• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Z Flip 6 & Z Fold 6: Ini enam ciri Galaxy AI baharu yang perlu anda cuba

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:01 pm
  • 10/07/2024
  • Komen
Galaxy Z Flip 6 & Z Fold 6: Ini enam ciri Galaxy AI baharu yang perlu anda cuba
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung dah lancarkan siri Galaxy Z mereka iaitu Z Fold 6 dan Z Flip 6. Selain daripada perubahan pada luaran, mereka juga bawakan beberapa perkara baharu untuk Galaxy AI. Ini adalah 6 perkara baharu pada Samsung Galaxy AI.

1. Interpreter manfaatkan skrin luar

Intepreter adalah aplikasi penterjemahan yang Samsung pasang pada siri Galaxy S24 dan yang pertama dikuasakan Galaxy AI. Ia mudahkan kita untuk lakukan terjemahan suara masa nyata dalam beberapa bahasa terpilih. Untuk siri Galaxy Z, mereka telah tambah baiknya untuk ambil manfaat skrin boleh lipat pada Galaxy Z Fold 6 dan Z Flip 6.



Ia kini ada listening mode iaitu telefon akan terjemahkan saja semua benda yang ia dengar. Walau bagaimanapun, sewaktu percubaan saya, ia agak kurang cekap kerana kadang-kadang bunyi persekitaran pun dia akan terjemah.

Nak lagi selamat, guna conversation mode, ala walkie talkie, nak cakap baru tekan butang. Lagi satu fungsi baharu ialah dual screen mode.Contohnya anda lipat telefon dalam bentuk L engan skrin luar menghadap ke pihak lagi satu, jadi mereka boleh terus lihat terjemahan di atas skrin anda.



Ataupun dengan Galaxy Buds 3 baharu, Interpreter boleh terus terjemah ke dalam fon putih tanpa perlu anda lihat skrin. Jadi, anda dengar saja terjemahan sambil pandang orang lagi satu.

2. Math Solver selesaikan masalah matematik

Math solver nampak macam Circle to Search, tapi untuk formula matematik. Anda cuma perlu ambil gambar formula matematik yang ingin diselesaikan.

Kemudian lukis parameter disekeliling formula macam anda buat di Circle to Search dan ia akan lancarkan Google Chrome untuk dapatkan jawapan. Sangat berguna untuk masalah matematik ringkas.

3. Sketch to Image jana gambar daripada lakaran

Ciri ini mirip Image Wand di Apple Intelligent apabila anda boleh lakukan lakaran kasar di atas aplikasi Notes, dan Galaxy AI akan menukarkannya kepada gambar yang lebih baik dengan menganalisis lakaran tersebut.

Selain daripada di Notes, ia juga boleh digunakan di gambar yang diambil kamera. Contohnya, anda ada potret seseorang kemudian anda lukiskan cermin mata ataupun aksesori kepala, Galaxy AI boleh memasukkannya ke dalam gambar.

4. Potrait Studio ubah potret jadi kartun

Lagi tentang gambar potret, ciri ini sama macam Image Playground di Apple. Dengan gambar potret, anda boleh ubahnya menggunakan penrusa cartoon, 3D, sketch, ataupun, watercolour.

Memang best kalau anda nak jana gambar profil dengan pantas.

5. AI Zoom pastikan didalam bingkai sentiasa

Ciri ini saya cuba di Galaxy Z Flip6. Dengan kamera baharu 50MP pada telefon ini, ia boleh lakukan zoom digital tanpa jejaskan kualiti gambar. Jadi, bola dalam keadaan lipatan L, ia boleh mengezum secara automatik berdasarkan jarak anda dengan kamera.

Ia akan cuba pastikan anda berada dalam frame sentiasa dengan dia cara tukar kamera utama ataupun ultralebar bila perlu. Lepas tu kalau nak snap gambar, boleh guna tapak tangan untuk trigger shutter.

6. PDF overlay translate

Satu lagi ciri terjemahan yang saya rasa akan mudahkan produktiviti ialah terjemahan PDF. Contoh saya ada fail PDF dalamnya gunakan bahasa yang saya tak faham. Galaxy AI boleh terjemahkan perkataan yang ada dalam PDF dengan cara overlay-kan terjemahan terus di atas PDF tanpa perlu sunting PDF yang asal. Ia sama seperti Google Lens yang anda terjemah gambar, papan tanda ataupun menu. Tapi ini untuk dokumen PDF.

Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri kecil yang ditambahbaik cuma yang ini saja sempat saya cuba dalam tempoh demonstrasi yang terhad.

Bacaan berkaitan

Galaxy Watch 7 & Watch Ultra: Jam kecergasan AI tahan lasak & memahami badan manusia

Samsung Galaxy Buds 3 & Buds 3 Pro: Dikuasakan Galaxy AI dan prestasi bateri lebih baik

Galaxy Z Fold 6 & Z Flip 6: Apa yang sama dan apa yang berubah?

Galaxy Z Flip 6 & Z Fold 6: Ini enam ciri Galaxy AI baharu yang perlu anda cuba

Tags: androidgalaxy z flip 6Galaxy Z Fold 6samsungsamsung galaxyUnpacked 2024
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Galaxy Z Flip 6 & Z Fold 6: Ini enam ciri Galaxy AI baharu yang perlu anda cuba

Galaxy Z Flip 6 & Z Fold 6: Ini enam ciri Galaxy AI baharu yang perlu anda cuba

10 July 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER