• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

EV Mini Cooper & Countryman masuki Malaysia, harga bermula RM193,888

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:50 pm
  • 12/07/2024
  • Komen
EV Mini Cooper & Countryman masuki Malaysia, harga bermula RM193,888
Share on FacebookShare on Twitter

BMW Group Malaysia telah mengumumkan dua EV terbaharu mereka dalam keluarga Mini. Dua EV generasi kedua yang diperkenalkan untuk pengguna di Malaysia ialah:

  • Mini Cooper SE 2024
  • Mini Countryman SE ALL4

Harga dan spesifikasi Mini Cooper SE 2024

Untuk maklumat anda, Mini Cooper SE 2024 ini adalah model usaha sama Mini dengan GWM iaitu jenama pengeluar model Ora Good Cat dan Ora 07 dari China. EV Mini Cooper kali ini adalah generasi kedua kepada yang telah dilancarkan dalam tahun 2020 itu dan ia miliki jarak kembara yang sangat singkat untuk piawaian hari ini iaitu 234km sahaja.



Maka, untuk iterasi kali ini, Mini Cooper SE 2024 berbanding model terdahulu tawarkan jarak kembara lebih jauh, kabin lebih luas, dan rekaan dalaman lebih segar. Paling menarik ialah pada kelengkapan inforianya yang mengguna pakai panel paparan OLED berbentuk bulat bersaiz 9.4” yang diperkasa Mini Operating System 9 berasaskan Android. Jadi anda boleh jangkakan yang ia sangat lancar dan ada Android Auto serta Apple Carplay.

Berada dalam kategori EV kompak, kereta tiga pintu ini hanya sesuai dinaiki empat penumpang sahaja termasuk pemandu. Malahan, set tali pinggang keselamatan untuk penumpang tengah-belakang tidak disediakan. Kapasiti but juga adalah terhad pada sekitar 210 liter sahaja berbanding Countryman SE, SUV Elektrik yang dilancarkan bersama-samanya dan miliki saiz but hampir 500 liter.



Pada segi spesifikasi, Mini Cooper SE 2024 ialah sebuah EV pacuan roda depan dengan motor 160kW (218hp) dan tork setinggi 330Nm. Angka tersebut tinggi sedikit daripada BYD Atto 3 dan Dolphin versi Extended. Motor ini bolehkan kenderaan ini memecut daripada pegun kepada 100km/j dalam masa 6.7s.

Berbalik kepada jarak kembara yang ditambah baik. Model kali ini boleh pergi sejauh 402km kerana ia dilengkapi bateri lebih besar pada 54.2kWh. Sistem pengecas juga ditambah baik apabila ia kini menerima kuasa pada paras 95kW (DC) berbanding 50kW edisi terdahulu. Namun, sistem pengecasan AC kekal pada kadar 11kW.

Buat anda yang berminat, Mini Cooper SE 2024 ditawarkan pada harga RM193,888.

Harga dan spesifikasi Mini Countryman SE All4

Mini Countryman SE ALL4 pula adalah EV terbesar dalam keluarga Mini setakat ini. Untuk pengetahuan anda, ia dibina berasaskan platform sama yang diguna pakai BMW iX1 dan iX2. Jadi konfigurasi motor dan baterinya adalah sama.

Countryman SE ALL4 dipacu sepasang motor yang menggerakkan kesemua rodanya pada output 230kW (308hp) dan tork setinggi 494Nm. Walaupun lebih besar dan berat, dengan motor yang lebih tinggi kuasanya, ia memecut ke 100km/j daripada pegun lebih pantas daripada Mini Cooper SE iaitu dalam tempoh 5.6 saat.

Sistem bateri yang dimilikinya adalah yang berkapasiti 66.5kWh dan berbekalkan tenaga yang terkandung didalamnya, ia boleh pergi sejauh 432km dengan satu cas penuh. Apabila perlu diisi semula, ia boleh menerima kuasa DC pada paras 130kW ataupun AC pada paras 22kW.

Seperti yang dikatakan tadi, ia adalah SUV terbesar dalam keluarga Mini dan kapasiti butnya sahaja sudah menghampiri 500 liter. Ia memamng sebuah kenderaan untuk keluarga. Bahagian kabin, kelengkapan yang diberikan adalah mirip Mini Cooper SE. Skrin bulat gergasi berpanelkan OLED sebesar 9.4” disertakan.

Mini Countryman SE ALL4 memiliki tanda harga RM258,888.

Tags: automotifautomotiveEVMINImini cooper semini countryman se all4
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

EV Mini Cooper & Countryman masuki Malaysia, harga bermula RM193,888

EV Mini Cooper & Countryman masuki Malaysia, harga bermula RM193,888

12 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER