• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sony umum kamera ZV-E10 II, naik taraf sensor 26MP dan ditambah mod ‘Cinematic’

  • OLEH Putra Aziz
  • 2:30 pm
  • 11/07/2024
  • Komen
Sony umum kamera ZV-E10 II, naik taraf sensor 26MP dan ditambah mod ‘Cinematic’
Share on FacebookShare on Twitter

Sekiranya anda mengikuti perkembangan kamera, anda pasti tahu tentang kamera ZV-E10. Selepas tiga tahun daripada pengenalannya, kini Sony telah mengumumkan pula generasi kedua kamera tersebut, iaitu ZV-E10 II. Pelancaran ini juga berikutan pengumuman daripada Sony pada awal Julai lalu.

ZV-E10 II masih lagi sebuah kamera APS-C kompak dengan mengekalkan banyak ciri dan badan serupa seperti generasi pertamanya. Namun, ia kini dilengkapkan dengan sensor lebih baik, iaitu Exmor R CMOS 26MP, sensor yang sama terdapat pada kamera Sony a6700, malah kamera pawagam jauh lebih mahal Sony FX30.



Selain itu, seperti dua model yang disebutkan tadi, ZV-E10 II turut menerapkan penggunaan pemproses imej BIONZ XR terkini. Oleh itu, ZV-E10 II memiliki kemampuan autofokus serta keupayaan merakam dipertingkatkan. Ia boleh merakam pada resolusi sehingga 4K 60fps, tetapi dengan rakaman 4K 30fps tanpa crop. Berbeza dengan model sebelumnya yang rakaman 4K tanpa crop terhad pada 4K 24fps.

Menariknya, kamera ini turut hadir dengan ciri Creative Looks dan Cinematic Vlog Settings untuk bolehkan anda menghasilkan kandungan lebih menarik. Misalnya untuk Cinematic Vlog Settings, ia akan berfungsi dengan melaraskan nisbah bingkai, kadar bingkai dan kelajuan autofokus, di samping pengguna boleh merakam dengan lima profil warna tersedia termasuk S-Cinetone.



Lagi pembaharuan besar adalah ZV-E10 II kini dimuatkan dengan kapasiti bateri lebih besar, menggunakan bateri NP-FZ100. Menurut Sony, ia dapat menawarkan masa rakaman sehingga 195 minit dalam satu isian penuh. Bukan itu sahaja, terdapat juga antaramuka menegak baharu dengan orientasinya boleh berubah secara automatik.

Seperti ZV-E10, model terbaru ini juga masih dilengkapi tiga mikrofon pintar di atas badan kamera yang mampu menangkap audio dengan jelas dalam pelbagai arah. Ia juga mengekalkan panel paparan peka sentuh yang boleh dikilas, jadikannya sesuai untuk keperluan vlog. Skrin LCD tersebut berukuran 3-inci dan ada resolusi 1.03MP.

Berkenaan sambungan, kamera ini didatangkan dengan port I/O seperti USB-C 3.2, jek audio mikrofon, jek audio headfon dan mikro HDMI, serta turut menyokong WiFi 5GHz dan Bluetooth 4.2.

Bersama-sama kamera ZV-E10 II, Sony turut memperkenalkan lensa kompak PZ 16-50mm f/3.5-5.6 OSS II yang katanya ada prestasi jarak dekat baik. Setakat ini, harga tempatan ZV-E10 II masih lagi belum ada tetapi berdasarkan harga di Amerika. ia berharga RM4,692. Sebagai perbandingan, ia lebih mahal berbanding ZV-E10 yang dilancarkan pada harga RM2,599.

Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi, anda boleh layari laman produk Sony ZV-E10 II di sini.

Bacaan berkaitan

  • Kamera Sony ZV-E1 tawar ciri professional dalam badan kompak untuk vlogger, harga bermula RM10,499
  • Sony adakan majlis pelancaran kamera siri ZV baharu 10 Julai 2024
Tags: kameraSonySony ZV-E10 IIZV-E10 II
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Sony umum kamera ZV-E10 II, naik taraf sensor 26MP dan ditambah mod ‘Cinematic’

Sony umum kamera ZV-E10 II, naik taraf sensor 26MP dan ditambah mod ‘Cinematic’

11 July 2024
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER