• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Pad Neo kini tersedia dengan storan lebih besar dan warna baharu

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:31 pm
  • 03/07/2024
  • Komen
Oppo Pad Neo kini tersedia dengan storan lebih besar dan warna baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo kini telah mengumumkan tablet Pad Neo tersedia dengan storan lebih besar. Dilancar pada bulan Januari lepas, Pad Neo adalah tablet berkelas pertengahan yang didatangkan dalam satu konfigurasi storan iaitu 128GB, sama ada dalam pilihan model WiFi ataupun LTE.

Kini, Pad Neo boleh didapati dengan storan dua kali ganda lebih besar pada 256GB berharga RM1,599, iaitu tambahan RM200 berbanding model LTE dengan storan 128GB yang diperkenal sebelum ini. Bagaimanapun, model Pad Neo dengan storan 256GB ini dilihat hanya disediakan untuk model LTE, tiada model WiFi sahaja.



Selain itu, berbanding warna kelabu di varian sebelum ini, varian storan lebih besar ini juga didatangkan dalam warna baru yang lebih segar iaitu ungu. Yang menariknya, Oppo turut menawarkan hadiah bernilai RM299 berupa sarung papan kekunci kepada pembeli. Ia tertakluk sementara stok masih ada.

Sekiranya berminat, anda boleh mula dapatkan Oppo Pad Neo dengan storan 256GB di stor online Oppo, atau gedung rasmi mereka di Lazada dan Shopee.



Selain daripada perubahan warna dan storan, lain-lain spesifikasi tablet ini masih kekal sama.

Spesifikasi Oppo Pad Neo

Oppo Pad Neo didatangkan dengan panel jenis LCD dengan resolusi 2408 x 1720 dalam nisbah aspek 7:5. Panel ini juga menyokong kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan puncak pada 400 nits. Melengkapkan pengalaman menonton kandungan adalah empat speaker bersama sokongan Dolby Atmos yang ia lengkapi.

Atas papan utama, tablet Pad Neo ini ditunjangi cip MediaTek Helio G99 yang digabungkan dengan RAM LPDDR4X 8GB berserta storan UFS 2.2 seluas 256GB. Sistem operasi yang digunakan adalah ColorOS 13.2 berasaskan Android 13. Tenaga tablet pula disalur oleh bateri berkapasiti 8,000mAh dan ia boleh diisi semula menggunakan pengecasan SuperVOOC 33W.

Bagi kelengkapan kamera, tablet ini memiliki dua kamera yang serupa iaitu kamera belakang 8MP f/2.0 dan kamera selfie 8MP f/2.0. Ciri sambungan yang disokong tablet ini termasuk Bluetooth 5.2, WiFi 5, dan 4G bagi varian LTE.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Oppo Pad Neo di sini.

[Sumber: Oppo]

Bacaan berkaitan

  • Oppo A3 Pro, telefon murah dengan Badan Kalis-Rosak 360° hanya RM199 di CelcomDigi
  • Oppo Reno 12 Malaysia: Dikuasakan Dimensity 7300 Energy dan GenAI, harga bermula RM2,199
  • Oppo A60 dilancarkan di Malaysia, ada kamera 50MP dan kalis air IP54 bawah RM1,000
Tags: oppooppo pad neo
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Oppo Pad Neo kini tersedia dengan storan lebih besar dan warna baharu

Oppo Pad Neo kini tersedia dengan storan lebih besar dan warna baharu

3 July 2024
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN