• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Pad Pro tablet berkuasa tinggi, sokong pen stylus dan papan kekunci untuk kerja dan produktiviti

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 27/06/2024
  • Komen
Redmi Pad Pro tablet berkuasa tinggi, sokong pen stylus dan papan kekunci untuk kerja dan produktiviti
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia baru-baru ini memperkenal tablet baru untuk pasaran tempatan, Redmi Pad Pro. Walaupun ia menggunakan nama Redmi, ia adalah tablet berkuasa tinggi dengan pelbagai fungsi premium terdapat padanya. Antara kelebihan yang ada padanya seperti sokongan aksesori produktiviti seperti pen stylus dan papan kekunci, selain penggunaan cip berkuasa tinggi dan skrin besar 12-inci.

Harga dan Ketersediaan

Tablet Redmi Pad Pro telah dijual mulai sekarang dan boleh dibeli daripada pengedar sah Xiaomi dan Xiaomi Store, serta atas talian di laman web mi.com, Lazada dan Shopee.



Terdapat dua varian dilancarkan di Malaysia dengan harga rasmi serta aksesori berikut:

  • Redmi Pad Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,099
  • Redmi Pad Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499
  • Redmi Pad Pro Keyboard – RM399
  • Redmi Smart Pen – RM199
  • Redmi Pad Pro Cover – RM99

Pada harga ini, Redmi Pad Pro dilihat menyaingi tablet Xiaomi Pad 6 yang dikuasakan cip Snapdragon 870 dan dilancar pada Julai tahun lepas.



Promosi pembeli terawal

Xiaomi Malaysia tidak ketinggalan menawarkan ganjaran istimewa untuk pembeli terawal. Dari sekarang sehingga 7 Julai 2024, pembeli tablet Redmi Pad Pro boleh menikmati tawaran berikut:

  • Redmi Pad Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,099 RM999
  • Redmi Pad Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,499 Percuma Redmi Pad Pro Keyboard

Jika berminat, segera dapatkan Redmi Pad Pro dengan tawaran menarik ini di laman web mi.com, Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Redmi Pad Pro

Xiaomi melengkapkan tablet Redmi Pad Pro dengan pelbagai spesifikasi terkini. Antaranya penggunaan cip berkuasa tinggi Snapdragon 7s Gen 2 4nm, yang mampu menyaingi cip lama Snapdragon 870 yang digunakan Xiaomi Pad 6. Prestasi tinggi ini disumbangkan lagi oleh RAM LPDDR4X sehingga 8GB, serta storan dalaman UFS 2.2 sehingga 256GB. Kad microSD diterima sehingga 1.5TB.

Mereka yang mahu paparan besar pastikan lebih suka dengan Redmi Pad Pro. Ia datang dengan skrin LCD seluas 12.1-inci, beresolusi 2.5K (2560×01600) serta kadar penyegaran 120Hz. Kecerahan skrin ini boleh mencecah 600 nits, menyokong Dolby Vision dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 3.

Kamera hadapannya terletak di sisi panjang tablet untuk persidangan video lebih semulajadi, menggunakan sensor 8MP F2.28. Di belakang, ia memiliki kamera utama 8MP F2.0.

Satu lagi kelebihan tablet ini adalah bateri yang lebih besar, berkapasiti 10,000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB-C. Sistem bunyi pula dihasilkan dari gabungan empat speaker stereo, menyokong teknologi Dolby Atmos dan Hi-Res Audio. Terdapat juga jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar.

Sistem operasi terbaru Xiaomi HyperOS berasaskan Android 14, digunakan pada Redmi Pad Pro. Terdapat tiga pilihan warna disediakan iaitu kelabu, hijau dan biru.

Lengkap dengan aksesori produktiviti

Redmi Pad Pro boleh menjadi peranti lebih produktif untuk melancarkan pelbagai tugasan dan kerja. Xiaomi menyediakan aksesori tambahan berupa pen stylus Redmi Smart Pen dan papan kekunci Redmi Pad Pro Keyboard, menjadikannya berupaya bertugas seperti laptop.

Redmi Smart Pen memiliki 4096-tahap sensitiviti tekanan dan kadar sampel 240hz. Ia dilengkapi bateri 80mAh, memberikan hayat penggunaan sehingga 12 jam.

Redmi Pad Pro Keyboard pula adalah sarung pelindung dengan tempat khas meletak Redmi Smart Pen. Ia memiliki kekunci dengan jarak tekan 1.3mm dan jarak antara kekunci 19mm, menyerupai papan kekunci bersaiz biasa. Bagaimanapun, ia tiada trackpad.

Untuk maklumat lanjut tentang tablet terbaru Xiaomi ini, layari laman produk Redmi Pad Pro.

Bacaan Berkaitan

  • Xiaomi Pad 6: Maklumat penjualan di Malaysia
  • Tablet terbaik untuk melukis yang sokong pen stylus dan palm rejection
  • Redmi Pad SE, tablet lebih baik dengan cip Snapdragon, storan lebih besar dan harga lebih murah
  • Redmi Pad perkenal skrin 90Hz dan empat speaker di tablet bawah RM1000
Tags: RedmiRedmi Pad Protabletxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Redmi Pad Pro tablet berkuasa tinggi, sokong pen stylus dan papan kekunci untuk kerja dan produktiviti

Redmi Pad Pro tablet berkuasa tinggi, sokong pen stylus dan papan kekunci untuk kerja dan produktiviti

27 June 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER