• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad SE 11, tablet murah ada skrin besar 11″ dengan sistem kuad speaker

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:46 pm
  • 19/06/2024
  • Komen
Huawei MatePad SE 11, tablet murah ada skrin besar 11″ dengan sistem kuad speaker
Share on FacebookShare on Twitter

Selain memperkenalkan tablet MatePad 11.5″S PaperMatte Edition, Huawei Malaysia turut mengumumkan tablet MatePad SE 11″. Ia adalah tablet lebih mampu milik dan merupakan kemas kini daripada MatePad SE 10.4 sebelum ini, tetapi tampil dengan skrin lebih besar 11-inci serta ada pengecasan lebih pantas.

Harga dan ketersediaan MatePad SE 11 di Malaysia

Tablet MatePad SE boleh mula didapatkan semua pengguna di Malaysia bermula 22 Jun 2024 dalam satu varian RAM 6GB dan storan 128GB. Ia dijual di Malaysia pada harga RM999. Setiap pembelian tablet MatePad SE juga akan disertakan dengan pen stylus M-Pen lite bernilai RM299.



Sekiranya tersedia nanti, anda boleh dapatkannya di stor online Huawei serta stor rasmi Huawei di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei MatePad SE 11″

Huawei MatePad SE didatangkan dengan skrin 11-inci menggunakan panel paparan TFT LCD pada resolusi FHD+ dalam nisbah 16:10. Ia turut sokong kadar penyegaran 60Hz, kecerahan puncak 400 nits dan memiliki warna kontras 1400:1, di samping ada pengesahan TUV Rheinland untuk ada tahap cahaya biru rendah dan bebas flicker.



Sementara tablet ini tersedia dalam konfigurasi RAM 6GB dan storan 128GB, Huawei tidak pula mendedahkan cip yang terdapat di dalam tablet. Untuk perisian, ia akan menjalankan sistem operasi Harmony OS 2.0 dan boleh digunakan bersama pen stylus Huawei M-Pen lite.

Tenaga tablet disalurkan oleh bateri berkapasiti 7,700mAh dengan sokongan pengecasan 22.5W. Sistem kameranya menampilkan kamera belakang 8MP F2.0 dan kamera depan 5MP F2.2, manakala audio tablet pula dikeluarkan oleh empat speaker yang juga menyokong teknologi Histen 9.0 untuk audio yang imersif.

Ciri ketersambungan yang disokong termasuk WiFi dan Bluetooth 5.1. Badan MatePad SE menggunakan rekaan unibody yang diperbuat daripada aluminium dengan tebal hanya 6.9mm dan berat 475g. Ia hanya tersedia dalam satu warna iaitu kelabu.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Huawei MatePad SE 11.

Bacaan berkaitan

  • Huawei MateBook 14 Malaysia : Diperkasa Intel Core Ultra 7 bersama skrin sentuh OLED 120Hz
  • Huawei MatePad 11.5″S PaperMatte Edition dilancarkan pada harga RM2,499
  • Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599
Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei MatePad SE 11MatePad SE 11tablet
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Huawei MatePad SE 11, tablet murah ada skrin besar 11″ dengan sistem kuad speaker

Huawei MatePad SE 11, tablet murah ada skrin besar 11″ dengan sistem kuad speaker

19 June 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN