• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MateBook 14 boleh mula ditempah sehingga 17 Jun

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:44 pm
  • 14/06/2024
  • Komen
Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MateBook 14 boleh mula ditempah sehingga 17 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei sedang bersiap sedia untuk melancarkan dua produk baharu iaitu tablet MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MateBook 14. Pelancarannya akan diadakan pada 18 Jun 2024 dan dengan itu, Huawei telah membuka tempahan awal untuk kedua-dua produk tersebut selama 5 hari dan akan berakhir pada 17 Jun 2024.

Untuk menempah, pelanggan perlu meletakkan deposit RM60 semasa dalam tempoh tempahan awal dan kemudian membuat pembayaran penuh pada 18 Jun atau selewat-lewatnya pada 10 Julai. Yang menariknya, Huawei turut menyertakan hadiah percuma untuk tempahan kedua-dua laptop dan tablet terbaru mereka.



Hadiah yang diberikan adalah berbeza dengan penempah MatePad 11.5″S PaperMatte Edition akan terima hadiah bernilai RM2,046 berupa sarung keyboard, pen stylus M-Pencil generasi ke-3, tetikus dan fon putik Freebuds 5i bersama-sama dengan rebat tukar beli RM200.

Sementara itu, menempah MateBook 14 akan disertakan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,614 iaitu printer 3 dalam 1, tetikus, beg galas, pendiri laptop, 1 tahun lanjutan waranti dan Microsoft Office Home & Student 2021.



Dilihat Huawei turut memberikan penempah awal MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MatteBook 14 berpeluang untuk memenangi hadiah sama ada telefon pintar Huawei Pura 70, gelang pintar Band 8 dan pakej kecergasan dan kesihatan bernilat RM89 selepas baki pembayaran dibuat.

Jika berminat, tempahan awal boleh dibuat di laman web Huawei serta gedung rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition

Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition adalah kemas kini daripada MatePad 11.5″ sebelum ini. Ditambah S dibelakang, ia didatangkan dengan spesifikasi lebih baik. MatePad 11.5″S dimuatkan dengan paparan LCD beresolusi 2.8K menggunakan nisbah 3:2 dengan kadar penyegaran 144Hz.

Atas papan utama, ia dikuasakan cip Kirin 9000WL yang bergandingan dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Menghidupkan tablet adalah bateri berkapasiti 8,800mAh dan ia menyokong pengecasan 22.5W. Sistem kameranya terdiri daripada kamera belakang 13MP dan kamera selfie 8MP.

Dalam masa sama, tablet juga serasi digunakan dengan Huawei M- Pencil generasi ke-3 dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2.

Spesifikasi MateBook 14

Huawei MateBook 14 adalah sebuah laptop 14.2-inci dengan badan nipis dan ringan, memiliki tebal hanya 14.5mm dan berat 1.31kg. Ia didatangkan dengan skrin sentuh OLED dengan resolusi 2.8k dalam nisbah 3:2. Skrinnya turut sokong kadar penyegaran pantas 120Hz, kecerahan puncak 450 nits serta bezel nipis dengan nisbah ke badan 91%.

Laptop ini diperkasa dengan cip pemproses sama ada Intel Core Ultra 7 atau Core Ultra 5, bersama dengan GPU Intel Arc terbina. Ia tersedia dalam konfigurasi RAM 16GB dan storan PCIe SSD seluas 1TB. Sistem penyejukannya menampilkan sistem dwikipas Shark Fin terbaru dengan 102 bilah kipas ultra nipis menawarkan peraliran udara yang efisien.

Bateri yang dimuatkan adalah berkapasiti 70Whr menawarkan masa penggunaan sehingga 19 jam. Walaupun nipis, ia menawarkan pilihan port mencukupi seperti satu USB-C, dua USB-A 3.1, satu HDMI dan jek audio 3.5mm, di samping ada pengimbas cap jari untuk membuka laptop.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MateBook 14.

Bacaan berkaitan

  • Huawei lancar paparan kertas di tablet lebih murah dengan Matepad 11.5 Papermatte Edition
  • Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599
  • Siri Huawei Pura 70 di Malaysia, hadiah sehingga RM2,376 menanti penempah awal
Tags: HuaweiHuawei MateBook 14Huawei MatePad 11.5"S PaperMatte EditionlaptopMatePad 11.5"S PaperMatte Editiontablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MateBook 14 boleh mula ditempah sehingga 17 Jun

Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dan MateBook 14 boleh mula ditempah sehingga 17 Jun

14 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER