• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Storan 1TB tiba di Huawei Pura 70, tebus peranti lama untuk rebat RM500

  • OLEH Najib
  • 1:08 pm
  • 02/07/2024
  • Komen
Storan 1TB tiba di Huawei Pura 70, tebus peranti lama untuk rebat RM500
Share on FacebookShare on Twitter

Mahu storan telefon yang sangat besar? Huawei kini membawakan Huawei Pura 70 Ultra dengan RAM 16GB dan storan 1TB. Selain itu, Huawei juga menawarkan hadiah percuma dan promosi rebat untuk peranti terhebat mereka ini.

Tebus Peranti & Terima Rebat RM500

Dari 1 hingga 31 Julai 2024, orang ramai yang berminat membeli mana-mana telefon pintar dalam siri Huawei Pura 70, boleh mendapatkan rebat sehingga RM500 dengan cara tukar tebus. Caranya mudah, hanya bawa mana-mana peranti lama termasuk telefon pintar, komputer, tablet dan jam pintar ke kedai dan pengedar Huawei terpilih, kemudian dapatkan rebat untuk membeli siri Huawei Pura 70.



Selain itu, semua pembeli siri Huawei Pura 70 akan turut menerima fon putik Huawei Freebuds Pro 3 bernilai RM899 secara percuma, sepanjang tempoh promosi ini. Pembeli juga akan menikmati pelbagai ganjaran daripada rakan niaga Huawei menerusi Huawei AppGallery.

Berikut adalah harga rasmi telefon pintar siri Huawei Pura 70 di Malaysia:



  • Huawei Pura 70 (RAM 12GB + Storan 256GB) – RM3,699
  • Huawei Pura 70 Pro (RAM 12GB + Storan 512GB) – RM4,899
  • Huawei Pura 70 Ultra (RAM 16GB + Storan 512GB) – RM6,599
  • Huawei Pura 70 Ultra (RAM 12GB + Storan 1TB) – RM7,199

Siri Huawei Pura 70 tampil dengan rekaan sangat tahan lasak dan kalis calar. Antaranya penggunaan kaca “Kunlun Super Durable” untuk Pura 70 dan Pura 70 Pro. Manakala di Pura 70 Ultra, ia dilengkapi kaca “Kunlun Crystal Armor”.

Huawei Pura 70 Ultra diperkasa cip Kirin 9010, bersama skrin OLED 6.8-inci QHD+ 120Hz, bateri 5,200mAh dengan pengecasan Huawei SuperCharge 100W dan wayarles 80W. Ia memiliki kamera utama 50MP dengan apertur boleh ubah F1.6 ke F4.0, kamera ultralebar 40MP, kamera telefoto 50MP dan kamera hadapan 13MP.

Huawei Pura 70 Ultra

Huawei Pura 70 Pro juga menggunakan cip Kirin 9010 dan skrin OLED 6.8-inci QHD+ 120Hz. Tetapi baterinya hanya 5,020mAH, menyokong pengecasan Huawei SuperCharge 100W dan wayarles 80W. Untuk kamera pula, ia datang dengan kamera utama 50MP, kamera ultralebar 12.5MP, kamera telefoto 48MP dan kamera hadapan 13MP.

Huawei Pura 70 paling asas, dikuasakan cip Kirin 9000S1 serta datang dengan skrin OLED 6.6-inci FHD+ 120Hz. Bateri pula 4,900mAh dan menyokong pengecasan Huawei SuperCharge 66W serta wayarles 50W. Di belakang, ia dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultralebar 13MP dan kamera telefoto 12MP. Kamera hadapannya 13MP.

Dari kiri: Huawei Pura 70, Huawei Pura 70 Pro, Huawei Pura 70 Ultra

Kesemua siri Huawei Pura 70 menjalankan sistem operasi EMUI 14.2 tanpa perkhidmatan Google. Ia juga tidak menyokong rangkaian 5G. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Pura 70, Pura 70 Pro dan Pura 70 Ultra.

[Sumber: Huawei]

Bacaan Berkaitan

  • Siri Huawei Pura 70 di Malaysia, hadiah sehingga RM2,376 menanti penempah awal
  • Huawei Watch Fit 3 Malaysia: Skrin AMOLED besar 1.82″ dengan fungsi NFC, harga bermula RM599
  • Huawei FreeBuds 6i, fon putik ANC dengan kalis air IP54 pada harga RM399
Tags: Huaweihuawei pura 70huawei pura 70 prohuawei pura 70 ultraPura 70 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Storan 1TB tiba di Huawei Pura 70, tebus peranti lama untuk rebat RM500

Storan 1TB tiba di Huawei Pura 70, tebus peranti lama untuk rebat RM500

2 July 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER