• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pas RapidKL MyCity kini ada pilihan 2-hari, promosi Beli 1 Percuma 1 dan pas WORQ

  • OLEH Najib
  • 4:37 pm
  • 16/07/2024
  • Komen
Pas RapidKL MyCity kini ada pilihan 2-hari, promosi Beli 1 Percuma 1 dan pas WORQ
Share on FacebookShare on Twitter

RapidKL baru-baru ini mengumumkan pengenalan pas baru MyCity 2-hari. Ia merupakan tambahan kepada pas sedia ada iaitu 1-hari dan 3-hari. Dengan pas 2-hari, pengguna mendapat lebih penjimatan berbanding membeli pas 1-hari sebanyak dua kali.

Pas MyCity adalah pas perjalanan tanpa had untuk semua perkhidmatan di bawah kendalian RapidKL seperti LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas perantara MRT di Lembah Klang. Pas ini boleh dibeli oleh semua orang, tetapi kadar berbeza untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara.



Berikut adalah harga pas MyCity yang terkini:

Warganegara



  • Pas MyCity 1 Hari RM6
  • Pas MyCity 2 Hari RM11
  • Pas MyCity 3 Hari RM15

Bukan Warganegara

  • Pas MyCity 1 Hari RM10
  • Pas MyCity 2 Hari RM18
  • Pas MyCity 3 Hari RM25

Pas MyCity boleh dibeli dengan harga di atas, di semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT, has bas RapidKL terpilih, serta secara dalam talian melalui aplikasi MyRapid PULSE atau laman web MyRapid Shop.

Harga pas MyCity di atas adalah untuk pengguna yang sudah ada kad Touch n Go. Jika tiada kad Touch n Go, ia boleh dibeli pada harga RM10 tanpa kredit di dalamnya, di stesen LRT, MRT, dan Monorel, hab-hab Touch n Go, stesen minyak, kedai serbaneka serta farmasi terpilih.

Selain itu, pengguna juga perlu memastikan baki minima RM5 sentiasa ada di dalam kad Touch n Go, untuk menikmati semua perkhidmatan yang disediakan RapidKL.

Beli 1 Percuma 1

RapidKL kini mengadakan promosi ‘Beli 1 Percuma 1‘ untuk pas MyCity 2-hari dan 3-hari, jika pembelian dibuat menerusi platform MyRapid Pulse. Ia terbuka kepada semua warganegara dan bukan warganegara, tetapi terhad untuk 200 penebusan pertama sahaja. Selepas membeli pas MyCity, boleh menebusnya di pautan ini. Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ ini ditawarkan sehingga 20 Julai 2024 sahaja.

Tebus pas WORQ percuma

Selain promosi di atas, RapidKL turut memberikan pas 1-hari WORQ percuma untuk semua pembeli pas MyCity. WORQ merupakan ruang kerja bersama (co-working space) dengan beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang, antaranya TTDI, Subang, Bangsar South, KL Sentral, Bangsar, Sunway Putra dan Intermark.

Resit pembelian pas MyCity sah digunakan menebus pas WORQ dalam 30-hari. Untuk menempah tempat di WORQ, boleh berbuat demikian di pautan ini. Semua pengguna pas MyCity boleh menebus pas WORQ, terbuka untuk warganegara dan bukan warganegara.

Maklumat lanjut tentang promosi RapidKL x WORQ ini boleh didapati di sini.

[Sumber: Rapid KL]

Bacaan Berkaitan

  • MyCity Pass naik harga, kini ditawarkan kepada Bukan Warganegara
  • Pas RapidKL My50 dan MyCity dah boleh beli dalam talian, tapi tak boleh terus guna?
  • Perlu ke KLIA? Guna MRT laluan Putrajaya untuk lebih jimat
Tags: Pas MyCityRapidKL
Najib

Najib

POPULAR

Pas RapidKL MyCity kini ada pilihan 2-hari, promosi Beli 1 Percuma 1 dan pas WORQ

Pas RapidKL MyCity kini ada pilihan 2-hari, promosi Beli 1 Percuma 1 dan pas WORQ

16 July 2024
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN