• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

5 ciri menarik Windows Notepad yang perlu anda cuba untuk 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:47 pm
  • 09/07/2024
  • Komen
5 ciri menarik Windows Notepad yang perlu anda cuba untuk 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Windows Notepad adalah aplikasi penyuntingan teks ringkas yang didatangkan bersama-sama sistem operasi Microsoft Windows sejak tahun 1983. Ia tidak mengandungi fungsi secanggih Microsoft Word. Namun, disebabkan ia aplikasi “ringan” ia sangat mudah digunakan dan mesra komputer. Selepas lebih 40 tahun dikombo, satu fungsi baharu ini dimasukkan dan selain fungsi tersebut, ini senarai ciri lain sedia ada yang perlu anda cuba.

1. Pemeriksa ejaan seperti Microsoft Word

Ini adalah satu ciri baharu yang dimaksudkan. Seperti yang boleh anda temukan di Microsoft Word, kalau ada kesalahan mengeja, perkataan itu akan ditanda garis bawah berwarna merah. Bukan itu sahaja, ia juga boleh perbetulkan ejaan secara automatik.



Ciri ini boleh diaktifkan di dalam ruangan Setting aplikasi.

2. Masukkan tanda masa dengan satu kekunci

Cuba tekan butang F5 di papan kekunci dan anda akan dapati tanda masa akan dimasukkan secara automatik ke dalam ruang kerja.



Fungsi ini sangat berguna bila anda perlukan jejak masa maklumat yang anda taip ke dalam fail kerja tersebut. Ia memberikan rekod yang jelas bilakah sesuatu kerja dimula ataupun disudahkan. Tanda masa juga berguna sewaktu merekodkan jurnal ataupun diari.

3. Masukkan tanda masa sejurus fail dibuka

Masih lagi tentang tanda masa, tahukah anda yang Notepad mampu masukkan info itu secara automatik setiap kali fail dibuka? Mudah sahaja, masukkan .LOG di baris pertama fail dan ia akan lakukannya secara automatik.

4. Cari dan ganti teks tertentu

Kombinasi kekunci Ctrl + F dan Ctrl + H masing-masing akan keluarkan fungsi carian dan penggantian. Dalam contoh dibawah, pengguna ingin gantikan tanda “PM” dengan “petang”. Apabila carian dilakukan, dia taipkan pula frasa “petang” di ruang bawah untuk digantikan.

Namun, ia masih tiada fungsi ganti semuanya seperti Microsoft Word. Makanya, anda kena lakukannya satu demi satu untuk semua perkataan yang ingin digantikan.

5. Ubah font dan saiz font Microsoft Notepad

Walaupun tidak miliki ciri sekaya aplikasi Microsoft Office, ia masih ada ciri customization yang berguna. Anda boleh tukar jenis font dan saiz font mengikut kesukaan. Di dalam ruangan setting, cari subkategori Text Formatting di bawah Appearance.

Bacaan berkaitan

Microsoft Copilot kini di Telegram

Microsoft Launcher di Android kini dilengkapi Copilot

Microsoft perkenal Copilot+, kategori laptop dengan kemampuan AI hebat

Tags: Microsoftwindowswindows notepad
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

5 ciri menarik Windows Notepad yang perlu anda cuba untuk 2024

5 ciri menarik Windows Notepad yang perlu anda cuba untuk 2024

9 July 2024
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN