• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sistem panggilan kecemasan NG999 baharu diperkenal, lebih canggih dikuasakan AI

  • OLEH Putra Aziz
  • 1:35 pm
  • 03/07/2024
  • Komen
Sistem panggilan kecemasan NG999 baharu diperkenal, lebih canggih dikuasakan AI
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya kerajaan Malaysia sedang ke arah untuk memodenkan sistem panggilan kecemasan negara. Dalam satu pengumuman, TM memaklumkan mereka telah memeterai perjanjian bersama kerajaan Malaysia untuk mengguna pakai sistem panggilan kecemasan baharu, Next Generation Emergency Services (NG999) bagi menggantikan Malaysian-Emergency Responses 999 (MERS999) sedia ada.

Sebagai salah satu cara untuk lakukannya, sistem panggilan kecemasan terbaru ini akan ditambah dengan ciri kecerdasan buatan AI serta teknologi canggih untuk menganalisis data. Sistem ini juga akan mengintegrasikan penggunaan peta digital berasaskan web, ID pemanggil, perkhidmatan geolokasi dan aplikasi mudah alih pintar ke dalam proses pengendalian insiden kecemasan.



Justeru, sistem NG999 ini akan dapat meningkatkan lagi kecekapan serta mengurangkan masa respon perkhidmatan kecemasan di seluruh negara. Berbanding sistem MERS999 yang diperkenal sebelum ini, ia berfungsi dengan menyatupadukan pangkalan data perkhidmatan kecemasan dan agensi-agensi berkaitan ke dalam satu talian.

Untuk makluman anda, TM juga adalah syarikat yang mengendali sistem MERS999 sejak ia diperkenal pada tahun 2007.



Selain itu, TM turut memaklumkan mereka akan memperkenalkan aplikasi baharu untuk NG999 untuk membolehkan pengguna untuk berkomunikasi bersama petugas kecemasan melalui teks, imej dan video. Ini pastinya dapat mempertingkatkan komunikasi antara pemanggil dan petugas kecemasan, misalnya menghantar gambar semasa di lokasi insiden.

Menerusi pemeteraian ini, TM dilantik untuk menyediakan infrastruktur rangkaian, platform, pengurusan panggilan dan juga perkhidmatan sokongan lain dalam sistem NG999. Perjanjian konsensi adalah selama 12 tahun, dengan 1 tahun adalah untuk fasa pembangunan, manakala 11 tahun lagi adalah untuk menguruskan perkhidmatan.

Menurut dokumen PDF perjanjian konsensi, nilai perjanjian yang ditandatangani adalah berjumlah RM1.25 bilion. Untuk pelaksanaannya, dijangka sistem NG999 akan beroperasi selewat-lewatnya pada tahun hadapan, menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Sekiranya sistem NG999 dilaksana kelak, pengguna juga tidak perlu risau kerana nombor perkhidmatan kecemasan masih kekal di talian 999, kerana pembaharuan sistem hanya melibatkan sistem panggilan kecemasan beroperasi.

[Sumber: TM / Harian Metro]

Tags: kerajaanMERS999NG999Telekom MalaysiaTM
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Sistem panggilan kecemasan NG999 baharu diperkenal, lebih canggih dikuasakan AI

Sistem panggilan kecemasan NG999 baharu diperkenal, lebih canggih dikuasakan AI

3 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER