• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 13 Pro 5G Malaysia: Snapdragon 7s Gen 2 dengan naik taraf besar di kamera

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:40 pm
  • 15/01/2024
  • Komen
Redmi Note 13 Pro 5G Malaysia: Snapdragon 7s Gen 2 dengan naik taraf besar di kamera
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi hari ini mengumumkan barisan Redmi Note 13, telefon kelas pertengahan pada harga mampu milik untuk rakyat Malaysia. Sebanyak 4 varian dilancarkan sekali gus dengan beberapa pilihan kombinasi RAM dan storan disediakan pada pelbagai peringkat harga untuk memenuhi semua keperluan bajet pengguna.

Harga siri Redmi Note 13 di Malaysia

Siri Redmi Note 13 akan mula dijual di Malaysia bermula 20 Januari 2024. Berikut adalah harga jualan siri Redmi Note 13:



  • Redmi Note 13 Pro+ 5G (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM1,999
  • Redmi Note 13 Pro+ 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,599
  • Redmi Note 13 Pro 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,399
  • Redmi Note 13 5G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,099
  • Redmi Note 13 4G (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM899
  • Redmi Note 13 4G (RAM 6GB + Storan 256GB) – RM749

Seperti biasa, ada promo pelancaran diadakan dalam tempoh terhad. Pembeli Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Note 13 Pro 5G akan terima seunit Redmi Buds 4 Active bernilai RM119 dan juga Xiaomi Smart Band 8 Active yan gbernilai RM129.

Pembeli Redmi Note 13 5G dan Note 13 4G pula akan terima Redmi Buds 4 Active sahaja bernilai RM119. Tak terhad dengan itu, Redmi Note 13 ditawarkan pada harga promosi RM699 secara dalam talian sahaja dalam tempoh terhad.



Spesifikasi Redmi Note 13 Pro 5G

Redmi Note 13 Pro 5G adalah varian kedua tertinggi dalam keluarganya. Telefon ini memiliki panel paparan AMOLED sebesar 6.67” beresolusi 2712 x 1220 (FHD+) dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. Kadar kecerahan yang mampu dicapainya adalah pada takat 1,800nits dan panel tersebut dilindungi kaca Corning Gorilla Glass Victus. Spesifikasi panel paparan ini sama seperti Redmi Note 13 Pro+ 5G.

Berbanding cip Mediatek Dimensity 7200-Ultra varian tertinggi, Xiaomi mengenakan cip Snapdragon 7s Gen 2 pada varian pertengahan ini. Buat pasaran Malaysia, kombinasi RAM dan storan yang ditawarkan kepada pengguna di sini adalah satu sahaja iaitu RAM 8GB + storan 256GB.

Untuk mengambil gambar, Redmi Note 13 Pro 5G dilengkapi kamera 200MP ber-OIS sebagai kamera utama. Disamping kamera utama, ia juga ada kamera utlralebar 8MP dan kamera 2MP. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP. Spesifkasi kamera juga berkongsi antara varian ini dengan Pro+ 5G.

Membekalkan tenaga kepada segala kelengkapan elektronik Redmi Note 13 Pro 5G adalah tangki bateri seluas 5,100mAh. Bateri ini menyokong sistem pengecasan pantas 67W dengan blok pengecas tersedia di dalam kotak.

Berbanding Redmi Note 12 Pro 5G yang masuki Malaysia dalam tahun 2023, antara perubahan yang dapat diperhatikan adalah seperti penggunaan SoC berlainan pengeluar iaitu daripada Mediatek kepada Snapdragon.

Kombinasi RAM dan storan juga dihadkan kepada satu sahaja berbanding 3 pilihan yang pengguna boleh temui pada generasi terdahulu.

Perubahan terbesar boleh anda lihat adalah sistem kamera utama yang naik daripada 50MP kepada 200MP. Selain daripada kamera utama, spesifikasi kamera ultralebar, makro, dan selfie dilihat sama spesifikasinya.

Bacaan berkaitan

Redmi Note 13 Pro+ 5G Malaysia: Telefon IP68 pertama jenama itu pada harga bermula RM1,599

Redmi Note 13 Pro 5G Malaysia: Dimensity 7200-Ultra dengan naik taraf besar di kamera

Redmi Note 13 5G Malaysia : Sedikit turun taraf demi sambungan generasi baharu

Redmi Note 13 Malaysia: Hampa kerana harga naik, spesifikasi sama

Tags: androidmobileRedmiredmi noteredmi note 13redmi note 13 4gredmi note 13 5gredmi note 13 pro 5gredmi note 13 pro plus 5gtelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi Note 13 Pro 5G Malaysia: Snapdragon 7s Gen 2 dengan naik taraf besar di kamera

Redmi Note 13 Pro 5G Malaysia: Snapdragon 7s Gen 2 dengan naik taraf besar di kamera

15 January 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN