• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CMF Watch Pro 2 dan Buds Pro 2 dilancar lebih berkuasa, harga masih mampu milik

  • OLEH Najib
  • 11:30 am
  • 09/07/2024
  • Komen
CMF Watch Pro 2 dan Buds Pro 2 dilancar lebih berkuasa, harga masih mampu milik
Share on FacebookShare on Twitter

Di samping melancarkan telefon pintar pertama mereka, CMF oleh Nothing turut melancarkan generasi kedua jam pintar dan fon putik mereka, CMF Watch Pro2 dan CMF Buds Pro 2. Kedua-duanya mengekalkan harga yang lebih murah berbanding model Nothing, dengan beberapa kemaskini ditambah.

Harga dan Ketersediaan

Sama seperti CMF Phone 1, jam pintar dan fon putik CMF Watch Pro2 dan CMF Buds Pro 2 akan mula dijual di Malaysia pada 15 Julai 2024. Tiada promosi istimewa atau jualan pengenalan terhad, jadi semua orang boleh mendapatkannya pada hari yang sama.



Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • CMF Watch Pro 2 – RM339
  • CMF Watch Pro 2 Bezel + Strap Set – RM99
  • CMF Buds Pro 2 – RM299

Harga Watch Pro 2 sama seperti model sebelumnya, tetapi harga Buds Pro 2 naik sedikit. Kepada yang berminat memilikinya, CMF Watch Pro2 dan CMF Buds Pro 2 boleh dibeli di Lazada, Shopee, DirectD, TMT, URBAN REPUBLIC, Vivid Concepts, Tac Mobile, SS Solution dan Yes 5G.



Spesifikasi CMF Watch Pro 2

CMF kini menggunakan rekaan skrin bulat untuk Watch Pro 2. Ia adalah skrin AMOLED seluas 1.32-inci dengan kecerahan boleh laras secara automatik sehingga 620 nits. Uniknya jam ini adalah bingkainya boleh dicabut dan ditukar, konsep serupa dengan CMF Phone 1. CMF juga menyediakan lebih 100 muka jam untuk dipilih pengguna.

Sebagai jam pintar, CMF Watch Pro 2 dilengkapi pelbagai sensor kecergasan. Ia boleh mengesan degupan jantung, bilangan langkah, tahap oksigen dalam darah, waktu tidur dan sebagainya. Ia juga kini datang dengan bantuan latihan beranimasi 3D di dalam skrin jam.

Selain itu, Watch Pro 2 turut dilengkapi penjejak lokasi GPS berbilang sistem. Ini membolehkan pengguna untuk membuat aktiviti senaman dan menjejak lokasi seperti berenang, berbasikal, berjalan mahu pun berlari. CMF Watch Pro 2 boleh memantau lebih 120 aktiviti kecergasan dan ia mampu mengesan 5 aktiviti kecergasan secara automatik.

Jam ini memiliki hayat bateri sehingga 11 hari untuk penggunaan biasa, 9 hari penggunaan berat dan 45 hari dalam mod penjimatan tenaga. Ia juga boleh menggunakan GPS berterusan sehingga 25 jam.

Lain-lain fungsi yang terdapat pada CMF Watch Pro 2 adalah seperti panggilan dengan jam, kalis air IP68, serta kawalan jauh muzik dan kamera. Ia boleh dihubungkan ke peranti Android 8 dan ke atas, serta iOS 13 dan ke atas menerusi aplikasi CMF Watch.

Terdapat empat warna disediakan iaitu hitam, kelabu, oren dan biru Untuk maklumat lanjut, layari laman produk CMF Watch Pro 2.

Spesifikasi CMF Buds Pro 2

CMF juga membuat perubahan pada rekaan bekas fon putik ini. Dahulunya bulat, model kedua ini direka dalam bentuk empat segi yang serupa dengan fon putik Nothing. Satu lagi pembaharuan besar pada fon putik ini adalah dail kawalan di bekas pengecas. Ia boleh digunakan untuk mengubah tahap penyaring hingar, memanggil pembantu maya atau mematikan mikrofon.

Kualiti bunyi dipertingkat dengan penggunaan dwi-pemacu bunyi, gandingan pemacu bass 11mm bersalut titanium dan pemacu tweeter 6mm. Ia mampu memainkan lagu berkualiti tinggi menerusi sokongan Hi-Res Audio Wireless dan juga LDAC. Selain itu, CMF Buds Pro 2 juga menyokong kesan bunyi “Spatial Audio” untuk pengalaman lebih mengasyikkan.

Bagi penyaring hingar aktif (ANC), CMF Buds Pro 2 boleh menyaring bunyi sehingga 50dB secara hibrid. Ia juga memiliki ciri pintar ANC yang boleh mengubahsuai saringan jika terdapat kebocoran bunyi dikesan di dalam telinga. Biasanya akibat tidak diletakkan dengan betul.

Untuk tenaga, CMF Buds Pro 2 boleh memainkan lagu sehingga 11 jam di putik tanpa ANC atau sehingga 6.5 jam dengan ANC aktif. Bersama bekas pengecas pula, ia mampu memainkan muzik sehingga 43 jam tanpa ANC, atau sehingga 26 jam bersama ANC. Bekas pengecas boleh dicas melalui USB-C sahaja, tiada pengecasan wayarles.

CMF turut menyenaraikan Buds Pro 2 dengan beberapa lagi ciri canggih seperti mod gaming rendah kependaman 120ms, bercakap dengan ChatGPT serta mengubahsuai tahap bunyi. Ia menyokong Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair untuk sambungan pantas ke peranti.

CMF Buds Pro 2 boleh dibeli dalam tiga warna antara hitam, kelabu dan oren. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk CMF Buds Pro 2.

Bacaan Berkaitan

  • CMF Phone 1, telefon termurah Nothing dengan penutup belakang boleh tukar ganti
  • CMF Watch Pro, jam pintar dengan skrin AMOLED sangat besar, boleh buat panggilan & kalis air IP68
  • CMF Buds Pro oleh Nothing tiba di Malaysia, fon putik dengan ANC 45db & penarafan IP54
Tags: CMFCMF Buds Pro 2CMF Watch Pro 2
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
CMF Watch Pro 2 dan Buds Pro 2 dilancar lebih berkuasa, harga masih mampu milik

CMF Watch Pro 2 dan Buds Pro 2 dilancar lebih berkuasa, harga masih mampu milik

9 July 2024
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER