• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme GT 6 dan GT 6T tiba di Malaysia, dengan kuasa flagship Snapdragon dan NEXT AI

  • OLEH Najib
  • 12:43 pm
  • 21/06/2024
  • Komen
Realme GT 6 dan GT 6T tiba di Malaysia, dengan kuasa flagship Snapdragon dan NEXT AI
Share on FacebookShare on Twitter

Realme baru-baru ini telah melancarkan siri Realme GT 6 di Dubai, menandakan ketibaannya di pentas antarabangsa. Pelancaran ini juga membawa siri Realme GT 6 ke Malaysia dan ia telah mula dijual bermula hari ini.

Terdapat dua model diperkenal di bawah siri ini iaitu Realme GT 6 dan Realme GT 6T. Kedua-duanya diperkasa cip flagship keluaran Qualcomm dan turut memperagakan paparan yang terbaik ada di pasaran sekarang.



Harga Rasmi siri Realme GT 6

Peminat di Malaysia boleh membeli siri Realme GT 6 di Malaysia mulai 21 Jun 2024. Ia ada dijual di semua pengedar sah Realme, Kedai Jenama Realme, serta atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok.

Harga rasmi siri Realme GT 6 di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Realme GT 6T (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,399
  • Realme GT 6 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,599
  • Realme GT 6 (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM2,899

Promosi Menarik siri Realme GT 6

Realme Malaysia turut menawarkan promosi untuk pembeli terawal. Bagi Realme GT 6, pembelian dari 21 Jun hingga 31 Julai 2024 akan menerima hadiah bernilai RM797 iaitu:

  • Jam pintar Techlife A1
  • 1-tahun perlindungan kerosakan skrin
  • 30-hari jaminan penggantian 1-ke-1

Bagi Realme GT 6T pula, diskaun sebanyak RM400 diberikan untuk pembelian antara 21 hingga 27 Jun 2024. Ini menjadikan harganya di bawah RM2,000.

  • Realme GT 6T (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM2,399 RM1,999

Diskaun RM400 ini diberi untuk pembelian atas talian sahaja di Lazada, Shopee dan TikTok.

Spesifikasi Realme GT 6T

Ini adalah model yang lebih rendah dalam siri ini, tetapi ia masih memiliki kuasa yang tinggi. Realme GT 6T dilengkapi cip Snapdragon 7+ Gen 3, bersama RAM LPDDR5X seluas 12GB serta storan pants UFS4.0 sebesar 256GB. Tiada slot kad microSD padanya.

Skrin di Realme GT 6T adalah sama dengan GT 6, antara yang terbaik ada di pasaran sekarang. Ia dari jenis AMOLED LTPO, dengan sokongan Pro-XDR dan memiliki kecerahan sehingga 6,000 nits, tertinggi ada di telefon pintar buat masa ini. Ia juga memiliki ‘DC Dimming’ dan PWM Dimming setinggi 2,160Hz. Pengimbas capjari turut ada di dalam skrin, serta dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2.

Kameranya juga tidak kurang hebat, dengan kamera hadapan 32MP di dalam lubang kecil di dahi skrin. Serta gandingan dwi kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.69 dengan sensor Sony LYT-600 OIS dan kamera ultralebar 8MP F2.2 dengan sensor Sony IMX355.

Bateri di dalamnya lebih besar dari biasa, berkapasiti 5,500mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 120W berteknologi GaN, berupaya mengisi bateri dari 0 ke 50% dalam masa 10 minit sahaja.

Realme GT 6T menggunakan sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Ia turut dilengkapi sistem bunyi stereo melalui dua speaker dan sensor NFC pelbagai arah.

Terdapat dua warna disediakan untuk Realme GT 6T, antara hijau dan perak. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme GT 6T.

Spesifikasi Realme GT 6

Digelar pembunuh flagship, Realme GT 6 dikuasakan cip hebat Qualcomm iaitu Snapdragon 8s Gen 3. Kuasanya dipertingkat lagi dengan penggunaan RAM LPDDR5X sehingga 16GB, serta storan UFS4.0 ‘overclock’ sehingga 512GB.

Skrinnya terbaik masakini, jenis AMOLED LTPO dengan sokongan Pro-XDR dan kecerahan sehingga 6,000 nits, tertinggi ada di telefon pintar buat masa ini. Ia juga memiliki ‘DC Dimming’ dan PWM Dimming setinggi 2,160Hz. Pengimbas capjari turut ada di dalam skrin, serta dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus 2.

Ia datang bersama kamera hadapan 32MP di dalam lubang kecil di dahi skrin. Serta tiga kamera belakang iaitu kamera utama 50MP F1.69 dengan sensor Sony LYT-808 OIS, kamera ultralebar 8MP F2.2 dengan sensor Sony IMX355 dan kamera telefoto 50MP F2.0 dengan sensor Samsung S5KJN5.

Bateri di dalamnya lebih besar dari biasa, berkapasiti 5,500mAh. Ia menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 120W berteknologi GaN, berupaya mengisi bateri dari 0 ke 50% dalam masa 10 minit sahaja.

Realme GT 6 menggunakan sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Ia turut dilengkapi sistem bunyi stereo melalui dua speaker, pemancar infra merah dan sensor NFC 360-darjah.

Selain itu, Realme menambah keupayaan Next AI ke dalam Realme GT 6. Antaranya kebolehan AI ini adalah membuang subjek daripada gambar, mengesan lokasi berdasarkan teks dan mempertingkat tangkapan gambar waktu malam.

Terdapat dua warna disediakan untuk Realme GT 6, antara hijau dan perak. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Realme GT 6.

Bacaan Berkaitan

  • Siri Realme GT6 kini dibuka tempahan awal, dapat hadiah bernilai sehingga RM1,096
  • Realme Malaysia sahkan pelancaran Realme GT 6 & GT 6T pada 20 Jun
  • Realme GT 6 akan dikuasakan NEXT AI & cip flagship Qualcomm
Tags: Next AIRealmeRealme GT 6Realme GT 6T
Najib

Najib

POPULAR

Realme GT 6 dan GT 6T tiba di Malaysia, dengan kuasa flagship Snapdragon dan NEXT AI

Realme GT 6 dan GT 6T tiba di Malaysia, dengan kuasa flagship Snapdragon dan NEXT AI

21 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER