• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost Bank umum faedah simpanan 4% setahun, tertinggi untuk bank digital

  • OLEH Najib
  • 4:40 pm
  • 13/06/2024
  • Komen
Boost Bank umum faedah simpanan 4% setahun, tertinggi untuk bank digital
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini Boost Bank mengumumkan tawaran faedah simpanan tertinggi mereka untuk tahap ‘Platinum President with Partner Benefit‘. Sebelum ini, pengguna Boost Bank di tahap ‘Platinum President‘ menikmati kadar faedah harian setinggi 3.6%, dengan tambahan Partner Benefit pengguna boleh menikmati kadar faedah harian 4.0% setahun. Ini lebih tinggi dari tawaran GXBank (3%) dan AEON bank (3.88%).

Untuk menikmati kadar 4% ini, pengguna Boost Bank perlu mematuhi beberapa syarat iaitu:



  1. Mencapai tahap Platinum President, iaitu menyimpan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.
  2. Menghubungkan akaun Boost Bank dengan akaun Boost eWallet.
  3. Berbelanja sekurang-kurangnya sekali sebulan dengan rakan niaga terpilih menggunakan Boost eWallet yang telah dihubungkan dengan Boost Bank.

Selepas memenuhi syarat-syarat di atas, dalam masa 24 jam akan muncul ‘Groceries Jar’ di ruangan Jar. Pengguna Boost Bank harus memasukkan dana ke dalam ‘Groceries Jar’ untuk menikmati kadar faedah harian 4.0% setahun. Sehingga RM25,000 boleh dimasukkan ke dalam ‘Groceries Jar’.

Jika pada bila-bila masa pengguna tidak memenuhi syarat di atas, dana di dalam Groceries Jar akan dipindahkan ke dalam akaun simpanan. Tawaran 4% ini diberikan sehingga 30 September 2024.



Di luar waktu promosi, tahap ‘Platinum President with Partner Benefit’ menawarkan kadar faedah harian 3.6% setahun di Jar dan 2.5% di akaun simpanan.

Buat masa ini, Boost Bank masih belum menawarkan kad debit dan pembayaran menerusi DuitNow QR. Tetapi mereka telah bertanyakan kepada orang ramai tentang pilihan warna kad debit, antara hitam dan merah.

Kad debit Boost Bank, pilih antara hitam atau merah

Tawaran Mydin

Salah satu rakan niaga Boost Bank untuk ‘Partner Benefit’ adalah Mydin. Untuk mencapai tahap ini, pengguna perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM50 di Mydin menggunakan Boost eWallet, yang telah dihubungkan ke Boost Bank.

Tawaran Mydin untuk pengguna Boost Bank pada 13-23 Jun 2024

Pengguna Boost Bank boleh mendapatkan pulangan tunai RM10, serta diskaun eksklusif yang berubah setiap minggu. Untuk minggu ini, Mydin menawarkan diskaun untuk Roti Gardenia (RM2), Sardin Myrasa (RM2), Gula Prai 1kg (RM2), Tepung Gandum 850g (RM2) dan sabun pencuci pinggan 800g (RM2).

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Boost Bank dan juga Mydin.

Bacaan Berkaitan

  • Boost Bank dilancar, bank digital pertama benar pendaftaran tanpa akaun bank lain
  • Boostbank mahu beri faedah simpanan 3.6% setahun, pilih kad debit hitam atau merah
  • Boost Bank dapat kelulusan operasi Bank Digital, akan laksana ujian alfa
Tags: Bank DigitalBoostBoost Bankmydin
Najib

Najib

POPULAR

Boost Bank umum faedah simpanan 4% setahun, tertinggi untuk bank digital

Boost Bank umum faedah simpanan 4% setahun, tertinggi untuk bank digital

13 June 2024
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

Acer POSWARE diperkenal di Malaysia, tawar sistem POS dan paparan dapur dari RM4,999

12 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN