• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Ally X berharga RM4,299 di Malaysia?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:49 am
  • 17/07/2024
  • Komen
ROG Ally X berharga RM4,299 di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

ROG Ally X seperti yang kita lihat pelancarannya di Taiwan sewaktu Computex 2024 tempoh hari nampaknya akan masuki Malaysia tak lama lagi. Ia berikutan laman rasmi produk itu di Asus Malaysia sudahpun diaktifkan beserta harganya. Namun, sewaktu artikel ini ditulis, maklumat harga itu sudahpun diturunkan.

@soyacincautiktok Jom tengok ROG Ally X Di Taiwan! #rog #rogally #rogallyx #taiwan #gaming #soyacincautiktok #longervideos #fyp ♬ original sound – SoyaCincautiktok

Harga ROG Ally X di Malaysia

Kami sempat untuk mengambil tangkap layar produk itu dan harganya ialah RM4,299.



Harga ini jauh lebih tinggi berbanding ROG Ally pertama jika dibandingkan posisi yang Asus letakkannya iaitu bukan pengganti kepada Ally sedia ada sebaliknya sebagai facelift. Sebagai perbandingan, ROG Ally dengan cip Ryzen Z1 Extreme dilancarkan pada harga RM3,299 sebelum harganya diselaraskan kepada RM3,399 sehingga sekarang.

Pada segi penjualan, maklumat berkaitannya masih tandus dan sbearang maklumat baharu akan kami kongsikan di laman SoyaCincau BM.



Spesifikasi ROG Ally X

Walaupun AMD Z1 Extreme dikekalkan daripada model sebelumnya, namun bahagian RAM-nya telah nyata ditambah baik. Ia kini hadir dengan kapasiti RAM 24GB LPDDR5 yang ada kelajuan 7,500Mhz.

Dengan kuasa yang dipertingkat, sistem penyejuk juga perlu ditambah baik. Kipas penyejuk ROG Ally X kini ada 77 bilah lebih halus yang katanya lebih berkuasa dan senyap. Ia mampu kurangkan suhu operasi konsol ini sehingga 6°C lebih sejuk.

Lagi perubahan di bahagian papan utama, keversatilan ROG Ally X dipertingkat dengan kehadiran satu slot M.2 bersaiz penuh. Jadi, pengguna boleh memilih untuk memperluas storan simpanan di kemudian hari sekiranya perlu.

Masih di bahagian keversatilan, pengguna akan dapati yang port XG Mobile eGPU telah dibuang sebaliknya digantikan dengan satu USB-C Thunderbolt 4. Manfaatnya adalah ia boleh disambung dengan lebih banyak aksesori termasuklah eGPU sendiri. Kedua-dua port USB-C Ally X menyokong USB-PD sehingga 100W.

Asus tidak melupakan bahagian ergonomik. D-pad Ally X adalah lebih besar dan katanya lebih selesa digunakan. Tuil analog konsol ini pula diperkukuh apabila ujian pusingan melebihi 5 juta telah dijalankan, 2 juta kali lebih kerap berbanding model sebelumnya.

Bagi memastikan pengguna beroleh waktu bermain yang lebih panjang, kapasiti bateri Ally X telah ditambah dua kali ganda berbanding sebelumnya. Dalam badan yang tak banyak berubah fizikaliti, ia kini ada bateri 80Wh.

Tiada perubahan dilaporkan pada panel paparan Ally X. Ia masih menggunakan panel 7” IPS LCD beresolusi FHD. Panel paparan ini mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan perlindungan kaca Corning Gorilla Glass Victus.

Maklumat harga rasmi penjualan ROG Ally X untuk pasaran Malaysia masih lagi tiada. Buat masa ini, kita boleh hanya berspekulasi. Sebagai rujukan, ROG Ally dahulu dijual pada harga RM3,299 untuk varian RAM 16GB dan storan 512GB.

Untuk Ally X, anda boleh jangkakan harganya sekitar itu, malah mungkin lebih tinggi disebabkan ia ada modul RAM yang lebih pantas, slot SSD, bateri lebih besar, dan pelbagai perubahan kecil lain. Lebih menarik, ROG Ally X turut ditawarkan dalam warna hitam.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

5 Terbaik: Laptop untuk pelajar sains komputer dengan bajet RM3,000

Laptop AI Asus tiba di Malaysia, Vivobook S 15 (Snapdragon X Elite) dan Zenbook S 16 (Ryzen AI 9)

Tukul Thor ROG Mjolnir ini boleh bekal kuasa pada banyak alat elektrik

Tags: asusAsus ROG Ally XROG Ally X
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

ROG Ally X berharga RM4,299 di Malaysia?

ROG Ally X berharga RM4,299 di Malaysia?

17 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER