• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord 4 dilancar, diperkasa Snapdragon 7+ Gen 3 dan pengecasan 100W

  • OLEH Putra Aziz
  • 8:07 pm
  • 17/07/2024
  • Komen
OnePlus Nord 4 dilancar, diperkasa Snapdragon 7+ Gen 3 dan pengecasan 100W
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus secara rasmi telah memperkenalkan telefon terbaru, OnePlus Nord 4 di peringkat antarabangsa. Ia adalah telefon kelas pertengahan premium dan merupakan sekuel kepada Nord 3 yang diperkenal sekitar Julai tahun lalu. Namun, berbanding menggunakan cip Dimensity, OnePlus memilih cip Snapdragon terkini untuk dipasangkan di model terbaru ini.

Lebih menarik apabila OnePlus turut memberikan naik taraf besar pada bahagian bateri, pengecasan, serta gunakan susunan kamera mendatar dengan reka bentuk badan lebih slim. Seperti biasa, ia juga ditambah dengan beberapa ciri AI baru.



Spesifikasi OnePlus Nord 4

Bermula daripada paparan, OnePlus Nord 4 ini masih mengekalkan saiz sama seperti Nord 3. Ia didatangkan dengan skrin AMOLED 6.74-inci dengan resolusi 2772×1240 dan kadar segar semula 120Hz. Skrinnya ada kecerahan puncak setinggi 2,150 nits, cakupan warna sRGB 100% dan sokong HDR10+.

Apa yang menariknya, skrin Nord 4 ada bezel ultra nipis hanya 1.46mm dan kini menggunakan badan diperbuat daripada logam unibody dengan nipis 7.99mm. Sebagai perbandingan, Nord 3 ada ketebalan 8.2mm. Panel belakangnya juga menggunakan rekaan dwitona dengan satu daripadanya bertekstur.



Atas papan utama, OnePlus Nord 4 diperkasa cip Snapdragon 7+ Gen 3 dengan gandingan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan UFS 4.0 sehingga 512GB. Bahagian bateri dinaik taraf pada 5,500mAh dengan sokongan pengecasan lebih pantas, SuperVOOC 100W. OnePlus dakwa untuk cas dari 0 ke 100% hanya mengambil masa 28 minit.

Di bahagian pengimejan, model terbaru ini menampilkan sistem dua kamera iaitu kamera utama 50MP OIS F1.8 gunakan sensor Sony LYTIA dan kamera ultralebar 8MP F2.2. Tiada kamera telefoto mahupun makro disediakan. Untuk selfie pula, terdapat kamera hadapan 16MP F2.4.

Daripada segi perisian, ia akan menjalankan Oxygen OS 14.1 berasaskan Android 14. Antara ciri AI yang akan dibawakan pada Nord 4 termasuk AI Best Face dan AI Clear Face untuk tambah baik gambar, serta AI Eraser untuk padam objek dalam gambar dan AI Article Summary bagi menyediakan rumusan apa yang terpapar pada skrin.

Selain itu, tahap kekalisan air yang disokong adalah IP65 dan OnePlus memaklumkan Nord 4 menerima kemas kini OS selama 4 tahun dan kemas kini keselamatan 6 tahun. Lagi ciri lain yang ada pada Nord 4 termasuk NFC, Bluetooth 5.4, 5G dan WiFi 6. Ia akan tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu perak, hijau dan hitam.

Walaupun telah dilancar secara global, Nord 4 setakat ini masih lagi belum tersedia di Malaysia. Harga pelancarannya di pasaran eropah adalah seperti berikut:

  • OnePlus Nord 4 (RAM 12GB dan storan 256GB) – EUR499 (~RM2,546)
  • OnePlus Nord 4 (RAM 16GB dan storan 512GB) – EUR599 (~RM3,057)

Kali terakhir telefon OnePlus dilancar di Malaysia adalah Nord CE 4 Lite yang berharga RM1,399. Ia adalah telefon kelas pertengahan dikuasakan cip Snapdragon 695, hadir dengan skrin AMOLED 6.67-inci 120Hz dan bateri berkapasiti 5,500mAh serta sokong pengecasan 80W. Ia ada satu kamera utama 50MP dan satu kamera depth.

Disebabkan OnePlus membawa masuk Nord 3 ke pasaran Malaysia, berkemungkinan besar juga perkara yang sama akan berlaku untuk Nord 4. Nantikan laporan lebih lanjut berkenaan ketersediaan OnePlus Nord 4 sekiranya ia tiba di Malaysia nanti.

Untuk maklumat spesifikasi lebih lanjut mengenai Nord 4, anda boleh layari laman produknya di sini.

[Sumber: OnePlus]

Bacaan berkaitan

  • OnePlus Pad Pro diperkenal dengan skrin 12.1″ 144Hz dan Snapdragon 8 Gen 3
  • OnePlus akan guna pakai teknologi bateri Tesla?
  • OnePlus sebar penyunting gambar AI Eraser untuk 5 model ini
Tags: OnePlusOnePlus Nord 4OnePlus Nord CE 4 Lite
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
OnePlus Nord 4 dilancar, diperkasa Snapdragon 7+ Gen 3 dan pengecasan 100W

OnePlus Nord 4 dilancar, diperkasa Snapdragon 7+ Gen 3 dan pengecasan 100W

17 July 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER