• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

[TIPS] Cara untuk sembunyi chat WhatsApp Web dari pandangan orang ramai

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:37 pm
  • 18/07/2024
  • Komen
[TIPS] Cara untuk sembunyi chat WhatsApp Web dari pandangan orang ramai
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp adalah platform perbualan yang paling ramai gunakan di dunia. Ia tersedia dalam bentuk aplikasi mudah alih di telefon pintar, atau laman web yang dipanggil WhatsApp Web. Salah satu kemudahan WhatsApp Web berbanding aplikasi WhatsApp adalah anda tidak perlu memuat turun untuk gunakannya, sekali gus memudahkan penggunaan WhatsApp di komputer.

Walau bagaimanapun, disebabkan WhatsApp Web digunakan pada skrin yang besar, timbul kebimbangan kerana sesiapa sahaja boleh melihat atau mengintai chat di komputer anda, lagi-lagi sewaktu anda berada di pejabat. Tetapi, sebenarnya ada cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini, iaitu dengan menggunakan plugin atau Extension di Google Chrome.



Saya pasti ramai juga gunakan Chrome sebagai pelayar utama. Jadi di sini saya nak beritahu cara untuk sembunyikan chat di WhatsApp Web dari pandangan orang ramai menggunakan Extension di Google Chrome.

Menggunakan Privacy Extension

Terdapat banyak Extension yang tersedia untuk tujuan ini dan kebanyakannya juga boleh digunakan secara percuma. Namun, paling bagus yang saya temui adalah Privacy Extension. Untuk menggunakannya, anda perlu menambah Extension tersebut ke dalam pelayar Chrome anda. Pergi ke halaman Privacy Extension dan tekan ‘Add to Chrome’ untuk tambahkannya.



Sesudah anda menambah Extension tersebut di pelayar Chrome, anda boleh mengaksesnya dengan menekan ikon ‘puzzle’ yang terdapat di atas kanan pelayar bersebelahan dengan ikon ‘bookmark’.

Cara untuk sembunyikan chat

Untuk mula sembunyikan chat, anda kena tekan ‘Show Main Interface’ dan ia akan membawakan anda pada halaman dengan senarai bersama-sama dengan butang ‘toggle’ di sebelah kanan untuk anda kaburkan maklumat yang pada skrin. Contohnya, anda boleh kaburkan nama pengguna/kumpulan, gambar profil dan mesej pratonton.

Bukan sahaja di luar chat, segala butiran dalam chat macam mesej chat, pratonton media dan input teks juga boleh dikaburkan. Misalnya, apabila anda membuka chat dan sembunyikan ‘All message in chat’, semua mesej dalam chat akan dikaburkan, dan begitulah juga dengan pilihan ‘Media preview’ yang akan kaburkan gambar dan video dan ‘Text input’ yang mengaburkan ruangan menaip anda.

Chat dalam dikaburkan
Boleh nampak maklumat jika ikon tetikus dihalakan pada maklumat

Sekiranya sesuatu maklumat itu dikaburkan, ia bukan bermakna anda langsung tidak boleh nampak chat dan perlu matikan ‘toggle’. Tetapi, anda boleh lihat semula maklumat yang dikaburkan dengan menghalakan ikon tetikus pada sesuatu maklumat. Ini termasuk input teks, di mana anda boleh menaip dan sembunyikan chat yang ingin ditulis dengan mengalihkan semula tetikus ke tempat lain.

Boleh kunci keseluruhan skrin

Katakanlah kaburkan chat sahaja tidak mencukupi untuk halang rakan sekerja anda daripada mengintai chat peribadi anda, anda juga boleh mengunci keseluruhan skrin. Melaluinya, anda boleh pilih untuk mengunci skrin secara manual ataupun meletakkan masa untuk skrin dikunci secara automatik. Tetapi, kata laluan perlulah ditetapkan terlebih dahulu.

Tetapkan kata laluan
Masukkan kata laluan untuk menyahkunci

Setelah menetapkan kata laluan, skrin WhatsApp Web boleh dikunci dan anda boleh menyahkunci skrin dengan memasukkan kata laluan yang telah ditetapkan tadi. Walau bagaimanapun, untuk fungsi kunci automatik, anda perlu hidupkan ‘toggle’ di ‘pilihan Auto lock screen’ terlebih dahulu untuk membenarkan ianya berfungsi.

Justeru, dengan fungsi Privacy Extension, anda tidak lagi perlu risau rakan sekerja yang sering lalu lalang di belakang anda mengintip ke arah komputer anda. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Selamat mencuba.

Bacaan berkaitan

  • [TIPS] Cara Airdrop gambar dari telefon Android ke komputer Windows
  • TIPS: Untuk keselamatan anda, jangan jawab soalan sebegini di media sosial
  • TIPS: 5 cara Google Gemini dapat bantu pelajar dengan AI
Tags: tipswhatsappwhatsapp web
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

[TIPS] Cara untuk sembunyi chat WhatsApp Web dari pandangan orang ramai

[TIPS] Cara untuk sembunyi chat WhatsApp Web dari pandangan orang ramai

18 July 2024
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

Tablet gaming Infinix XPAD GT baru akan tiba bersama GT 30 Pro pada 21 Mei

19 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER