• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sarawak akan lancar MySRBN Home, pelan jalur lebar prabayar 1TB hanya RM20/bulan

  • OLEH Najib
  • 7:09 pm
  • 01/07/2024
  • Komen
Sarawak akan lancar MySRBN Home, pelan jalur lebar prabayar 1TB hanya RM20/bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna internet luar bandar di Sarawak bakal disajikan dengan pelan prabayar yang sangat murah. Kerajaan Sarawak tidak lama lagi akan melancarkan “MySRBN Home Prepaid Plan“, sebuah pelan prabayar yang turut menyediakan data percuma kepada pengguna.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, penambahbaikan perkhidmatan Inisiatif Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) itu akan dilancarkan pada 7 Julai ini. Setiap pelanggan akan turut menerima pakej data percuma sebanyak 300MB setiap bulan.



Dato Sri Julaihi menerangkan, secara perbandingan penyedia perkhidmatan lain memberi kemudahan yang sama dengan harga bulanan RM70. Namun pelan ini cuma tambah RM20 untuk 1,000 GB sebulan dan pelanggan juga diberi pilihan untuk beli secara mingguan. Ada beza RM50 yang dirasakannya telah ditanggung SDEC. Ini adalah usaha SDEC dan kerajaan Sarawak untuk meningkatkan sambungan internet di kawasan luar bandar.

Tambahnya lagi, SDEC turut melaksanakan pemasangan router dan antena secara percuma kepada pelanggan yang telah diluluskan permohonannya. Inisiatif jalur lebar tanpa wayar MySRBN yang dilancarkan pada 2021, setakat ini telah diperluaskan ke 490 kawasan luar bandar melibatkan 19,668 premis di seluruh Sarawak.



Liputan MySRBN termasuk di kawasan luar bandar di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Mukah, Sarikei, Betong, Sibu, Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang. Semasa dilancarkan dahulu, ia ditawarkan secara percuma sehingga dinyatakan kelak. Perkhidmatan jalur lebar tetap wayarles oleh MySRBN menyediakan kelajuan sehingga 30Mbps.

Kepada rakyat Malaysia yang tinggal di dalam kawasan liputan MySRBN, boleh memohon untuk perkhidmatan ini dengan memuat turun aplikasi MySDEC dan mendaftar talian baharu. Maklumat lanjut MySRBN boleh diperolehi di laman web rasmi di sini.

[Sumber: MalayMail, TVS]

Tags: MySDECMySRBNsarawakSDEC
Najib

Najib

POPULAR

Sarawak akan lancar MySRBN Home, pelan jalur lebar prabayar 1TB hanya RM20/bulan

Sarawak akan lancar MySRBN Home, pelan jalur lebar prabayar 1TB hanya RM20/bulan

1 July 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN