• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme Buds Air 6 dan Buds Air 6 Pro dilancar, tawar ANC sehingga 50dB dan audio spatial 360

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:30 pm
  • 21/06/2024
  • Komen
Realme Buds Air 6 dan Buds Air 6 Pro dilancar, tawar ANC sehingga 50dB dan audio spatial 360
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping telefon pintar Realme GT 6, Realme turut memperkenalkan fon putik terbaru mereka iaitu siri Realme Buds 6. Ia merangkumi dua model iaitu Realme Buds 6 dan Buds 6 Pro, dan kedua-duanya menampilkan ciri penyaring hingar aktif serta memiliki piawaian audio hi-res.

Harga siri Realme Buds Air 6 di Malaysia

Kedua-dua Realme Buds Air 6 dan Buds Air 6 Pro tersedia didapatkan sekarang menerusi stor rasmi Realme di Lazada, Shopee dan juga TikTok . Harga rasmi jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Realme Buds Air 6 – RM299
  • Realme Buds Air 6 Pro – RM399

Spesifikasi Realme Buds Air 6 Pro

Realme Buds Air 6 Pro adalah fon putik lebih mewah menampilkan penggunaan dua pemandu, iaitu satu pemandu bass 11mm dan tweeter 6mm. Ia juga dilengkapi dengan penyaring hingar aktif ANC yang dikatakan mampu menghalang bunyi luar sehingga 50dB, dengan kemampuan adaptif yang boleh melaras tahap ANC secara pintar.

Fungsi ANC ini dimungkinkan oleh enam mikrofon, atau lebih tepat tiga mikrofon yang ada di setiap fon putik. Fon putik turut ada pengiktirafan kalis percikan air IP55.



Selain itu, model Pro didatangkan dengan audio spatial 360 darjah bersama algoritma audio peribadi untuk memberikan pengalaman mendengar yang jauh lebih imersif. Audio yang dihasilkan juga boleh distrim dalam kualiti tinggi kerana menyokong protokol LDAC HD.

Bagi keperluan gaming, ia memiliki mod Game menawarkan tahap kependaman serendah 55ms, serta ada sokongan sambungan dwiperanti serentak dan juga Google Fast Pair melalui Bluetooth 5.3. Dengan ANC dihidupkan, fon putik boleh menawarkan masa main sehingga 7.5 jam dan 28 jam bersama bekas pengecas.

Spesifikasi Realme Buds Air 6

Untuk Realme Buds Air 6 pula, ia didatangkan dengan pemandu bass 12.4mm lebih besar. Tahap ANC yang disokong adalah sama seperti model Pro iaitu sehingga 50dB dan turut ada kemampuan ANC adaptif untuk melaras tahap ANC secara pintar, menggunakan tiga mikrofon yang ada di setiap fon putik.

Berbanding LDAC HD, Buds Air 6 menyokong protokol hi-res LHDC 5.0 dan ia tidak dilengkapkan dengan audio spatial 360 darjah. Daripada segi bateri, ia menawarkan masa penggunaan sehingga 6.5 jam di fon putik dan 26 jam dengan bekas pengecas jika ANC dihidupkan.

Ciri lain yang dimiliki Buds Air 6 kebanyakannya serupa seperti Buds Air 6 Pro. Ini termasuk tahap kependaman serendah 55ms dalam mod Game, Google Fast Pair dan diiktiraf kalis percikan air IP55.

Buds Air 6 didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hijau dan perak, manakala Buds Air 6 Pro pula tersedia dalam warna biru cair dan hitam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Buds Air 6 dan Buds Air 6 Pro.

Bacaan berkaitan

  • Realme GT 6 dan GT 6T tiba di Malaysia, dengan kuasa flagship Snapdragon dan NEXT AI
  • Siri Realme GT6 kini dibuka tempahan awal, dapat hadiah bernilai sehingga RM1,096
  • Realme Malaysia sahkan pelancaran Realme GT 6 & GT 6T pada 20 Jun
Tags: RealmeRealme Buds Air 6Realme Buds Air 6 ProRealme Malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme Buds Air 6 dan Buds Air 6 Pro dilancar, tawar ANC sehingga 50dB dan audio spatial 360

Realme Buds Air 6 dan Buds Air 6 Pro dilancar, tawar ANC sehingga 50dB dan audio spatial 360

21 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER