• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy S24 Ultra akan digunakan sebagai peranti penyiaran di Olimpik Paris 2024

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:36 pm
  • 19/06/2024
  • Komen
Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung memaklumkan yang telefon flagship Galaxy S24 Ultra mereka akan digunakan sebagai peranti untuk menyiarkan kandungan Olimpik Paris 2024. Ia akan digunakan terutamanya untuk acara perasmian Olimpik di Sungai Seine dan sukan pelayaran Olimpik nanti.

Ini dijayakan kerjasama Samsung bersama Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS). Dengan menggunakan Galaxy S24 Ultra sebagai peranti untuk siaran, ini membenarkan penonton untuk mendapatkan perspektif yang lebih dekat semasa berlangsungnya acara-acara ini.



Berkemungkinan Galaxy S24 Ultra dipilih adalah disebabkan ia adalah telefon flagship terhebat Samsung setakat ini, serta menampilkan sistem kamera terbaik berbanding telefon lain dalam siri Galaxy S24. Samsung memaklumkan bahawa lebih daripada 200 unit Galaxy S24 Ultra akan digunakan dan dipasang di hadapan dan sisi kapal atlet sewaktu acara perasmian Olimpik.

Rakaman tersebut kemudiannya akan dikongsi dan distrim melalui rangkaian 5G peribadi oleh Orange, iaitu penyedia perkhidmatan rasmi sukan Olimpik. Selain itu, sejumlah antena 5G turut akan dipasang pihak Orange di sepanjang Sungai Seine untuk memberikan capaian internet yang baik.



Kaedah yang serupa turut akan digunakan semasa sukan pelayaran di Marseille. Telefon Galaxy S24 Ultra akan dipasangkan di setiap bot atlet untuk membolehkan peminat melihat dan merasai sendiri perlumbaan pelayaran. Namun, untuk sukan dengan persekitaran yang lebih mencabar ini, Samsung memanfaatkan penstabilan imej optik pada Galaxy S24 untuk rakaman bebas gegar, serta antena akan dipasang di bot lumba untuk berikan capaian internet yang baik.

Untuk makluman anda, Galaxy S24 Ultra memiliki spesifikasi flagship dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3, diiktiraf kalis air IP68 serta menggunakan tetapan kuad kamera iaitu kamera utama 200MP, kamera telefoto 10MP dan 50MP, serta kamera ultralebar 12MP. Adalah menarik untuk melihat bagaimana hasil siaran daripada di Galaxy S24 Ultra. Oleh itu, nantikan acara perasmian Olimpik yang akan diadakan pada 26 Julai 2024.

[Sumber: Samsung]

Bacaan berkaitan

  • Siri Galaxy S25 mungkin hanya akan dikuasakan Snapdragon 8 Gen 4, tiada lagi Exynos
  • Samsung Smart Monitor edisi 2024 ditambah baik dengan cip NQM AI
  • Samsung Galaxy Tab S6 Lite 2024: Storan lebih besar dan sokong DeX Mode dengan Tab One UI
Tags: Galaxy S24 UltraOlimpik Paris 2024samsungSamsung Galaxy S24 Ultra
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Samsung Galaxy S24 Ultra: Tagih teknologi AI untuk tampil unik, apa lagi yang baharu?

Samsung Galaxy S24 Ultra akan digunakan sebagai peranti penyiaran di Olimpik Paris 2024

19 June 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER