• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton e.MAS: Ini 5 perkara yang perlu anda tahu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:20 pm
  • 13/06/2024
  • Komen
Proton e.MAS: Ini 5 perkara yang perlu anda tahu
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama kereta nasional, Proton, telah mengumumkan subjenama yang akan digunakan kepada kenderaan EV mereka. Nama yang dipilih ialah Proton e.MAS iaitu hasil gabungan “e” yang merujuk kepaada elektrik dan “MAS” adalah singkatan kepada Malaysia. Walaupun tiada sebarang pengumuman model baharu dilakukan, CEO Proton Li Chunrong, mengatakan EV pertama Proton akan tiba dalam tahun 2024.

Sementara menunggu hari tersebut, banyak perkara yang sedang dipersiapkan pihak mereka ke arah mencapai objektif tersebut. Ia dibentangkan dengan jelas dan dalam banyak-banyak maklumat, ini adalah beberapa maklumat yang mungkin menarik minat ada.



Proton e.MAS pertama gunakan platform GMA

Proton mengatakan yang terdapat 5 model baharu yang sedang mereka bangunkan berasaskan platform Global Modula Architecture (GMA) milik Geely. Selain EV, ada juga model EEV, Hibrid, dan PHEV akan keluar dalam masa terdekat. Selepas ini, semua kereta Proton akan menggunakan GMA sebagai asas.

Berdasarkan laporan MIDF bertarikh 13 Oktober 2024, kilang Proton Tanjung Malim mempunyai kapasiti pengeluaran sekitar 300,000 setahun dan Proton Shah Alam pada paras sekitar 80,000 setahun. Li Chunrong ada katakan yang dia ingin mempertingkat pengeluaran kepada 500,000 setahun untuk kilang Tanjung Malim dengan separuh daripadanya adalah untuk pasaran eksport.



Sewaktu pelancaran Proton e.MAS angka yang dikongsikan ialah 200,000 setahun untuk produk berasaskan GMA sahaja.

Proton bangunkan Automotive Hi-Tech Valley (AHTV)

Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) adalah usaha sama antara Geely dengan DRB-Hicom yang sedang dibangunkan di Tanjung Malam. Ia mungkin ada kaitan dengan pengumuman pelaburan RM32 billion yang dikatakan oleh PMX Anwar Ibrahim dalam bulan Oktober 2023 yang lalu.

Dalam perkongsian tersebut, beliau mengatakan Geely hasrat memperkukuh Malaysia sebagai hub pengeluar kenderaan bagi tujuan eksport.

Perkara itu selain maklumat yang dipaparkan sewaktu pembentangan. Proton ingin menjadikan AHTV sebagai hab serantau untuk pembangunan komponen kritikal EV dan juga NxGV (Next Generation Vehicle) dalam masa yang sama menjadi lokasi penghasilkan Proton e.MAS untuk pasaran domestik dan eksport.

Proton e.MAS adalah rebadge Geely Galaxy E5?

Spekulasi bertiup kencang yang Proton e.MAS adalah rebadge daripada Geely Galaxy E5. Untuk maklumat anda, model ini mempunyai saiz mirip Honda CR-V dan Toyota Corolla Cross, malah lebih besar daripada Proton X70 sedia ada.

Walau bagaimanapun, dengan maklumat yang sangat terhad, potensi untuk EV pertama Proton bukanlah hasil rebadge masih tinggi. Hal ini kerana, Galaxy E5 dibangunkan berasaskan platform GEA sedangkan CEO Proton katakan Proton e.MAS adalah berasaskan GMA.

Proton bangunkan SuperAPP

Bagi mempersiapkan ekosistem EV Proton, satu SuperAPP sedang dibangunkan untuk menjadi pusat sehenti semua berkaitan kerete elektrik Proton. Apabila diaktifkan kelak, pemilik dan bakal pemilik Proton e.MAS boleh mendapat manfaat daripadanya.

SuperAPP ini ada komponen livestream seperti pelancaran produk baharu ataupun sesi interaktif untuk menarik minat bakal pemilik seterusnya mempertingkat brand awareness. Butiran terperinci seperti spesifikasi dan harga pun akan dimasukkan.

Buat pemilik, maklumat yang akan mereka peroleh daripada SuperAPP adalah seperti peta stesen pengecas, membuat tempahan untuk selenggara, dan menghubungi perkhidmatan khidmat pelanggan untuk mendapatkan bantuan.

17 pengedar Proton e.MAS diumumkan dan peluasan rangkaian pengecas

Mungkin menjangkakan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna Malaysia, Proton sudah bersiap sedia mengumumkan 17 pengedar Proton e.MAS sewaktu pengumuman subjenama itu. Untuk tahun 2024, mereka mensasarkan 20 lokasi pengedaran Proton e.MAS akan ditubuhkan.

Bagi menangani masalah tak cukup stesen mengecas, mereka kini rancak menjalankan kerjasama strategik dengan operator stesen EV (CPO) untuk memasang pengecas-pengecas AC dan DC di lokasi-lokasi yang dirasakan sesuai. Buat masa ini mereka mengendalikan 37 unit pengecas AC/DC dalam rangkaian Proton dan Smart di seluruh negara.

Tags: automotifEVprotonProton e.MASproton ev
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Proton e.MAS: Ini 5 perkara yang perlu anda tahu

Proton e.MAS: Ini 5 perkara yang perlu anda tahu

13 June 2024
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER