• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aplikasi Maybank MAE kini benarkan daftar masuk sehingga 5 akaun serentak

  • OLEH Najib
  • 12:01 pm
  • 27/06/2024
  • Komen
Aplikasi Maybank MAE kini benarkan daftar masuk sehingga 5 akaun serentak
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, ramai pengguna mengeluh apabila Maybank hanya membenarkan satu daftar masuk Maybank2u di aplikasi Maybank MAE. Pengguna yang memiliki akaun individu dan akaun perniagaan Maybank, terpaksa menggunakan peranti berbeza untuk mengakses lebih dari 1 akaun Maybank. Apatah lagi sejak Maybank menguatkuasakan peraturan satu akses ke satu peranti.

Kini, Maybank mengumumkan bahawa pengguna boleh mendaftar masuk sehingga 5 akaun Maybank2u di dalam satu peranti. Ini memudahkan pengguna yang memiliki pelbagai akaun perniagaan tunggal Maybank2u kerana tidak perlu lagi menggunakan peranti berbeza untuk urusan perbankan atas talian.



Dengan akses pelbagai akaun ini, pengguna Maybank2u boleh menggunakan ciri keselamatan penting dalam satu peranti seperti pengesahan Secure2u dan juga membekukan akaun dengan ‘Kill Switch’. Untuk menggunakan ciri berbilang akaun ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi Maybank MAE versi 0.9.25 dan ke atas, menerusi gedung aplikasi Apple AppStore, Google PlayStore dan Huawei AppGallery.

Cara menambah berbilang akaun Maybank2u ke dalam aplikasi MAE

Langkah 1: Lancarkan aplikasi MAE dan tekan pada ikon tetapan (gear) di bahagian kiri atas



Langkah 2: Di dalam ruang tetapan MAE, tekan pada butang ‘Switch” di bahagian kanan atas

Langkah 3: Di bahagian “Manage M2U Access”, tekan pada “Link M2U Access” yang terletak di bawah skrin

Langkah 4: Ikuti arahan di dalam skrin dan tekan butang “Done”.

Untuk bertukar akaun di dalam MAE, hanya pergi ke Settings dan tekan pada butang “Switch” di bahagian kanan atas

Perkara penting perlu diambil tahu

Seperti dimaklumkan tadi, anda boleh menyimpan sehingga 5 akaun Maybank2u di dalam aplikasi MAE yang sama. Tetapi ia bukan semua akaun individu, sebaliknya gabungan 1 akaun individu dan 4 akaun perniagaan tunggal, atau 5 akaun perniagaan tunggal.

Pengguna juga hanya boleh menambah akaun dengan akses yang menjadi milik diri sendiri sahaja. Bermakna, pengguna tidak boleh menambah akaun yang tidak didaftarkan di bawah nama sendiri. Malah, setiap akaun Maybank2u hanya boleh didaftar masuk di satu peranti sahaja. Jika mahu daftar masuk di peranti lain, perlu didaftar keluar di peranti sedia ada dahulu.

Selepas dihubungkan, pengguna akan diminta untuk mengaktifkan Secure2u untuk setiap akses Maybank2u di mesin ATM Maybank. Secure2u adalah cara pengesahan keselamatan Maybank untuk menggantikan SMS OTP. Ini untuk memastikan hanya pengguna sendiri yang mengesahkan setiap transaksi pada peranti yang telah didaftarkan. Jika anda menambah berbilang akaun, anda dinasihatkan untuk untuk mengaktifkan Secure2u sekaligus untuk menjimatkan masa.

Sebagai langkah keselamatan, Maybank mengenakan tempoh bertenang 12-jam untuk pengaktifan Secure2u di ATM. Ini hanya perlu untuk pendaftaran kali pertama atau apabila bertukar peranti.

Menurut FAQ Maybank, pengguna boleh menikmati hampir semua fungsi di aplikasi MAE seperti biasa. Tetapi, beberapa ciri tidak dapat digunakan iaitu:

  • Menerima jemputan Tabung Berkumpulan
  • Menerima permohonan pembayaran bil berasingan
  • Menerima atau menghantar permohonan dana menerusi fungsi Send & Request

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman web Maybank.

Bacaan Berkaitan

  • Bayar QRIS di Indonesia guna DuitNow QR, bank mana paling murah?
  • Anda juga boleh jadi pelabur yang bijak dengan mudah menggunakan aplikasi MAE dan laman web M2U
  • Maybank kini menyokong Google Pay, tawar pulangan tunai 100%
  • Tak perlu ke bank, buka Akaun Yippie/-i Maybank dengan aplikasi MAE dalam 10 minit sahaja, mudah & cepat!
  • Maybank perkenal Goal Based Investment, platform pelaburan digital mudah guna untuk semua
Tags: Maybankmaybank maeMaybank2u
Najib

Najib

POPULAR

Aplikasi Maybank MAE kini benarkan daftar masuk sehingga 5 akaun serentak

Aplikasi Maybank MAE kini benarkan daftar masuk sehingga 5 akaun serentak

27 June 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER