• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

YouTube Didi & Friends digodam, ini cara untuk elak ia berulang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:09 am
  • 16/07/2024
  • Komen
YouTube Didi & Friends digodam, ini cara untuk elak ia berulang
Share on FacebookShare on Twitter

Hairul Sofian, CEO kepada Warnakala Studios, mengumumkan bahawa saluran Youtube Didi & Friends telah digodam. Berdasarkan hantaran beliau di Facebook pada 15 Julai 2024, ia berlaku sekurang-kurangnya sekitar 14 Julai 2024 dan pihak mereka sedang berusaha mendapatkan kembali akaun yang kini mempunyai 7.07 juta subscribers.

Setakat artikel ini ditulis, didapati tiada apa-apa yang pelik pada halaman perumah Didi & Friends di YouTube. Mungkin mereka berjaya beroleh kembali akaun tersebut.



Cara mengenal pasti akaun YouTube mungkin digodam

Akaun dengan pengikut yang ramai memang menjadi sasaran penggodam untuk diserang. Ada beberapa motif yang boleh disenaraikan seperti sabotaj, eksploitasi, malah boleh menjadi alat untuk menipu orang lain juga.

Contohnya, saluran YouTube 7News, salah satu outlet media terkenal Australia telah digodam dalam bulan Jun 2024 lalu. Penyerang telah menyiarkan satu kandungan livestream yang dijana menggunakan AI mengandungi wajah Elon Musk dan ia mempromosikan pelaburan kriptowang sambil menayangkan kod QR.



Menyebarluaskan scam adalah salah satu sebab kenapa penyerang gemar mencari saluran berpengikut ramai. Namun ada juga yang menukar gambar profil, huraian, tetapan emel, tetapan AdSense apabila berjaya menembusi akaun tersebut.

2 cara utama menggodam saluran YouTube

Sistem keselamatan YouTube sendiri sudah ampuh dan sukar ditembusi. Oleh sebab itu, saluran menyerang yang seterusnya adalah daripada peranti pengguna itu sendiri. Paling mudah adalah dengan kaedah phishing. Pengguna mungkin diperdaya untuk menekan pautan didalam emel yang menyerupai kandungan daripada pihak berautoriti lantas penyerang beroleh maklumat log masuk akaun Google untuk saluran itu sendiri.

Lebih teruk, pautan yang ditekan mengandungi malware yang menghantar segala macam data yang ditaip di atas papan kekunci telefon. Makanya, bukan sahaja saluran YouTube sahaja berisiko diserang, akaun lain termasuklah perbankan juga menghadapi ancaman.

Kepentingan 2-Step Verification

Pengesahan dwiperingkat sangat penting dalam menjaga akaun dalam talian anda dengan menambah satu lagi lapisan keselamatan selain daripada kata laluan. Kaedah ini memastikan, walaupun kata laluan anda telah terdedah, akses tidak berkenaan tetap boleh dihalang.

Berikut adalah beberapa kaedah pengesahan dwiperingkat yang boleh digunakan.

  1. Passkeys: Perlindungan paling kukuh daripada phishing. Ia gunakan data biometrik seperti cap jari ataupun pengesahan wajah.
  2. Security Keys: Kekunci fizikal yang anda hubungkan pada peranti menggunakan USB ataupun Bluetooth/NFC untuk mengesahkan log masuk. Kaedah ini paling selamat selepas Passkeys.
  3. Google Prompts: Notifikasi pengesahan yang dihantar kepada telefon ataupun komputer yang berdaftar. Pengguna perlu mengesahkan sama ada mereka ingin log masuk ataupun tidak.
  4. Google Authenticator: APP yang menjadi OTP berasaskan masa untuk setiap sesi log masuk dan perlu dilampirkan bersama kata laluan. Kaedah ini boleh dilakukan walaupun berada di luar talian.
  5. Pengesahan SMS: Kod istimewa dihantar ke telefon melalui SMS ataupun panggilan. Kaedah ini paling tidak selamat dalam kalangan 5 kerana ia masih terdedah dengan malware di peranti tadi.

Anda boleh layari laman rasmi Google untuk maklumat lanjut tentang kaedah melindungi akaun YouTube anda.

Bacaan berkaitan

75 game percuma boleh dimainkan di YouTube Playables sekarang

YouTube Studio ada ciri AI untuk beri idea video meletup kepada anda yang seterusnya

YouTube Premium Murah di Malaysia? Ini cara dapatkan harga terbaik

Tags: keselamatanYouTube
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

YouTube Didi & Friends digodam, ini cara untuk elak ia berulang

YouTube Didi & Friends digodam, ini cara untuk elak ia berulang

16 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER