• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme utus teaser kedatangan siri Realme 13 Pro, hadir dengan kamera berkuasa AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:20 pm
  • 02/07/2024
  • Komen
Realme utus teaser kedatangan siri Realme 13 Pro, hadir dengan kamera berkuasa AI
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia telah memuat naik teaser berkenaan telefon baru yang akan bawa ke Malaysia. Berkemungkinan telefon tersebut adalah siri Realme 13 Pro, sekuel terbaru kepada Realme 12 Pro yang dilancarkan pada Mac lepas. Ini kerana imej yang dimuat naik adalah imej yang sama yang digunakan Realme India untuk teaser berkenaan pelancaran Realme 13 Pro yang akan diadakan tidak lama lagi.

Selain daripada itu, tidak banyak perkara yang didedahkan Realme menerusi hantaran itu. Namun, apa yang diketahui adalah siri terbaru Realme 13 Pro ini akan menerapkan penggunaan ciri AI pada bahagian kameranya. Ini kerana Realme menyatakan ia adalah “telefon kamera AI profesional pertama” mereka.



📷 All eyes on the AI revolution! 📷

The #realme13ProSeries is coming soon and is ready to redefine photography. Get set to capture brilliance!#FirstProfessionalAICameraPhone

Know more:https://t.co/cKA9ewQLJ1 https://t.co/M31n7aZJzr pic.twitter.com/4lG5zLlMM8

— realme (@realmeIndia) July 1, 2024

Terdapat juga perkataan “Hyperimage+” di bawah modul kamera menandakan ia akan membawakan naik taraf berbanding generasi sebelumnya. Di samping itu, menerusi imej yang sama, kelihatan siri Realme 13 Pro turut masih mengekalkan modul kamera bulat dengan rekaan ‘Crown’ yang sama seperi siri Realme 12 Pro.

Realme 12 Pro+

Walau bagaimanapun, maklumat lain setakat ini masih sangat terhad. Tetapi, anda boleh jangka terdapat dua model yang serupa iaitu Realme 13 Pro dan Realme 13 Pro+ dalam siri ini. Berdasarkan apa yang diperkata atas talian, Realme 13 Pro+ telah pun disenaraikan di laman FCC dengan nombor model RMX3921, serta disahkan hadir dengan bateri 5,050mAh dan Android 14.



Sekiranya dilancarkan di Malaysia kelak, berkemungkinan hanya model Pro+ yang akan masuk ke Malaysia, jika melihat pada pelancaran Realme 12 Pro+ sebelum ini. Sebagai perbandingan, Realme 12 Pro+ dilancarkan pada harga bermula RM1,699 untuk RAM 8GB dan storan 256GB.

Sementara tarikh pelancaran siri Realme 13 Pro di India masih lagi belum didedahkan, Realme ada memaklumkan mereka bakal mengadakan sesi “Media Preview” untuk siri Realme 13 Pro pada 4 Julai 2024 bertempat di Bangkok. Oleh itu, anda boleh jangkakan lebih banyak maklumat berkenaannya dalam beberapa hari lagi.

Bacaan berkaitan

  • Realme C65 akan dilancar sebagai telefon murah mirip Samsung Galaxy S21
  • Realme Buds Air 6 dan Buds Air 6 Pro dilancar, tawar ANC sehingga 50dB dan audio spatial 360
  • Realme GT 6 dan GT 6T tiba di Malaysia, dengan kuasa flagship Snapdragon dan NEXT AI
Tags: RealmeRealme 13 ProRealme MalaysiaSiri Realme 13 Pro
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Realme utus teaser kedatangan siri Realme 13 Pro, hadir dengan kamera berkuasa AI

Realme utus teaser kedatangan siri Realme 13 Pro, hadir dengan kamera berkuasa AI

2 July 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER