• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yoodo tamat perkhidmatan 29 Ogos, pengguna dipindah ke prabayar CelcomDigi

  • OLEH Najib
  • 2:47 pm
  • 14/06/2024
  • Komen
Yoodo tamat perkhidmatan 29 Ogos, pengguna dipindah ke prabayar CelcomDigi
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mengumumkan akan jenama Yoodo akan ditamatkan tidak lama lagi sebagai mematuhi arahan SKMM, hari ini Yoodo memberi penjelasan penuh mengenai penamatan ini. Kini sah bahawa nama Yoodo akan ditamatkan penggunaannya pada 29 Ogos 2024. Manakala pengguna sedia ada akan dipindahkan ke prabayar CelcomDigi 5G.

Dalam kenyataan rasmi di laman web, Yoodo menyatakan bahawa mulai 19 Jun, beberapa fungsi akan dihentikan di aplikasi Yoodo iaitu pesanan dan pengaktifan SIM baru (kecuali gantian), pendaftaran akaun, rujukan dan pengubahsuaian tempoh sah.



Untuk pengguna sedia ada, sebenarnya terdapat tiga pilihan yang boleh diambil sebelum 29 Ogos nanti iaitu:

  1. Pindah nombor ke syarikat telekomunikasi lain secara MNP
  2. Tamatkan talian Yoodo, dengan memohon di aplikasi Yoodo
  3. Biarkan dan teruskan pelan sedia ada dengan CelcomDigi mulai 29 Ogos 2024

Pilihan ketiga kelihatan akan samar-samar kerana di dalam FAQ ada dijelaskan, pelan sedia ada anda akan diteruskan di bawah Prabayar CelcomDigi 5G.



Adakah akan ada CelcomDigi Merah?

Sementara kekeliruan ini masih belum dijelaskan, ada beberapa komen di media sosial Yoodo yang berbincang mengenainya. Ada yang mengatakan, pengguna Yoodo boleh terus menggunakan aplikasi Yoodo dan melanggan pelan yang ditawarkan Yoodo selama ini di dalam aplikasi, tetapi dengan nama baru CelcomDigi.

Jika ini benar, bermakna pengguna Yoodo tidak perlu memilih pelan prabayar CelcomDigi selepas 29 Ogos nanti. Hanya sambung melanggan pelan Yoodo seperti sebelumnya.

Kami cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara ini. Jika tiada, maka jawapan akan muncul sendiri pada 29 Ogos nanti.

Permintaan pulangan baki kredit

Jika anda masih ada baki kredit di dalam Yoodo, anda boleh memohon pemulangan baki. Caranya, dengan mengisi borang permohonan pemulangan baki, antara 1 Julai sehingga 29 Ogos 2024. Ia akan dihantar dalam tempoh 30 hari selepas permohonan dibuat, ke akaun bank Malaysia.

CelcomDigi sebelum ini telah melancarkan dua pek prabayar iaitu Edisi Biru dan Edisi Kuning. Edisi Biru menawarkan data tanpa dengan kelajuan disekat, manakala Edisi Kuning menawarkan kuota data dengan kelajuan tinggi. Kedua-duanya menawarkan pelan bulanan dari RM25/bulan bersama panggilan tempatan tanpa had.

Tawaran pelan prabayar CelcomDigi ini kelihatan sangat tidak menarik dengan fleksibiliti yang ditawarkan oleh Yoodo. Tetapi jika pelan Yoodo boleh terus digunakan, pengguna Yoodo boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu pening memilih pelan yang kurang menarik di CelcomDigi.

[Sumber: Yoodo]

Bacaan Berkaitan

  • Tiada lagi nama Yoodo mulai Ogos, pengguna akan dimaklumkan tentang peralihan
  • SKMM benarkan Celcom dan Digi bergabung, hanya jika tiada isu persaingan
  • Prabayar 5G CelcomDigi baru ada Edisi Biru tanpa had dan Edisi Kuning kelajuan tinggi dari RM25
Tags: CelcomDigiyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Yoodo tamat perkhidmatan 29 Ogos, pengguna dipindah ke prabayar CelcomDigi

Yoodo tamat perkhidmatan 29 Ogos, pengguna dipindah ke prabayar CelcomDigi

14 June 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN