Sebelum ni saya ada kongsikan senarai 5 terbaik jam kecergasan murah sangat bawah RM250. Kalau anda ada bajet lebih dan nak dapatkan jam yang lebih baik, di sini saya nak kongsikan senarai 5 jam pintar di bawah RM500.
Dengan bajet tinggi sikit ni, anda boleh dapatkan jam dengan skrin AMOLED yang cerah dan cantik. Selain itu, semuanya ada penjejak GPS terbina dalam jam. Tak adalah guna GPS telefon dan bateri telefon cepat habis. Memang lagi best guna jam macam ni. Nak tau yang mana, jom saya terangkan 5 jam terbaik bawah RM500.
1. Redmi Watch 4 (RM459)
Jam dengan badan petak ni ada skrin AMOLED sangat besar, 1.97-inci dan kecerahan setinggi 600 nits. jadi boleh muat bateri yang besar, hayat penggunaan biasa sampai 20-hari. badan ni pun tahan lasak, guna bingkai aloi aluminium.
Kawalan boleh dibuat secara sentuhan di skrin, atau butang boleh berputar di sisi. Telefon ni pun boleh buat panggilan di jam, sebab ada speaker dan mikrofon terbina di dalam. Lebih 150 mod kecergasan boleh dipantau, serta serasi digunakan bersama peranti Android 8 ke atas atau iOS 12 ke atas.
Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.
2. Amazfit Active Edge (RM499)
Dengan badan tahan lasak ala G-Shock, jam ini boleh masuk air sedalam 10 TM. Tetapi ia menggunakan skrin LCD bulat 1.36-inci. Hayat baterinya mampu bertahan sehingga 16 hari dalam penggunaan biasa. Ia sangat sesuai untuk penggemar aktviti kecergasan. Lebih 130 mod kecergasan boleh dipantau, dengan 25 jenis senaman dan 7 jenis sukan boleh dikesan secara automatik.
Jam ini boleh berhubung ke peranti Android 7 dan ke atas serta iOS 14 ke atas, menerusi aplikasi Zepp. Terdapat juga fungsi jurulatih AI, Zepp Coach.
Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.
3. Black Shark GS 3 (RM439)
Ini juga jam yang menampilkan badan tahan lasak ala G-Shock, tetapi dengan skrin AMOLED 1.43-inci. Hanya mampu masuk air sedalam 5ATM sahaja. Black Shark beri 2 tali jam untuk pengguna, tali kain dan tali getah.
Jam ini juga ada speaker dan mikrofon, boleh buat panggilan terus di jam. Ada juga fungsi Shark GPT terbina di dalam. Lebih 100 jenis aktiviti boleh dipantau. Hayat bateri untuk penggunaan biasa sehingga 21 hari.
Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.
4. Honor Watch 4 (RM499)
Dengan badan petak, Honor Watch 4 memiliki skrin AMOLED besar 1.75-inci dalam badan aloi aluminium yang kelihatan premium. Hayat bateri untuk penggunaan biasa pula sehingga 14-hari. Panggilan juga boleh dibuat terus di jam, melalui mikrofon dan speaker terbina di dalam.
Melalui aplikasi Honor Health, jam ini boleh bersambung ke peranti Android 9 ke atas dan iOS 11 ke atas. Lebih banyak maklumat boleh dilihat antaranya tahap tekanan, oksigen dalam darah SpO2, waktu tidur, degupan jantung serta pernafasan.
Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.
5. Realme Watch 3 Pro (RM429)
Jam Realme ini tergolong dalam kategori jam petak bergaya. Ia ada skrin AMOLED seluas 1.78-inci, serta menyokong fungsi panggilan dalam jam. Hayat bateri pula mmapu bertahan sehingga 10-hari untuk penggunaan biasa.
Sistem GPS terbina di dalamnya, boleh menjejak lebih 20 jam berterusan. Ia juga boleh memantau lebih 100 jenis sukan. Dengan aplikasi Realme Link, jam ini boleh berhubung dengan peranti Android 5 ke atas dan iOS 11 ke atas serta menggunakan fungsi pintar seperti Find My Phone, Camera Control, Music Control dan banyak lagi.
Baca maklumat lanjut di sini. Anda boleh beli di Lazada dan Shopee.
Best senarai kali ni. Nak jam tahan lasak ala G-Shock, ada pilihan Amazfit Edge Active dan Black Shark GS 3. Redmi Watch 4 pula ada skrin AMOLED paling besar. Kalau nak jam petak kecil sikit macam Apple Watch, boleh beli Honor Watch 4 atau Realme Watch 3 Pro.
Lagi menarik pilihan jam bawah RM500 ni. Boleh dapat rekaan tahan lasak, penjejak GPS dalam jam, skrin AMOLED yang lebih cerah, dan jawab panggilan terus di jam. Kalau ada apa persoalan nak tanya, boleh tulis dalam ruangan komen. Nak kami buat kategori yang lain pun boleh, bagi je cadangan di komen ya.