• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Tacx NEO Bike Plus, berbasikal dalam rumah seperti pengalaman sebenar

  • OLEH Najib
  • 7:43 pm
  • 03/07/2024
  • Komen
Garmin Tacx NEO Bike Plus, berbasikal dalam rumah seperti pengalaman sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Buat penggemar aktiviti berbasikal yang mahu berbasikal dalam rumah, boleh cuba dapatkan basikal pintar daripada Garmin, Tacx NEO Bike Plus. Ia membawakan pengalaman asli seperti berbasikal di jalan, dengan pengalaman simulasi maya yang dipertingkat.

Basikal pintar ini boleh diubahsuai sepenuhnya untuk memberi pengalaman pelbagai jenama basikal. Pengguna juga boleh menetapkan pelbagai latihan dan senaman, menggunakan aplikasi Tacx Training.



Harga dan ketersediaan

Garmin menyatakan, basikal Tacx NEO Bike Plus masih belum dijual di Malaysia tetapi akan tiba tidak lama lagi. Harganya telah diumumkan iaitu RM19,999 sahaja.

Bagi memberikan pengalaman asli seperti yang sebenar, Tacx NEO Bike Plus dilengkapi dengan kawalan pelbagai gear menyerupai jenama seperti SHIMANO, SRAM atau Campagnolo. Selain itu, basikal ini turut mampu memberikan rasa permukaan yang pelbagai seperti berbatu atau bertanah.



Pengguna juga boleh merasakan pecutan seperti pergerakan ke hadapan, serta kelajuan menurun bukit. Ia juga menyediakan data berkaitan seperti kekuatan, tekanan dan sebagainya, dengan ketepatan perbezaan dalam 1%.

Direka dengan kestabilan maksimum, Tacx NEO Bike Plus merupakan salah satu basikal dalam rumah paling senyap berada di pasaran sekarang. Terdapat pelbagai pengubahsuaian boleh dibuat untuk memenuhi pelbagai pengguna, seperti ketinggian kerusi, kecerunan pemegang dan sebagainya. Malah, ia juga datang dengan dua kipas yang boleh berubah secara dinamik mengikut kekuatan kayuhan atau degupan jantung pengguna.

Selain itu, Tacx NEO Bike Plus dilengkapi dengan skrin sebesar 4.5-inci serta dua port USB untuk mengecas. Ia boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet atau laptop, dan dipadankan bersama pelbagai perisian termasuk aplikasi Tacx Training dan aplikasi pihak ketiga lain.

Apabila dihubungkan dengan Garmin Edge, pengguna dapat memantau pelbagai maklumat dengan lebih mendalam. Dengan langganan premium aplikasi Tacx Training, pengguna akan disajikan dengan pelbagai pengalaman latihan menerusi lebih 250 video sebenar berkualiti tinggi, serta menyertai cabaran eksklusif Garmin “Ride with the Pros”.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang basikal ini, layari laman produk Tacx NEO Bike Plus.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin Forerunner 165, pilihan jam kecergasan AMOLED termurah untuk pelari di Malaysia
  • Garmin Lily 2, jam pintar fesyen bergaya dengan pemantau kesihatan buat wanita
  • Garmin Descent G1 Solar Ocean, dari sisa segara menjadi jam pintar dan komputer menyelam
  • Vivoactive 5, jam pintar AMOLED termurah Garmin lengkap dengan pemantau kesihatan dan kecergasan
  • Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina
Tags: garminGarmin Tacx NEO Bike PlusTacx NEO Bike Plus
Najib

Najib

POPULAR

Garmin Tacx NEO Bike Plus, berbasikal dalam rumah seperti pengalaman sebenar

Garmin Tacx NEO Bike Plus, berbasikal dalam rumah seperti pengalaman sebenar

3 July 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN