamera hadapan 13MP F2.45. Kamera belakang pula gandingan kamera utama 108MP dan kamera makro 2MP.

Terdapat tiga warna pilihan disediakan untuk Poco M6 iaitu hitam, ungu dan perak. Telefon ini menggunakan sistem operasi Xiaomi HyperOS terbaru, berasaskan Android 14.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Poco M6.

Bacaan Berkaitan

  • Redmi 13 tiba di Malaysia, dikuasakan Helio G91 Ultra dan kamera 108MP
  • Poco M6, kembar Redmi 13 yang lebih murah akan tiba
  • Poco F6 & Poco F6 Pro dilancar dengan prestasi sangat tinggi, storan hingga 1TB
  • Poco M6 Pro dilancar tanpa 5G, perkenal RAM 12GB dan storan besar 512GB
Tags: Pocopoco m6
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Poco M6 dilancar di Malaysia, harga mahal dari Redmi 13 tapi lebih murah untuk masa terhad

Poco M6 dilancar di Malaysia, harga mahal dari Redmi 13 tapi lebih murah untuk masa terhad

12 June 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER