• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pelanggan Astro, Sooka dan NJOI boleh tonton Sukan Olimpik Paris 2024 di saluran khas

  • OLEH Najib
  • 12:34 pm
  • 17/07/2024
  • Komen
Pelanggan Astro, Sooka dan NJOI boleh tonton Sukan Olimpik Paris 2024 di saluran khas
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas TM mengumumkan Unifi TV sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024, Astro hari ini turut mengumumkan perkara yang sama. Pengguna Astro, Sooka dan NJOI berpeluang menonton semua siaran dan acara Sukan Olimpik Paris 2024 dengan lebih dekat, secara langsung serta laporan khusus, dari 24 Julai hingga 12 Ogos 2024.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, “Dengan liputan di pelbagai platform, Astro akan membawakan liputan komprehensif bersama tenaga kerja Astro yang juga akan terbang ke Paris bagi membawakan kehangatan, detik suka dan duka atlet negara di temasya sukan berprestij dunia ini nanti. Kami juga memahami setiap peminat mempunyai cara yang tersendiri untuk menikmati tontonan aksi terulung acara sukan di temasya ini nanti. Oleh itu, kami menawarkan pengalaman tontonan yang fleksibel di mana pelanggan boleh memilih untuk menonton secara langsung melalui peranti pilihan dengan pelbagai kaedah langganan mengikut citarasa tontonan anda,”katanya.



Antara wartawan Astro yang akan berada di Paris bagi membuat liputan adalah Azlan Mubin, Fariha Razak, Ahmed Shahrazad Sani dan Zulhelmi Zainal Azam. Barisan hos yang akan menemani penonton di studio Astro pula seperti Hafizal Hamad, Faiz Gurun, Alice Harun, Abang Botak, Keesh ‘Mat stats’ dan Lily Hamzah.

Saluran menonton Sukan Olimpik Paris 2024

Astro menyediakan saluran dan kandungan yang sedikit berbeza mengikut platform iaitu Astro, Sooka dan NJOI. Ia juga bergantung kepada langganan pelan pengguna.



1. Astro

Semua pelanggan Astro akan mendapat akses percuma 16 saluran khas Paris 2024 dalam tontonan HD termasuk 6 saluran boleh ditonton di Astro GO. Pelanggan juga boleh menonton Astro Arena (Saluran 801 dan 802) untuk ulasan dan liputan dalam Bahasa Malaysia.

2. Sooka

Strim Paris 2024 dengan mana-mana pelan langganan Sooka dari RM13.90 ke atas untuk 16 saluran khas yang boleh disaksikan di peranti pilihan. Untuk menonton aksi Paris 2024 di TV, dapatkan Sooka Premium melalui tawaran istimewa web bermula dari RM29.60 (harga asal RM47.10 sebulan).

3. NJOI

Semua pelanggan aktif Starter Pek (kecuali Pek HD) akan mendapat akses percuma 10 saluran Paris 2024. Bagi bukan pelanggan Starter Pack pula, boleh melanggan Starter Pack pada harga serendah RM28.00 untuk 30 hari.

Kepada bukan pelanggan Astro dan berminat untuk menonton liputan menyeluruh di Astro, boleh mendaftar Astro Baharu dengan harga serendah RM41.99/bulan, diskaun 30% dan pemasangan percuma. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

Bacaan Berkaitan

  • Tonton Sukan Olimpik Paris 2024 percuma di 17 saluran HD Unifi TV
  • Sooka TV Stick dilancar, tanpa kontrak dari RM50 untuk 12 bulan
  • Hotlink Super Streamer Pass: Tonton siaran langsung sukan, filem dan anime serendah RM9.90/bulan
Tags: astroNJOIsookaSukan Olimpik
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Pelanggan Astro, Sooka dan NJOI boleh tonton Sukan Olimpik Paris 2024 di saluran khas

Pelanggan Astro, Sooka dan NJOI boleh tonton Sukan Olimpik Paris 2024 di saluran khas

17 July 2024
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER