• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Realme GT6 kini dibuka tempahan awal, dapat hadiah bernilai sehingga RM1,096

  • OLEH Putra Aziz
  • 4:23 pm
  • 13/06/2024
  • Komen
Realme Malaysia sahkan pelancaran Realme GT 6 & GT 6T pada 20 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan pengumuman Realme tentang pelancaran siri telefon Realme GT 6 sebelum ini, Realme Malaysia hari ini telah membuka tempahan awal untuk kedua-dua telefon dalam siri tersebut. Ia merangkumi dua telefon iaitu Realme GT 6 dan Realme GT 6T, dan Realme memaklumkan tempahan awal dibuka bermula hari ini 13 Jun hingga 20 Jun 2024, yang juga tarikh pelancaran rasminya.

Untuk pelanggan yang berminat, tempahan awal boleh dibuat dengan meletakkan deposit RM6 di stor jenama Realme serta pengedar sah di seluruh Malaysia. Anda boleh dapatkan senarai penuhnya di sini. Tetapi yang menariknya, Realme turut menyediakan tawaran menarik dengan menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,096 untuk penempah awal.



Hadiah tersebut merupakan jam pintar Techlife Watch A1, jaminan penggantian skrin retak satu tahun, waranti penggantian telefon 1 kepada 1 selama 30 hari dan juga fon putik Buds Air 5 jika menempah di stor jenama Realme, atau Buds T110 jika menempah di pengedar sah Realme. Namun, perlu untuk anda tahu yang tawaran ini hanya terpakai untuk mereka yang menempah telefon Realme GT 6 sahaja.

Spesifikasi siri Realme GT 6

Bersama pengumuman ini, Realme Malaysia turut mengesahkan beberapa spesifikasi yang bakal didukung siri GT 6. Antaranya, Realme GT6 akan diperkasa cip Snapdragon 8s Gen3, manakala Realme GT 6T pula menggunakan cip Snapdragon 7+ Gen 3. Telefon dalam siri ini juga memiliki skrin ultra cerah mencapai kecerahan puncak 6,000 nits, bateri 5,500mAh dan sokong pengecasan pantas SUPERVOOC 120W.



Di samping itu, seperti yang dikatakan sebelum ini, Realme GT6 juga akan membawakan sejumlah ciri AI yang mungkin dipanggil NEXT AI. Ia akan memiliki ciri seperti pengeditan gambar AI Smart Removal, keupayaan mencerahkan gambar malap AI Night Vision dan AI Smart Loop untuk bantu pengguna dalam tugas-tugas harian.

Apa yang diketahui juga adalah Realme GT 6 akan datang dalam pilihan warna perak, manakala Realme GT 6T pula dalam warna hijau. Sudah tentu ia akan tersedia dalam pilihan warna lain, tapi akan diketahui sewaktu pelancarannya.

Bagaimanapun, buat masa ini, itu sahaja maklumat yang didedahkan oleh Realme dan maklumat lain masih lagi tandus. Lebih-lebih lagi berkenaan harga dan varian yang akan ditawarkan. Kali terakhir telefon siri GT dilancarkan di Malaysia adalah pada Disember tahun lalu dengan Realme GT 3. Ia tersedia dalam satu varian dengan RAM 16GB dan storan 1TB dengan harga RM2,799.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, nantikan pelancaran siri Realme GT 6 yang akan berlangsung dalam beberapa hari lagi.

Bacaan berkaitan

  • Realme GT 6 akan dikuasakan NEXT AI & cip flagship Qualcomm
  • Realme Malaysia sahkan pelancaran Realme GT 6 & GT 6T pada 20 Jun
  • Realme 12x 5G sangat murah, akan terdapat di telco dengan kontrak pelan pada harga lebih rendah
Tags: RealmeRealme GT 6Realme GT 6T
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Realme Malaysia sahkan pelancaran Realme GT 6 & GT 6T pada 20 Jun

Siri Realme GT6 kini dibuka tempahan awal, dapat hadiah bernilai sehingga RM1,096

13 June 2024
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER