• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Proton minta maaf, salah label dalam peta semasa pelancaran Proton e.Mas

  • OLEH Najib
  • 1:07 pm
  • 13/06/2024
  • Komen
Proton minta maaf, salah label dalam peta semasa pelancaran Proton e.Mas
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa pelancaran jenama Proton e.Mas semalam, ada penonton yang mengesan kesalahan yang dipaparkan semasa pembentangan dibuat. Semasa menunjukkan rangkaian jualan untuk perniagaan EV mereka, negeri di Malaysia Timur telah dilabel dengan salah. Sabah dan Sarawak telah bertukar tempat dalam peta tersebut.

Disebabkan itu, kesalahan meletakkan nama negeri ini di tempat yang sepatutnya mengundang kritikan orang ramai di media sosial. Apatah lagi, jenama kereta kebangsaan ini telah gagal untuk mengesan kesalahan ini sebelum acara pelancaran bermula dan ia juga telah disiarkan secara langsung di Facebook.



Proton telah mengakui kesilapan yang dibuat dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia:

PROTON ingin memberi kenyataan tentang kesilapan melabelkan negeri Sabah dan Sarawak.

Kami amat menyesali kesilapan yang mungkin telah menimbulkan perasaan sensitif di kalangan rakyat Malaysia.

PROTON menjunjung tinggi perpaduan dan kepelbagaian Malaysia, dan kami komited untuk menghormati dan meraikan semua negeri secara sama rata.

Kami memohon maaf atas sebarang salah faham yang berlaku dan menghargai sebarang maklum balas daripada orang ramai.

Kami akan lebih berhati-hati dalam usaha masa depan kami. Terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda yang berterusan.

PROTON

Dalam pembentangan semalam, Proton mensasarkan untuk melantik lebih 20 pengedar EV di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun ini. Sebanyak 17 pengedar telah dilantik dan diumum semalam, termasuk satu di Kota Kinabalu, Sabah. Sehingga kini, mereka telah menerima lebih 50 permohonan.



Model pertama Proton e.Mas dengan kod Proton GMA 01 dikhabarkan akan dilancarkan pada akhir tahun ini. EV pertama Proton ini dijangka akan dihasilkan berasaskan model Geely Galaxy E5.

Geely Galaxy E5
Tags: EV MalaysiaprotonProton e.MAS
Najib

Najib

POPULAR

Proton minta maaf, salah label dalam peta semasa pelancaran Proton e.Mas

Proton minta maaf, salah label dalam peta semasa pelancaran Proton e.Mas

13 June 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN