• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Microsoft Surface 11 Pro & Surface Laptop 7 dikuasakan Snapdragon siri X kini tersedia di Malaysia

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:31 pm
  • 12/07/2024
  • Komen
Microsoft Surface 11 Pro & Surface Laptop 7 dikuasakan Snapdragon siri X kini tersedia di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

[KEMASKINI 16/7/2024: Beberapa varian tidak dijual di Malaysia, senarai dikemaskini]


Microsoft kini telah mengumumkan ketibaan Surface Laptop 7 dan Surface Pro 11 ke Malaysia. Kedua-duanya adalah laptop Copilot+ PC yang dikuasakan cip berasaskan ARM terbaru, iaitu Snapdrargon siri X serta padat dengan kemampuan AI di samping ada prestasi bateri yang menakjubkan walaupun berbadan nipis.



Harga dan ketersediaan Surface Laptop 7 & Surface Pro 11

Microsoft telah membuka tempahan awal bagi kedua-dua Surface Laptop 7 dan Surface Pro 11, mulai sekarang sehingga 6 Ogos 2024. Terdapat beberapa varian yang ditawarkan bagi kedua-dua Surface laptop tersebut dan berikut adalah harga jualannya di Malaysia:

Surface Pro 11



  • Snapdragon X Plus (16GB + 256GB) – RM5,399
  • Snapdragon X Plus (16GB + 512GB) – RM6,499
  • Snapdragon X Elite OLED (16GB + 512GB) – RM7,899
  • Snapdragon X Elite OLED (16GB + 1TB) – RM8,999
  • Snapdragon X Elite OLED (32GB + 1T) – RM10,999 [Eksklusif di Harvey Norman]

Surface Laptop 7 13.8″

  • Snapdragon X Plus (16GB + 256GB) – RM5,399
  • Snapdragon X Plus (16GB + 512GB) – RM6,499
  • Snapdragon X Elite (16BG + 512GB) – RM7,399
  • Snapdragon X Elite (16GB + 1TB) – RM8,399
  • Snapdragon X Elite (32GB + 1TB) – RM10,399 [Eksklusif di Harvey Norman]

Surface Laptop 7 15″

  • Snapdragon X Elite (16GB + 256GB) – RM6,899
  • Snapdragon X Elite (16GB + 512GB) – RM7,899
  • Snapdragon X Elite (16GB + 1TB) – RM8,899
  • Snapdragon X Elite (32GB + 1TB) – RM10,999

Lebih menarik, mereka yang menempah awal mana-mana model terbaru ini juga akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM700. Untuk membuat pembelian, ia boleh dilakukan melalui pengedar-pengedar sah Microsoft termasuk All IT, iTworld, Gloo, Harvey Norman, PC Image, Senheng and TMT by Thundermatch.

Surface Pro 11

Surface Pro 11 adalah model lebih mewah dan merupakan sebuah laptop 2 dalam 1. Ia didatangkan dengan skrin peka sentuhan besaiz 13-inci sama ada menggunakan panel paparan OLED ataupun LCD. Skrin tersebut memiliki resolusi 2880×1920, menggunakan nisbah 3:2, sokong kadar penyegaran 120Hz dan dilapisi dengan kaca Corning Gorilla 5.

Didatangkan dalam dua pilihan cip pemproses, model OLED diperkasa dengan Snapdragon X Elite, manakala model LCD pula didatangkan dengan Snapdragon X Plus. Menurut Microsoft, penggunaan cip terbaru ini menjadikan Surface Pro 11 ada prestasi 90% lebih pantas berbanding Surface Pro 9. Malah, mampu untuk menguasakan tiga monitor 4K sekali gus.

Bersama cip tersebut, laptop ini disediakan dengan RAM LPDDR5x sehingga 32GB dan storan SSD sehingga 1TB. Sementara tiada maklumat mengenai kapasiti bateri yang terdapat di dalam, Microsoft memaklumkan laptop mampu menawarkan masa penggunaan sehingga 14 jam dalam satu isian penuh. Laptop boleh dicas semula dengan kelajuan 65W.

Terdapat juga kamera kuad HD di hadapan dengan ciri Automatic Framing untuk sentiasa kekalkan fokus pengguna dalam bingkai, serta pengecaman muka Windows Hello. Di belakang, ada satu lagi kamera 10MP yang juga menyokong rakaman 4K. Sistem bunyi menampilkan speaker stereo berkuasa 2W dengan Dobly Atmos.

Barisan port I/O yang disokong adalah dua USB-C Thunderbolt 4, port pengecas dan satu port Nano SIM, bermaksud anda boleh menggunakan rangkaian 5G. Ia juga ada sokongan WiFi 7 dan Bluetooth 5.4.

Surface Laptop 7

Bagi Surface Laptop 7, ia didatangkan dengan paparan LCD peka sentuhan beresolusi 2K dalam dua saiz, iaitu 13.8-inci dan 15-inci. Seperti Surface Pro 11, paparannya menggunakan nisbah 3:2, sokong kadar penyegaran 120Hz dan dilindungi dengan kaca Corning Gorilla 5.

Sementara model 13.8-inci boleh didapatkan dalam varian Snapdragon X Plus dan Snapdragon X Elite, model lebih besar 15-inci hanya boleh didapatkan dalam Snapdragon X Elite. Konfigurasi RAM dan storan yang ditawarkan adalah sama seperti Pro 11, dengan disediakan RAM LPDDR5x sehingga 32GB dan storan SSD seluas 1TB.

Hayat bateri Laptop 7 didakwa Microsoft boleh mencapai masa penggunaan sehingga 20 jam untuk model 13-inci dan lebih panjang pada 22 jam untuk model 15-inci. Sementara kapasiti sebenar bateri tidak dinyatakan, bateri boleh diisi semula dengan kelajuan 65W.

Kamera webcam yang dimuatkan ada resolusi HD Penuh dengan pelbagai fungsi Windows Studio Effects dan sokong Windows Hello. Ia gunakan speaker Omnisonic dengan Dolby Atmos dan menampilkan port dua USB-C Thunderbolt 4, satu USB-A 3.1, jek audio dan port pengecas. Model 15-inci memiliki lebihan port kad mikro-SD.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman produk Surface Pro 11 dan Surface Laptop 7.

Bacaan berkaitan

  • Microsoft Copilot kini di Telegram
  • Microsoft Launcher di Android kini dilengkapi Copilot
  • Microsoft perkenal Copilot+, kategori laptop dengan kemampuan AI hebat
Tags: laptopMicrosoftMicrosoft MalaysiaMicrosoft Surface Laptop 7Microsoft Surface Pro 11Surface Laptop 7Surface Pro 11
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Microsoft Surface 11 Pro & Surface Laptop 7 dikuasakan Snapdragon siri X kini tersedia di Malaysia

Microsoft Surface 11 Pro & Surface Laptop 7 dikuasakan Snapdragon siri X kini tersedia di Malaysia

12 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER