• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Realme 13 Pro sah akan dilancar bulan ini, dwi sensor Sony-LYT lebih hebat daripada DSLR

  • OLEH Najib
  • 1:33 pm
  • 16/07/2024
  • Komen
Siri Realme 13 Pro sah akan dilancar bulan ini, dwi sensor Sony-LYT lebih hebat daripada DSLR
Share on FacebookShare on Twitter

Realme telah berkongsi sedikit demi sedikit, tentang telefon pintar kelas pertengahan mereka yang akan datang, siri Realme 13 Pro. Tetapi kini, tarikh pelancarannya telah ditetapkan. Realme mengatakan, kamera pada siri Realme 13 Pro ini sangat hebat, mampu menandingi kamera DSLR.

Dalam perkongsian di media sosial rasmi, Realme Global mengumumkan bahawa siri Realme 13 Pro akan dilancarkan di India, pada hari Selasa 30 Julai 2024. Acara pelancaran ini akan berlangsung pukul 2.30 petang waktu Malaysia.



sumber

Antara perkara yang telah dikongsi Realme adalah warna. Siri Realme 13 Pro akan datang dalam 3 pilihan warna iaitu Emerald Green, Monet Gold, dan Monet Purple. Warna Monet diinspirasikan daripada lukisan terkenal Oscar-Claude Monet’s, bertajuk “Haystacks” dan “Water Lilies”.

Realme juga telah berkongsi video yang menunjukann Realme 13 Pro+ bersaing dengan 3 kamera DSLR untuk menangkap gambar dalam suasana malap. Sudah tentu, Realme menyatakan telefon mereka memberikan hasil lebih baik daripada kamera DSLR tersebut. Anda boleh menonton video tersebut di bawah:



realme 13 Pro+ challenged 100 DSLRs! See how they perform in ultimate darkness, ultimate backlighting, and long distances! #UltraClearCamerawithAI #realme13ProSeries5G pic.twitter.com/cz9LN6VvyL

— realme Global (@realmeglobal) July 15, 2024

Realme telah memaklumkan sebelum ini bahawa, siri Realme 13 Pro akan dilengkapi dengan sensor Sony LYT-701, sensor baharu yang dibangunkan hasil kolaborasi antara Realme dan Sony. Sistem kameranya juga akan diperkasa seni bina fotografi AI canggih yang dipanggil HYPERIMAGE+.

Secara asasnya, HYPERIMAGE+ ini terdiri daripada tiga perkara utama iaitu sistem kamera bertaraf flagship, algoritma pengimejan AI di dalam peranti dan penyuntingan imej berasaskan awan. Sistem kamera bertaraf flagship yang dimaksudkan adalah lensa termasuk lensa periskop dan sensor kamera besar, yang bakal diguna pakai pada siri Realme 13 Pro.

Realme juga mendedahkan bahawa model Realme 13 Pro+ akan tampil dengan kamera utama 50MP OIS menggunakan sensor Sony LYT-701, bersama kamera periskop 50MP memanfaatkan sensor Sony LYT-600. Kamera telefoto ini juga akan menawarkan keupayaan zum optikal 3x, iaitu keupayaan yang sama seperti generasi sebelumnya.

Lebih banyak maklumat pasti akan timbul menghampiri tarikh pelancaran siri Realme 13 Pro. Nantikan laporan lanjut daripada kami kelak.

[Sumber: GSMarena]

Bacaan Berkaitan

  • Realme utus teaser kedatangan siri Realme 13 Pro, hadir dengan kamera berkuasa AI
  • Siri Realme 13 Pro akan diperkasa sensor Sony LYT-701 pertama di dunia
  • Realme C65 dilancar lebih murah dengan storan besar 256GB dan pengecas jauh lebih pantas
Tags: RealmeRealme 13 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Siri Realme 13 Pro sah akan dilancar bulan ini, dwi sensor Sony-LYT lebih hebat daripada DSLR

Siri Realme 13 Pro sah akan dilancar bulan ini, dwi sensor Sony-LYT lebih hebat daripada DSLR

16 July 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER