• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 13 Pro 5G diperkenal dalam warna Olive Green baru, diskaun RM100 lebih murah

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:54 pm
  • 24/06/2024
  • Komen
Redmi Note 13 Pro 5G diperkenal dalam warna Olive Green baru, diskaun RM100 lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Redmi Note 13 telah pun dilancarkan Xiaomi pada awal Januari tahun ini. Ia diperkenal dalam beberapa varian dan khusus untuk model Note 13 Pro 5G, ia kini tersedia dalam satu warna baharu iaitu Olive Green. Warna baharu ini menyertai tiga warna sedia ada ungu, hitam dan biru.

Harga dan promosi Redmi Note 13 Pro Olive Green

Redmi Note 13 Pro 5G dalam warna Olive Green terbaru ini boleh mula didapati di Malaysia sekarang ada harga kekal sama RM1,399 untuk RAM 8GB dan storan 256GB. Pembelian boleh dibuat menerusi kedai sah Xiaomi, stor online Xiaomi ataupun di gedung rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.



Tetapi yang menariknya, daripada sekarang sehingga 15 Julai ini, Xiaomi uturut menyediakan diskaun RM100 untuk Redmi Note 13 Pro Olive Green menjadikannya hanya RM1,299. Malah, mereka yang membeli dari kedai sah Xiaomi akan disertakan dengan hadiah bernilai RM99.

Dalam masa sama, sekiranya anda pemilik Redmi Note 13 Pro+ 5G atau Redmi Note 13 Pro 5G, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket ‘Iconic Fan Meet’ bersama artis K-Pop terkemuka dan Duta siri Redmi Note 13 iaitu BamBam. Untuk sertainya, pendaftaran dibuka sehingga 3 Julai 2024.



Kalau anda belum memiliki dua peranti yang disebutkan tadi dan mahu memenangi tiket, usah risau kerana Xiaomi akan memberikan tiket ke acara tersebut kepada 50 pembeli terawal Redmi Note 13 Pro+ dan Redmi Note 13 Pro di Redmi Note 13 Series Roadshow yang akan berlangsung pada 9 Julai nanti.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penyertaan, anda boleh layari laman web Xiaomi di sini.

Spesifikasi Redmi Note 13 Pro 5G

Redmi Note 13 Pro 5G dilengkapkan dengan panel paparan AMOLED sebesar 6.67” beresolusi 2712 x 1220 (FHD+) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Skrinnya turut menyokong kadar kecerahan puncak pada 1,800nits dan komponen panel tersebut dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus.

Di dalam, ia diperkasa dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 bersama kombinasi RAM 8GB dan storan 256GB. Sistem operasi yang dijalankan adalah HyperOS berasaskan Android 14.

Untuk mengambil gambar, Redmi Note 13 Pro 5G dilengkapi sistem trikamera. Ia terdiri daripada kamera utama 200MP ber-OIS, kamera utlralebar 8MP dan kamera 2MP. Di hadapan, lubang di skrin menempatkan kamera 16MP.

Membekalkan tenaga kepada Redmi Note 13 Pro 5G adalah tangki bateri seluas 5,100mAh. Bateri ini menyokong sistem pengecasan pantas 67W dengan blok pengecas tersedia di dalam kotak. Selain Olive Green, Redmi Note 13 Pro 5G tersedia dalam tiga warna iaitu ungu, hitam dan biru.

Bacaan berkaitan

  • Jualan 6.6 Xiaomi: Diskaun hingga 75%, telefon dari RM399 dan fon putik dari RM69
  • Xiaomi Pad 6S Pro 12.4, tablet terhebat & paling mahal Xiaomi dah tiba di Malaysia
  • Redmi 13C 5G tiba, telefon 5G termurah Xiaomi dijual di Malaysia
Tags: redmi note 13 proSiri Redmi Note 13xiaomixiaomi malaysia
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Redmi Note 13 Pro 5G diperkenal dalam warna Olive Green baru, diskaun RM100 lebih murah

Redmi Note 13 Pro 5G diperkenal dalam warna Olive Green baru, diskaun RM100 lebih murah

24 June 2024
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN