• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Tab Plus dengan 8 speaker JBL tiba, percuma stailus & papan kekunci

  • OLEH Najib
  • 12:25 pm
  • 18/07/2024
  • Komen
Lenovo Tab Plus dengan 8 speaker JBL tiba, percuma stailus & papan kekunci
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lepas, Lenovo Malaysia telah mengumumkan bahawa tablet Lenovo Tab Plus akan dijual di Malaysia pada bulan Julai. Kini kami telah mengesan, beberapa pengedar telah mula menyenaraikannya bersama harga rasmi dan hadiah percuma.

Harga dan Hadiah Percuma

Hanya ada satu varian Lenovo Tab Plus dijual di Malaysia dan ia tiada sambungan 5G atau LTE iaitu:



  • Lenovo Tab Plus WiFi (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,599

Antara pengedar di Malaysia yang sudah mula menjual Lenovo Tab Plus adalah DirectD, TMT dan SS Solution. Pembeli Lenovo Tab Plus juga akan menerima hadiah percuma berupa:

  • Sleeve Case (dalam kotak)
  • Lenovo Tab Pen Plus (bernilai RM299)
  • Lenovo Multi-Device Wireless Keyboard (bernilai RM249)
Sleeve Case, Pen Plus & Wireless Keyboard

Spesifikasi Lenovo Tab Plus

Tablet Lenovo Tab Plus adalah satu peranti multimedia yang sangat hebat. Ia hadir dengan skrin besar 11.5-inci 90Hz beresolusi 2K (2000×1200) jenis LCD, dengan kecerahan mencecah 400 nits. Ini ditambah lagi dengan 8 pembesar suara stereo JBL, lengkap dengan Dolby Atmos.



Prestasi berkuasanya digerakkan oleh cip Mediatek Helio G99, tetapi tiada sokongan 4G LTE. Sistem ini dipadankan dengan RAM 8GB, bersama storan dalaman 256GB. Kad mikroSD diterima untuk meluaskan storan.

Bateri di dalamnya agak besar, berkapasiti 8,600mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 45W melalui USB-C. Selain itu, terdapat juga jek audio 3.5mm untuk sambungan audio berwayar. Kamera hanya ada dua, iaitu kamera 8MP di hadapan dan kamera 8MP dengan autofokus di belakang.

Sistem operasi Android 14 digunakan pada Lenovo Tab Plus. Lenovo turut menjamin kemaskini OS sebanyak 2x dan kemaskini keselamatan selama 4 tahun untuk tablet ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Lenovo Tab Plus.

Bacaan Berkaitan

  • Lenovo Tab Plus: Tablet multimedia 8 speaker dan paparan beresolusi tinggi di Malaysia, dijual Julai 2024 ini
  • [MWC 2024] Skrin lutsinar laptop Lenovo ThinkBook Transparent Display tarik ramai pengunjung
  • Lenovo Legion Go tiba di Malaysia, harga lebih mahal daripada ROG Ally
Tags: lenovoLenovo tab plustablet
Najib

Najib

POPULAR

Lenovo Tab Plus dengan 8 speaker JBL tiba, percuma stailus & papan kekunci

Lenovo Tab Plus dengan 8 speaker JBL tiba, percuma stailus & papan kekunci

18 July 2024
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN