• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina

  • OLEH Najib
  • 1:56 pm
  • 12/09/2023
  • Komen
Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin terkenal dengan jam kecergasan tetapi mereka juga ada menghasilkan jam pintar yang cantik dan menarik. Terkini, Garmin Malaysia mengumumkan kedatangan Venu 3 dan Venu 3S. Ia adalah jam pintar dilengkapi penjejak GPS dan skrin AMOLED yang cantik.

Harga dan Ketersediaan

Kedua-dua model jam pintar terbaru Garmin ini telah dijual di Malaysia. Ia boleh dibeli dengan harga rasmi seperti berikut:



  • Garmin Venu 3 (45mm)- RM2,220
  • Garmin Venu 3S (41mm) – RM2,220

Venu 3 tersedia dalam warna hitam atau putih. Bagi Venu 3S, ia terdapat dalam warna hitam, kelabu, hijau, merah jambu dan putih.

Kepada yang berminat memilikinya, boleh mendapatkan Garmin Venu 3 dan Venu 3S di Stor Rasmi Garmin di Lazada dan Shopee, serta di AECO e-store, Kedai Jenama Garmin dan pengedar sah Garmin di seluruh Malaysia.



Spesifikasi Garmin Venu 3 dan Venu 3S

Perbezaan terbesar Venu 3 dan Venu 3S adalah saiz skrin dan bateri. Venu 3 memiliki skrin AMOLED 1.4-inci dengan hayat bateri sehingga 14 hari untuk penggunaan biasa dan sehingga 26 jam untuk GPS berterusan. Venu 3S pula ada skrin AMOLED 1.2-inci, dengan hayat bateri sehingga 10 hari penggunaan biasa dan 21 jam penggunaan GPS berterusan. Kedua-dua jam ini kalis air 5 ATM

Siri Garmin Venu menyediakan fungsi pintar yang tidak terdapat pada jam kecergasan seperti siri Forerunner dan Instinct. Antaranya, ia memiliki mikrofon dan speaker terbina di dalam, membolehkan pengguna membuat panggilan telefon terus dari jam.

Di samping itu, Venu 3 dan Venu 3S menyediakan ciri seperti membaca emel dan pesanan teks, serta notifikasi pelbagai aplikasi terus di muka jam. Pengguna juga boleh memuat turun dan menyimpan lagu dari Spotify, Amazon Music dan Deezer untuk mendengar lagu tanpa sambungan ke telefon.

Garmin juga telah menambah fungsi ‘Sleep Coach’ untuk membantu pengguna mencapai tahap tidur yang lebih baik, sekaligus memperbaiki kesihatan diri. Sleep Coach akan memantau gaya tidur pengguna, kemudian memberi markah kualiti tidur dan memberi tunjuk ajar tentang cara tidur yang lebih baik. Selain memantau tahap tidur, kualiti tidur turut ditentukan menerusi Pulse Ox dan status degupan jantung.

Bagi memantau kesihatan diri, Venu 3 dan Venu 3S menyediakan pemantauan degupan janutan, pernafasan, tahap oksigen dalam darah, tekanan minda dan tahap tenaga ‘Body batter’. Pada setiap pagi, akan ada laporan untuk pengguna mengetahui kesediaan badan mereka untuk sepanjang hari.

Pengguna juga boleh memantau aktiviti kecergasan dengan Venu 3 dan Venu 3S. Ia dilengkapi lebih 30 mod sukan, dari berjalan ke berlari, berbasikal serta berenang. Ia juga menyokong aktiviti kerusi roda. Jam pintar ini juga membantu pengguna berlatih kekuatan, HIIT, Pilates dan Yoga menerusi animasi di muka jam.

Bagi menjaga tekanan minda, terdapat fungsi meditasi untuk pengguna mengurangkan rasa tekanan minda, kerisauan dan rasa resah dalam diri. Pengguna boleh mengiktui langkah meditasi di jam Venu 3 dan Venu 3S untuk melepaskan tekanan minda.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman produk Garmin Venu 3 dan Venu 3S.

Bacaan Berkaitan

  • Garmin jemput peminat uji sendiri jam kecergasan terhebat, Fenix 7 Pro dan Epix Pro
  • Garmin Instinct 2X Solar: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Garmin Forerunner 265 dan Forerunner 965: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: garminGarmin Venu 3Garmin Venu 3S
Najib

Najib

POPULAR

Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina

Garmin lancar Venu 3 & Venu 3S, jam pintar pemantau kesihatan dan kecergasan, dengan fungsi panggilan terbina

12 September 2023
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN