• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Flip 6 & Fold 6 bakal dilancar di Paris, tonton strim Samsung Unpacked 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:04 am
  • 26/06/2024
  • Komen
Galaxy Z Flip 6 & Fold 6 bakal dilancar di Paris, tonton strim Samsung Unpacked 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung didapati mula menghantar jemputan untuk menonton strim Galaxy Unpacked 2024 yang akan berlangsung di Paris pada 10 Julai 2024 ini. Dalam acara itu, mereka akan memperkenalkan siri Galaxy Z terbaharu yang diperkasa Galaxy AI. Ia tidak syak lagi adalah Galaxy Z Flip 6 dan Z Fold 6. Pengguna di Malaysia boleh tonton strim ini pada 9 malam, 10 Julai 2024 di pelbagai saluran media rasmi Samsung.

Samsung juga sedang menerima pendaftaran minat buat sesiapa yang ingin memiliki mana-mana Samsung Galaxy Z Flip 6 ataupun Galaxy Z Fold 6 seawal mungkin. Anda boleh pergi ke laman pendaftaran minat untuk mengisi butiran yang diperlukan dan anda bakal menerima e-baucar bernilai RM500 untuk membeli aksesori-aksesori premium Samsung. Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah misteri bernilai sehingga RM27,000.



240626-samsung unpacked 2024 z flip 6 z fold 6.jpg

Galaxy Z Flip 6 dan Z Fold 6 ada naik taraf fizikal

Maklumat rasmi tentang kedua-dua telefon boleh lipat terhangat pasaran ini walau bagaimanapun, masih tandus. Namun begitu, menjelang hari pelancaran, terdapat banyak maklumat tak rasmi daripada sumber-sumber boleh dipercayai.

Contohnya, dikatakan yang terdapat perubahan fizikal yang ketara pada Z Flip 6 dan Z Fold 6 berbanding generasi sebelumnya. Model terbaharu akan mengikuti identiti siri Galaxy S24 sedia ada iaitu penggunaan bucu tajam yang menampakkan badannya yang lebih kekotak.



Pada segi spesifikasi dalaman, jangkakan naik taraf yang biasa anda lihat merentasi generasi. Contohnya, penggunaan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 bagi menggantikan Snapdragon 8 Gen 2 yang telah digunakan sebelum ini. Naik taraf kamera turut boleh dijangkakan seperti penggunaan kamera utama sehingga 50MP.

Sebagai sebuah telefon boleh lipat, tentu ramai yang ingin melihat naik taraf pada bahagian engsel dan juga pengurangan pada kesan lipatan Pada segi harga, sebagai model ultrapremium, harga permulaannya pastinya adalah sekitar RM5,000 berdasarkan harga Z Flip 5 dan Z Fold 5.

Berikut adalah harga pelancaran kedua-dua telefon tersebut.

  • Samsung Galaxy Z Fold 5, RAM 12GB, storan 256GB – RM6,799
  • Samsung Galaxy Z Fold 5, RAM 12GB , storan 512GB – RM7,299
  • Samsung Galaxy Z Fold 5, RAM 12GB, storan 1TB – RM8,299
  • Samsung Galaxy Z Flip 5, RAM 8GB, storan 256GB – RM4,499
  • Samsung Galaxy Z Flip 5, RAM 8GB, storan 512GB – RM4,999
Tags: galaxy unpackedgalaxy z flip 6Galaxy Z Fold 6samsungsamsung galaxySamsung Galaxy UnpackedSamsung galaxy z flip 6Samsung galaxy z fold 6
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy Z Flip 6 & Fold 6 bakal dilancar di Paris, tonton strim Samsung Unpacked 2024

Galaxy Z Flip 6 & Fold 6 bakal dilancar di Paris, tonton strim Samsung Unpacked 2024

26 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER