• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y28s tiba di Malaysia, telefon 5G murah dikuasakan Dimensity 6300

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:43 pm
  • 01/07/2024
  • Komen
Vivo Y28s tiba di Malaysia, telefon 5G murah dikuasakan Dimensity 6300
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah melancarkan telefon pintar terbaru dalam siri Y, iaitu Y28s. Ia adalah telefon berkelas permulaan yang menyokong rangkaian 5G, serta hadir dengan kapasiti bateri cukup besar dan diiktiraf kalis percikan air.

Ia juga boleh dilihat sangat serupa dengan telefon Y18 yang dilancar pada bulan Mei, malah berkongsi banyak spesifikasi yang sama tetapi dengan penggunaan cip berbeza untuk menambah sokongan rangkaian 5G.



Harga dan ketersediaan Vivo Y28s di Malaysia

Vivo Y28s ditawarkan dalam dua varian di Malaysia. Dilihat Vivo turut menawarkan diskaun sempena pelancarannya, dengan memberikan potongan harga sebanyak RM100 untuk varian yang lebih besar Vivo V28s. Tetapi tidak diketahui sampai bila promosi berjalan. Berikut adalah harga rasminya di Malaysia:

  • Vivo Y28s (RAM 6GB dan storan 128GB) – RM799
  • Vivo Y28s (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM999 RM1,099

Sekiranya berminat, Vivo Y28s boleh didapatkan di Vivo e-Store, serta gedung rasmi Vivo di Lazada, Shopee dan TikTok.



Spesifikasi Vivo Y28s

Vivo Y28s dipasangkan skrin LCD 6.56-inci dengan resolusi HD 720p dan kadar segar semula 90Hz. Skrinnya turut ada kecerahan puncak 840 nits dan menerima pengiktirafan TUV Rheinland untuk paparkan cahaya biru rendah bagi melindungi mata pengguna.

Atas papan utama, telefon ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 6300 6nm, dengan gandingan RAM LPDDR4X sehingga 8GB dan storan eMMC 5.1 sehingga 256GB. Terdapat juga keupayaan untuk meluaskan RAM secara maya lagi 8GB, serta slot mikro-SD turut diterima membolehkan storan dibesarkan lagi sehingga 1TB.

Untuk menangkap gambar, ia dilengkapi satu kamera utama 50MP di belakang dan takuk U di skrin pula menempatkan kamera selfie 8MP. Kapasiti bateri yang dimuatkan adalah 5,000mAh dan bateri boleh dicas semula pada kelajuan 15W.

Sistem speaker yang dimuatkan hanya mono tetapi Vivo dakwa ia adalah kelantangan kuat 150%. Telefon juga ada tahap kekalisan air IP64, serta memiliki dimensi badan nipis 8.39mm dan berat 185g.

Pada segi perisian, ia menjalankan FuntouchOS 14 berasaskan Android 14, dan yang menariknya, Vivo mengatakan prestasi telefon akan kekal lancar selama 48 bulan. Lagi ciri lain yang disokong Vivo Y28s termasuk Bluetooth 5.4, WiFi dan pengimbas cap jari di butang kuasa.

Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu ungu dan perang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Vivo Y28s.

Bacaan berkaitan

  • Vivo V30 5G turun harga, kini lebih murah selepas dua bulan
  • Vivo Y18 tiba di Malaysia, ada NFC dan kalis air IP54 bawah RM600
  • Vivo V30e dengan Aura Light 3.0 mula ditawar pada harga RM1,399
Tags: androidtelefonvivovivo MalaysiaVivo Y28s
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Vivo Y28s tiba di Malaysia, telefon 5G murah dikuasakan Dimensity 6300

Vivo Y28s tiba di Malaysia, telefon 5G murah dikuasakan Dimensity 6300

1 July 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER