• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C65 dilancar lebih murah dengan storan besar 256GB dan pengecas jauh lebih pantas

  • OLEH Najib
  • 4:42 pm
  • 04/07/2024
  • Komen
Realme C65 akan dilancar sebagai telefon murah mirip Samsung Galaxy S21
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru, Realme C65. Ia datang dengan rekaan “Starlight”, dilihat mirip rekaan telefon pintar flagship Samsung yang lama. Beberapa peningkatan terdapat pada Realme C65, antaranya storan lebih besar pada harga yang sama, serta pengecasan lebih pantas.

Harga dan ketersediaan

Orang ramai yang berminat, boleh mendapatkan Realme C65 mulai hari Jumaat, 5 Julai 2024. Ia akan dijual di kedai jenama Realme dan pengedar sah Realme, serta atas talian di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.



Harga rasmi Realme C65 di Malaysia adalah:

  • Realme C65 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM699

Khas untuk pembelian pada hari pertama jualan, 5 Julai 2024, pembeli akan menerima hadiah percuma berupa fon telinga Realme Buds 2 Neo bernilai RM69.



Spesifikasi Realme C65

Walaupun ia model lebih baru, Realme C65 dilihat seperti turun taraf berbanding Realme C55. Antaranya Realme C65 dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G85 12nm, berbanding Realme C55 yang menggunakan cip Helio G88 12nm. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR4x 8GB dan storan 256GB. Kad microSD sehingga 2TB diterima untuk meluaskan storan.

Skrinnya juga dilihat turun taraf, kerana memiliki resolusi HD 720p sahaja bukan HD Penuh. Ia adalah skrin LCD seluas 6.67-inci, dengan kadar penyegaran 90Hz serta kecerahan setinggi 625 nits. Terdapat lubang kecil di dahi, dengan fungsi Mini Capsule 2.0 untuk memaparkan notifikasi ala ‘Dynamic Island’.

Untuk kamera, ia ada kamera utama 50MP F1.8 di belakang serta kamera hadapan 8MP F2.05 di dalam lubang kecil di dahi skrin. Pengimbas capjari ada di dalam butang kuasa di sisi. Telefon ini juga ada fungsi ‘Dynamic Button’, boleh menjadi butang pantas ke pelbagai aplikasi dan tetapan lain.

Naik taraf ketara yang ada di Realme C65 adalah kuasa mengecas, kini mampu mengecas setinggi 45W melalui USB-C. Caj 30 saat boleh guna buat panggilan selama 43 minit. Ia juga dibekalkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Sistem operasi Realme UI 5.0 berasaskan Android 14 digunakan pada Realme C65. Realme menyatakan, telefon ini diiktiraf dengan “TÜV SÜD 48-month Fluency Certification”, menawarkan kelancaran penggunaan peranti selama 4-tahun. Tetapi Realme tidak menyatakan sebarang jaminan kemaskini OS atau keselamatan. Selain itu, Realme C65 turut diiktiraf kalis percikan air IP54.

Realme C65 ditawarkan dalam dua warna, ungu atau hitam. Untuk mengetahui lebih lanjut telefon ini, boleh layari laman produk Realme C65.

Bacaan Berkaitan

  • Realme C65 akan dilancar sebagai telefon murah mirip Samsung Galaxy S21
  • Realme C55: Maklumat Penjualannya di Malaysia
  • Realme C55, telefon Android pertama dengan ‘Dynamic Island’ akan tiba di Malaysia
  • Realme C63 dilancar, telefon termurah dengan pengecas 45W di Malaysia
Tags: RealmeRealme C65
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Realme C65 akan dilancar sebagai telefon murah mirip Samsung Galaxy S21

Realme C65 dilancar lebih murah dengan storan besar 256GB dan pengecas jauh lebih pantas

4 July 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER