• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus akan guna pakai teknologi bateri Tesla?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:49 am
  • 18/06/2024
  • Komen
OnePlus akan guna pakai teknologi bateri Tesla?
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus dikhabarkan akan lancar teknologi bateri baharu dinamakan “Glacier Battery”. Menerusi utusan di saluran Weibo rasmi mereka, pengumumkan akan dilakukan pada 20 Jun 2024 di China. Walaupun tiada maklumat lanjut tentangnya, daripada poster tersebut ada satu info menarik yang boleh diekstrak iaitu mereka bekerjasama dengan Amperex Technology Limited.

Buat maklumat anda, Amperex Technology Limited adalah syarikat pembangun bateri yang ada hasilkan bateri untuk Tesla. Dalam bulan April 2023 lalu, mereka umumkan yang berjaya hasilkan bateri EV berkepadatan paling tinggi iaitu pada paras 500Wh/kg berbanding kapasiti semasa sekitar 250Wh/kg.



Pembaharuan dalam industri bateri ini dimungkinkan dengan penggunaan materi baharu untuk anod dan katod bateri beserta pembangunan proses pembangunan bateri yang baharu tanpa mengorbankan keselamatan.

Ia bermakna jarak kembara EV bakal jadi lebih jauh berbekalkan berat bateri yang sama. Bukan itu sahaja, kepadatan tenaga yang tinggi ini juga bermakna potensi untuk pembangunan pesawat elektrik sepenuhnya semakin menjadi realiti.



Berkemungkinan teknologi yang sama bakal diguna pakai OnePlus pada telefon mereka. Di Malaysia, OnePlus 12 yang sedang dijual di sini mempunyai kapasiti bateri 5,400mAh yang dipisahkan dalam dua sel 2,700mAh setiap satu dan sistem ini menyokong pengecasan pantas 100 SuperVOOC.

Kalau cip pemproses, orang berlumba-lumba untuk gunakan teknologi litografi lebih kecil untuk padatkan lebih banyak transistor dalam satu ruang terhad, teknolgi bateri pula lebih tertumpu kepada memadatkan lebih banyak tenaga dalam satu ruang yang terhad.

Antara pencapaian yang pernah kami laporkan adalah teknologi Lithium Ceramic Battery yang dibangunkan ProLogium dari Taiwan. Mereka menggunakan elektrolit jenis pepejal berbanding elektrokit cecair yang disimpan dalam tekanan tinggi. Manfaat bateri jenis ini adalah ia tidak terdedah kepada fenomena thermal runaway. Makanya, bateri kekal berfungsi walaupun dipotong-potong.

Mereka umumkan berjaya bangunkan teknologi bateri elektrolit pepejal yang ada ketumpatan tenaga sekitar 300-400Wh/kg.

Xiaomi juga pernah umumkan yang mereka sedang terokai teknkologi bateri jenis ini apabilakatakan yang mereka berjaya bangunkan elektrolit pepejal berkepadatan tenaga 1,000Wh/L. Namun sehingga kini masih belum ada prototaip yang mereka pamerkan.

Bacaan berkaitan

Kuasa AI Google Gemini akan datang ke peranti Oppo dan OnePlus tahun ini

OnePlus sebar penyunting gambar AI Eraser untuk 5 model ini

Tags: catlOnePlus
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
OnePlus akan guna pakai teknologi bateri Tesla?

OnePlus akan guna pakai teknologi bateri Tesla?

18 June 2024
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN