• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Smart #3 diumum di Malaysia, coupe elektrik harga bermula RM175,000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:38 pm
  • 11/07/2024
  • Komen
Smart #3 diumum di Malaysia, coupe elektrik harga bermula RM175,000
Share on FacebookShare on Twitter

Coupe elektrik siri Smart #3 selamat dilancarkan di Malaysia. Ini adalah EV kedua Smart di Malaysia selepas Smart #1 yang dilancarkan tahun sudah. Buat yang inginkan EV gaya yang lebih sporty berbanding utiliti, Smart #3 adalah jawapannya.

Harga Smart #3 di Malaysia

Sebanyak 3 varian boleh anda pilih iaitu Pro, Premium, dan yang paling berkuasa ialah varian Brabus. Berikut adalah harga jualannya di Malaysia:



  • Smart #3 Pro – RM175,000
  • Smart #3 Premium – RM215,000
  • Smart #3 Brabus – RM255,000

Smart mengadakan promosi pembelian awal. Ia ditawarkan sehingga 31 Julai 2024 ini merangkumi pemberian seperti:

  • Pengecas kediaman 22kW bernilai RM3,200
  • 6 aksesori bernilai RM2,500
  • Penyesuai V2L bernilai RM800
  • Data Internet 60GB untuk 5 tahun
  • Pakej jaminan standard

Berikut adalah jaminan yang keatas Smart #3:



  • 8 tahun jaminan ke atas bateri bervoltan tinggi (200,000km)
  • 8 tahun jaminan ke atas komponen bervoltan tinggi (150,000km)
  • 4 tahun jaminan ke atas kenderaan (tiada had perbatuan)
  • 2 tahun jaminan ke atas alat ganti (tiada had perbatuan)
  • Bantuan kerosakan 24/7

Spesifikasi Smart #3 Malaysia

Smart #3 adalah saudara Smart #1 yang lebih besar. Ia mempunyai jarak gandar yang lebih panjang serta garisan bumbung yang lebih rendah untuk berikan rupa yang lebih sporty. Seperti yang dimaklumkan di awal artikel, terdapat tiga varian yang mereka tawarkan.

Varian asas EV ini dikenali sebagai Smart #3 Pro. Ia dipacu motor belakang yang beroutput kuasa 200kW (286hp) dengan tork setinggi 343Nm. Daripada pegun kepada 100km/j, kereta ini memerlukan tempoh selama 5.8 saat. Dengan kapasiti bateri 49kWh, ia memiliki jarak kembara 325km berdasarkan piawaian WLTP. Apabila perlu dicas, EV ini menerima kuasa 7kW dalam bentuk AC ataupun 150kW dalam bentuk DC.

Varian pertengahan ialah Smart #3 Premium. Ia ada motor yang sama dengan varian Pro tetapi kapasiti bateri lebih besar iaitu 66kWh. Ia diterjemah kepada jarak kembara lebih jauh iaitu 455km. Kelengkapan mengecas juga ditambah baik kepada 22kW (AC) dan 150kW (DC).

Smart #3 Brabus adalah varian paling berkuasa. Ia miliki kapasiti bateri yang sama dengan varian Pro tapi bateri itu membekalkan tenaga kepada dua motor yang menggerakkan tayar depan dan belakang dengan jumlah output pada paraas 315kW (422hp) dengan 543Nm. Dengan kuasa sebegini tinggi, ia pecut ke 100km/j daripada pegun dalam masa 3.7 saat sahaja. Kelengkapan mengecas varian Brabus adalah sama dengan varian Premium iaitu 22kW (AC) dan 150kW (DC).

Temui Smart #3 secara berdepan

Untuk memeriahkan lagi pelancaran Smart #3 dalam pasaran Malaysia, Smart kini mengadakan kembara di 4 tempat Semenanjung Malaysia bagi memberi peluang kepada anda untuk lihatnya secara berdepan.

240711-smart 3 malaysia launch 01.jpg

Berikut adalah tarikh-tarikh yang perlu anda ingat:

  • 11 – 14 Julai 2024 di Pavilion Bukit Jalil
  • 20 – 21 Julai 2024 di Setia City Convention Center (EVx)
  • 4 – 8 September 2024 di Gurney Plaza Pulau Pinang
  • 19 – 22 September 2024 di Mid Valley Southkey Johor Bahru

Sekiranya anda perlukan maklumat rasmi, anda boleh layari laman rasmi Smart Malaysia di sini.

Tags: EVSMARTsmart #3smart 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Smart #3 diumum di Malaysia, coupe elektrik harga bermula RM175,000

Smart #3 diumum di Malaysia, coupe elektrik harga bermula RM175,000

11 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER